Pengikut

Nuffnang

Selasa, 10 Februari 2015

BULETIN RAKYAT

sumber :-

BULETIN RAKYAT


PERJUANGAN DI TERUSKAN - DS ANWAR

Posted: 10 Feb 2015 12:41 AM PST


PETALING JAYA, 9 FEB: Walaupun menghadapi risiko dipenjarakan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin perjuangan Pakatan Rakyat akan terus menyala tanpanya. "Pilihan untuk saya duduk diam ada, tapi saya tidak pilih itu. Saya tidak bersalah, saya akan terus lawan," tegas Anwar. Difahamkan Anwar Ibrahim telah mendapat tawaran Turki dan United Kingdom untuk tinggal di sana bagi mengelak dirinya dipenjarakan oleh institusi yang disifatkan negara itu mempunyai campur tangan kerajaan. "Mereka pujuk saya, tahukah anda kenapa? "Ini kerana mereka tahu institusi kita ada masalah," beritahu Anwar. Dalam ucapannya Anwar berkata, Malaysia sedang menghadapi masalah perkauman dan ketegangan agama yang meruncing di bawah pemerintahan setengah abad Barisan Nasional. "Adakah kita mahu Malaysia ada Taliban, ISIS dan Boko Haram yang guna agama untuk laksana kezaliman? "Hanya dengan keharmonian agama dan kaum saja dapat selamatkan Malaysia, semua agama (bertanggungjawab) selamatkan Malaysia dari korupsi UMNO," ujar beliau sambil dipersetujui hadirin. Justeru itu, Anwar berkata menjadi komitmen seluruh rakyat untuk ubah sistem bobrok di bawah UMNO. "Kalau harga perjuangan ini adalah penjara, saya bersedia dipenjarakan. "Ini sebenarnya hanya sedikit saja pengorbanan yang saya lakukan. "Tidak ada apa yang dapat halang saya walau kerajaan guna institusi untuk penjara saya dan pimpinan pembangkang yang lain. "Saya sanggup terima apa saja untuk sebuah kebebasan," katanya penuh semangat. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang