Anwar Ibrahim |
Tribute Buat Anwar Ibrahim: Sebuah Kisah Dari Dalam Posted: 23 Feb 2015 04:40 AM PST Oleh: JUFITRI BIN JOHA 25 tahun dahulu mengingatkan saya kepada pertemuan pertama saya dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di atas pentas anugerah. Saya terpilih pada ketika itu menerima sumbangan khas DSAI untuk pelajar cemerlang 4 A UPSR kawasan Sebarang Perai. Dato' Seri Mohd Khalil Yaakob, Menteri Penerangan (sekarang Yang Dipertua Negeri Melaka dengan gelaran Tun) yang menyampaikan sumbangan tersebut di sebuah dewan di Permatang Pauh. Ketika itu keluarga saya merantau ke Perai kerana ayah bertugas sebagai Pembantu Trafik di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Butterworth. Keluarga saya juga sempat berteduh rumah di Taman Pauh dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili DSAI semenjak 1981 sebelum kami berpindah ke tempat asal Rembau, Negeri Sembilan. Itu pertemuan pertama dan saya masih belum mengenali susuk dan kelibat insan hebat ini sehingga saya didedahkan dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semenjak di bangku sekolah. Ustaz Ismail Che Ku antara guru saya yang mendidik ruhani serta insan yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan gerakan dakwah ABIM yang pernah suatu ketika dahulu diasaskan dan dipimpin oleh DSAI. Justeru, ketika menuntut di Sekolah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Pusat Latihan ABIM (PLA) yang kebetulan terletak berdekatan dengan SMAPK menjadi antara tempat yang saya kerap kunjungi untuk menghadiri pelbagai acara. Ketika itu saya masih lagi belum mengenali susuk peribadi DSAI kerana mungkin saya hanya mengenali ABIM dengan aktiviti dakwah dan keilmuannya sahaja. Sehinggalah saya memasuki Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan terlibat dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Di situlah saya mula mengenali figura hebat ini. Apabila terbitnya buku Gelombang Kebangkitan Asia pada tahun 1997 maka saya mula mendiskusikan buku tersebut walaupun terkadang tidak memahami perbendaharaan kata dan konsep yang mahu disampaikan seperti nahdah Asia, masyarakat madani dan lain-lain, namun saya dan teman-teman teruskan juga kerana percaya bahawa karya ini penting untuk dihadam dan ideanya datang daripada seorang pemimpin dunia Islam yang bertaraf Timbalan Perdana Malaysia. Ketika aktif dalam golongan kiri PKPIM iaitu Kelab Pemikir Muda (KPM), kami banyak berdiskusi dan berwacana tentang idea-idea hebat untuk manfaat umat. Antara wacana dan buku yang kami angkat adalah buku Gelombang Kebangkitan Asia ini. Kami anjurkan Dialog Siswa yang bertemakan buku ini di UIA Petaling Jaya dengan membariskan pemuka-pemuka ilmu seperti Allahyarham Rustam A. Sani, Jaafar Rahim (editor buku Gelombang Kebangkitan Asia) dan seorang lagi yang mungkin sensitif untuk saya sebutkan di sini kerana tokoh tersebut merupakan teman baik DSAI yang melawan beliau pasca PRU ke-12. Biarlah ianya rahsia dan hanya diketahui oleh penonton dan penggerak program yang berada di hari kejadian tersebut. Saya tertidur mendengar perbincangan panelis kerana idea yang dikupas terlalu tinggi dan sukar difahami. Hanya selepas 10 tahun, barulah saya memahami dan 'appreciate' Idea yang terkandung dalam Gelombang Kebangkitan Asia. Saya menelaahnya semula selepas terjumpa buku ini di Perpustakaan Durham Library, United Kingdom ketika menyiapkan tesis sarjana yang bertajuk Critical Community Practice. Saya terasa idea seperti masyarakat madani dan karamah insaniah amat releven yang saya adunkan bersama-sama dengan idea 'conscientization' oleh tokoh pendidik Brazil Paolo Freire untuk menjadi 'guiding ideas' bagi menggerakkan kesedaran masyarakat, saya petik daripada tesis saya (2010), "Anwar Ibrahim (1996, p.51) put forward the concept of idea of the 'dignity of man' which could be adapted in Islamic critical community practice. This concept illuminates about no justice can be upheld when the individual is oppressed and fundamental rights are denied him and when whole populations are trapped in war and senseless slaughter. He eventually introduces the term 'ecumenical community par-excellence' which is theoretically and practically suitable to be implemented as a guiding principle by Muslim community practitioners in the Malaysia context and in fact in the Islamic world. The idea actually is an adaptation from his great teacher Professor Ismail Faruqi who is a prominent Islamic thinker in United States of America in early 80. According to Faruqi, a Muslim society is just not a good, religious, peaceful and just society but ecumenical community par-excellence practice which the core principles are social justice, peace and trust." REFORMASI 1998 Baru sahaja saya dilantik menjadi Amir PKPIM Pusat Matrikulasi UIA, DSAI dipecat daripada kabinet atas tuduhan rasuah dan liwat. Saya mengambil alih PKPIM pada saat genting iaitu ketika hampir Reformasi dilancarkan oleh pimpinan ABIM yang diketuai Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. Suasana agak kelam kabut kerana pimpinan utama ABIM dan PKPIM ketika itu sibuk dengan Reformasi sambil diburu oleh pihak Polis. Kami terasa terumbang-ambing bagaikan anak ayam kehilangan ibunya kerana semua pimpinan yang selama ini menjadi rujukan sudah bertebaran ke sana dan ke sini termasuk sehingga sejauh Brunei. Pimpinan utama ABIM dan PKPIM diISAkan buat seketika bagi meredakan gerakan Reformasi yang diterajui ABIM. Sekali-sekala saya menjengah ke Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara untuk mengemaskini perkembangan Reformasi 98. Saya tidak sempat mengenali DSAI ketika berada dalam kerajaan dan hanya mengenali beliau ketika era Reformasi 98 melalui pidato-pidato dalam siri jelajah Reformasi yang menyebabkan DSAI terpaksa berehat di Sungai Buloh selama 6 tahun. Kaset-kaset ceramah Reformasi DSAI ketika itu tersebar luas setelah digandakan oleh aktivis pelajar dan Reformasi. Oleh itu, zaman-zaman senang DSAI dan era partner in nation building ABIM bersama Kerajaan tidak sempat saya lalui kecuali dua perkara saya amat ingat ketika DSAI menjadi Pemangku Perdana Menteri ialah memerangi rasuah secara agresif dan pengenalan dan penguatkuasaan laluan kuning bas di ibukota Kuala Lumpur. Reformasi 98 berjaya menyaring sahabat sejati DSAI. Hanya yang sanggup berjuang dan bersusah payah akan kekal dengan nilai persahabatan dan perjuangan. Sahabat yang opportunist beralih 360 darjah menentang DSAI dan reformasinya. Saya sempat terlibat dalam beberapa siri demonstrasi ketika itu dan merasai pengalaman unik berada dalam peristiwa bersejarah negara tersebut. Ia sebuah pengalaman berharga dan saya pelajari bahawa DSAI merupakan seorang tokoh cekal, berani dan berprinsip. Beliau tidak tunduk dengan ancaman dan tangkapan bahkan terus tegas menuntut reformasi politik dan sosial, bukan untuk dirinya semata-mata kerana beliau adalah simbol perjuangan rakyat tertindas. Dua ayat keramat yang menjadi ikutan anak muda pada ketika itu ialah ayat 54, Surah Ali Imran, "Mereka mebuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya". Dan kata-kata keramat DSAI dalam siri jelajah Reformasinya, "jika takut risiko usah bicara soal perjuangan". Reformasi bukan sekadar ikutan-ikutan dan semangat melulu semata-mata, tetapi Reformasi adalah konsep penting dalam perbendaharaan kata kebangkitan Islam dan revilitasi keimanan dan amalan Islam yang membawa perubahan ke arah kebaikan secara menyeluruh (Ahmad Azam, 2008). Saya mengenali DSAI lebih banyak dari sumber lisan senior-senior khususnya daripada Tuan Haji Ahmad Azam dan Ustaz Siddiq Fadzil (USF). Keyakinan saya juga terhadap DSAI dalam pelbagai kes tuduhan seperti agen Amerika, liwat dan pluralisme antara lain disandarkan kepada 'thiqqah' (kepercayaan) USF terhadap DSAI. Selain daripada berpegang kepada prinsip ajaran Islam sebagai teras utama menanggapi isu-isu tuduhan tersebut, USF dan Tuan Haji Ahmad Azam adalah indikator utama saya dan teman-teman seperti Khairul Arifin Munir (Naib Presiden ABIM) dalam mempercayai kredibiliti DSAI tapi perlu diingat ia bukannya taqlid buta tanpa tabayyun! Pasca Reformasi 98 dan ketika DSAI merengkok dalam penjara, saya meneruskan aktivisme pendidikan politik dalam think tank DSAI iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Dalam IKD saya banyak memahami falsafah politik dalam merubah masyarakat yang meluaskan horizon pemikiran dan keterbukaan saya. Namun beberapa ketika saya tidak lagi aktif bersama IKD sebaliknya terus aktif dalam program pembangunan belia dan dakwah dalam ABIM yang lebih sesuai dengan jiwa saya. Oleh kerana jiwa dakwah yang masih menebal menyebabkan acapkali saya bercanggah pendapat dengan beberapa individu dalam IKD termasuk Nurul Izzah Anwar yang aktif bersama IKD pada awal penubuhan Unit Pendidikan Politik (UPP) IKD. Sehingga ketika memberikan komenter dan review terhadap buku Izzah 'Masa Depan Masa Kita' (2014) di Nilai anjuran Mahasiswa Progresif (SISPRO) saya masih memberikan kritikan terhadap beberapa idea Izzah dalam bukunya atas kacamata dakwah yang sedikit berbeza dengan pendekatan politik kepartian yang kelihatan konsisten menghentam Kerajaan. Namun hentaman Izzah itu sudah tentu disandarkan atas fakta dan bukannya bukan auta. Mungkin Izzah juga ragu dengan Naib Presiden ABIM yang seorang ini yang kelihatan seolah-olah tidak jelas menyokong Pakatan Rakyat. Saya memahami kesukaran dan keperitan yang dilalui Izzah semenjak peristiwa 1998 kerana saya turut sama terlibat secara langsung. Beliau antara anak yang paling terkesan dengan peristiwa menimpa ketika hanya berusia 18 tahun (Zahiruddin, 2013). Justeru latarbelakang tersebutlah yang mewarnai watak agresif dan sikap 'lawan tetap lawan' Izzah terhadap Kerajaan dan UMNO sehingga beliau digelar Puteri Reformasi. Sebagai pendakwah seperti kita semua wajar bersimpati dan empati kepada perkara-perkara sebegini. Kadang-kadang teman-teman dalam ABIM pun kurang jelas dengan pendirian politik saya. Saya prefer dengan pendirian dakwah seperti kata-kata Pak Natsir, Perdana Menteri Indonesia yang pertama bahawa dalam dakwah, semua orang adalah sahabat kecuali yang benar-benar musuh dan dalam politik semua orang adalah musuh kecuali yang benar-benar sahabat. Satu ketika saya pernah mencadangkan dalam satu pertemuan tertutup agar ahli mesyuarat turut engage dengan pimpinan muda UMNO dalam isu-isu melibatkan kepentingan nasional namun idea saya ditertawakan kerana seolah-olah saya masih menaruh dan memberikan harapan kepada UMNO. Walaupun saya mempunyai kecenderungan politik tersendiri, saya masih selesa dengan pendekatan dakwah dan non-partisan ABIM yang meraikan pelbagai kelompok politik dan ideologi. Saya masih bukan ahli mana-mana politik termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pernah secara langsung terlibat membantu secara langsung Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) pada 1999 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong dan PKR pada 2013 di Parlimen Batu Pahat dalam Pilihanraya Umum (PRU). Namun sokongan saya itu bukan atas dasar politik kepartian tapi atas faktor merentas kepentingan Dunia Islam dan ijtihad Syura ABIM serta sokongan terhadap senior-senior ABIM yang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat. SAYA DAN DSAI Walaupun saya berada dalam kepimpinan ABIM dan terkanan sejak 2011 namun saya adalah antara pimpinan ABIM yang kurang dikenali oleh DSAI. Tiada satu pun gambar saya bersama DSAI dirakamkan, yang ada hanya gambar berkumpulan. Selain sifat introvert saya, mungkin sikap saya yang suka low profile dan tidak suka dikenali oleh orang high profile seperti DSAI. Mungkin dalam ABIM saya lebih banyak memainkan peranan untuk membantu program-program pembangunan belia dan masyarakat bersama Kerajaan, Kementerian Belia dan Majlis Belia yang lebih sinonim diterajui oleh sahabat-sahabat dalam UMNO dan pro-Kerajaan. Saya lebih selasa berperanan sebegitu berbanding rakan-rakan pimpinan ABIM yang lain yang terkadang kelihatan amat pro-DSAI. Sokongan dan dokongan kuat rakan-rakan ABIM terhadap DSAI menyebabkan kadang-kadang saya terkena tempias yang kuat dalam dunia pergerakan belia khususnya dalam Majlis Belia Malaysia (MBM). ABIM dibelasah teruk dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 3, Penggal 28 Tahun 2011-2012 kerana dikatakan menyokong gerakan Bersih 3.0 yang turut didokong kuat oleh DSAI dan Pakatan Rakyat. Exco MBM yang juga merupakan Presiden Majlis Belia Kedah ketika perbahasan ucapan dasar Pengerusi MPBN aka Menteri Belia menyebut, "Beliau juga menyatakan daripada pembacaan beliau di dalam Malaysia Kini keluaran 25 April yang lalu, ABIM menyeru pencinta kebenaran agar sertai Bersih 3.0. Beliau menyatakan berlaku kekeliruan di sini kerana ABIM merupakan badan gabungan MBM tidak sepatutnya menyeru pencinta kebenaran untuk menyertai Bersih. ABIM telah memberi pandangan yang bertentangan sebagai rakan dalam MBM". (Ku Iskandar Ku Saad, mukasurat 54). Saya terpaksa bersilat lalu menjawab, 1.) "Beliau menyatakan bahawasanya teguran Ku Iskandar mengenai seruan ABIM kepada pencinta kebenaran untuk menyertai Bersih merupakan pandangan ABIM yang mungkin tidak benar dan mungkin juga benar. Namun Alhamdulillah saya berjaya menjawabnya dengan fakta dan hujah ilmiah. Atas jawapan yang penuh mesra itulah menyebabkan hubungan saya dengan Ku Iskandar bertambah baik bahkan beliaulah antara individu yang memberikan sokongan padu ketika saya bertanding jawatan Naib Presiden MBM sesi 2014-2016 yang lalu. Pendirian saya dan teman-teman pimpinan ABIM jelas, bak kata Presiden ABIM Cikgu Amidi Abdul Manan bahawa pendirian politik adalah pilihan masing-masing yang harus dihormati oleh setiap orang sebagaimana ABIM menghormati pilihan dan pendirian politik masing-masing. ABIM berpendirian bahawa apabila sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan belia, negara dan agama maka ABIM akan bersikap profesional dengan mengetepikan kepentingan diri dan puak untuk berkhidmat demi umat. Sebab itulah setiap program Kementerian dan Majlis Belia ABIM mendokongnya tanpa berbelah bagi dengan menawarkan khidmat idea dan tenaga bagi menjayakan setiap pelan tindakan tanpa sedikit pun ada usaha untuk mengindoktrinasi kefahaman politik ABIM kepada sesiapa pun. Saya yakin pegawai-pegawai KBS dan teman-teman MBM adalah saksi kepada sebuah kenyataan ini dan recognize bagaimana profesional dan komitednya ABIM menjayakan agenda dan program KBS dan MBM. Sebagai contoh yang jelas bagaimana tenaga-tenaga pakar ABIM dalam Malaysian Relief Agency (MRA) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menjayakan idea Makmal Transformasi Pembanguan Belia 2010 dengan terealisasinya Pasukan Pemimpin Sukarelawan Muda (MyCorps) sehingga diangkat dan diberikan belanjawan khusus dalam belanjawan Kerajaan 2015. Menteri Belia KJ turut mengangkat idea ini sebagai satu alat memerangi keganasan UnIslamic State of Iraq and Syam (IS) dengan menyebarkan cinta melalui kerja-kerja kesukarelawan global persis Peace Corps America. Tenaga-tenaga pakar ini mendidik anak-anak didik batch pertama MyCorps dengan penuh komited dan close mentoring. Justeru soal loyal dan profesionalisme kepada Kerajaan dan Negara tidak menjadi isu bagi ABIM. Namun ABIM terus dicurigai dan terus dikaitkan dengan DSAI umpama kuih cakoi yang sukar dipisahkan bak kata mereka ABIM adalah singkatan Anwar bin Ibrahim. Tan Sri Sanusi Junid yang saya temui turut mengesahkan bahawa DSAI amat suka jika akronim ABIM itu dikaitkan dengan namanya. Saya akui, selaku bekas Presiden ABIM, DSAI mempunyai niali sentimental dengan ABIM khususnya para seniornya namun terkadang pimpinan muda ABIM dibayangi oleh DSAI menyebabkan kehebatan tunas-tunas muda ABIM mengalami kegerhanaan. Kecurigaan ini juga merebak apabila pimpinan ABIM-PKPIM menguasai jawatan-jawatan terkanan MBM dalam pemilihan sesi 2014-2016 baru-baru ini. Penafian hak saya untuk menjawat jawatan Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Rembau dalam pemilihan Februari 2015 lalu pada saat-saat akhir juga adalah atas faktor DSAI. Saya wajar ucapkan terima kasih pada DSAI kerana beliau menyelamatkan saya daripada memegang beban amanah baru kerana sejak awal saya puas mencari jalan menolak untuk menerajui MBD Rembau tapi saya membuat keputusan untuk menerimanya di saat akhir atas faktor ingin menyumbang idea dan keringat di Rembau tanah tumpah ayahbonda saya selepas memenangi Tokoh Belia Negara dan Asean 2015. Namun ianya digagalkan di saat akhir. Saya rasa mungkin mereka risau kami mengABIMkan MBM dan MBD yang akhirnya menjurus kepada sokongan belia terhadap DSAI dan Pakatan Rakyat namun pendirian ABIM jelas bahawa bukan itu tujuan kami. Jika ABIM memegang jawatan dalam MBM dan MBD tujuan kami hanyalah untuk mendapat redho Allah dan berkhidmat sebaik mungkin untuk semua lapisan belia dengan meletakkan topi ABIM itu ditepi. Topi MBM dan MBD itulah yang diutamakan kerana kami bukan hanya memimpin belia yang menyertai ABIM tapi semua belia merentas agama, etnik, negeri dan fahaman politik. Justeru isu MengABIMkan itu saya secara tegas amat tidak setuju kerana menggambarkan kesempitan dalam cara berfikir dan bertindak. Saya berharap dan berazam untuk terus mendidik generasi muda dengan politik matang seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Dato' Saifudin Abdullah (2013) sebagai politik budi, hikmah dan ilmu. Bila cara berpolitik matang dan saling menghormati pendirian politik masing-masing maka negara akan betul-betul bersedia menjadi Negara membangun dan maju bersesuaian dengan ciri-ciri Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. Disebalik rasa hormat saya dan rakan-rakan ABIM terhadap DSAI namun ia tidak menghalang kami bersikap kritis terhadap beberapa pandangan dan pendirian DSAI. Paling ketara adalah isu kalimah Allah. Walaupun pandangan DSAI tidak salah kerana didokong oleh pandangan ulama-ulama mu'tabar seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Wahbah az-Zuhaily namun kami lebih cenderung kepada pandangan dan hujah uruf ahl-balad (adat setenpat) yang diutarakan oleh USF di mana uruf setempat di Malaysia bahawa masyarakat Kristian tidak menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan dan menterjemahkan 'God'. Tambahan pula ia bukannya elemen yang fundamental dalam ajaran Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Sikap hormat kritis inilah juga yang membuat kami berani menegur DSAI dalam isu paling kontroversi yang memecahkan kesatuan ABIM iaitu isu teks ucapan di London School of Economic (LSE) di London yang dikatakan berbaur pluralisme ala John Hick yang menyamaratakan semua agama. Saya terpilih berada dalam himpunan rekonsiliasi di rumah Profesor Osman Bakar di Cyberjaya di mana DSAI telah menerima teguran dan kritik khususnya daripada Haji Zaidi Kelantan terhadap teks tersebut sambil menarik balik teks tersebut daripada blog beliau. DSAI secara terbuka menyesali kesilapan tersebut. Apa yang menghairankan saya ialah sebahagian kecil sahabat-shabat ABIM terus menghentam beliau di luar walaupun mereka turut berpeluang bersama-sama mendengar dan mengkritik DSAI secara terbuka dalam majlis tertutup tersebut. Pada hemah saya, sebagai sahabat, sewajarnya mereka terus mendekati dan menasihati DSAI dan bukannya memilih jalan menghentam selumat-lumatnya di luar. Pendekatan persahabatan sejati dan rahmah kelihatan sudah hilang pada ketika itu. Saya respect pendekatan Dr. Farid Shahran, mantan Timbalan Presiden ABIM yang turut berada dalam majlis di rumah Profesor Osman tersebut, walaupun tidak bersetuju dengan DSAI tetap dengan penuh adab dan akhlak yang tinggi tidak berkofrontasi secara terbuka dengan DSAI di luar. Orang akan terus mengingati Dr. Farid sebagai pimpinan hebat dengan sikapnya yang hormat kritis yang beliau miliki. Sebagai nota tambahan, walalupun majoriti ahli dan pimpinan ABIM mendokong DSAI namun jangan lupa ada juga ahli dan pimpinan ABIM yang tidak mendokong DSAI bahkan sebahagian daripada mereka melawan DSAI secara terbuka dan habis-habisan. Itu adalah plihan masing-masing. DSAI tidak ma'sum dan tidak perlu menyokongnya secara ta'asub seperti kata-kata Imam Malik R.A bahawa, "Setiap kata-kata manusia diambil dan ditolak kecuali kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. Saya tidak kisah orang menghentam DSAI dalam isu-isu politik kepartian dan politik kenegaraan kerana saya sendiri dalam banyak perkara tidak bersetuju malah amat tidak bersetuju dalam banyak isu dan idea yang dilontarkan DSAI tapi bila melibatkan isu liwat dan seks saya agak tegas kerana ia melibatkan isu maruah dan kecermatan untuk masyarakat awam menilai kesahihan berita. Saya mengambil sikap tawaqquf (berdiam diri) dan bersangka baik seperti yang disarankan Imam Maraghi dalam isu ini walaupun cuba diyakinkan oleh seorang dua bekas pimpinan ABIM yang mempercayai dengan bersungguh-sungguh tanpa sedikit pun keraguan. Saya tidaklah kata DSAI itu ma'sum namun banyak keraguan-keraguan yang menyebabkan saya berpendirian untuk tidak mempercayainya bahkan menolaknya. Biarlah Allah Ta'ala yang membersihkan DSAI jika benar-benar DSAI tidak terlibat. Jauh dilubuk hati saya terfikir, seseorang yang melakukan perkara yang tidak senonoh sebegitu tidak akan ada semangat melawan yang luar biasa seperti yang ada pada DSAI kerana kebiasaannya dosa-dosa tersebut akan menghambat dan melemahkan semangat juang seseorang untuk terus bertahan dan bangkit. Saya teringat kata-kata guru hadis saya Dr. Asri Zainul Abidin ketika berbicara tentang adab ulama hadis mengkritik perawi-perawi hadis dengan tagline 'adil terhadap lawan dan kawan'. Walaupun ulama hadis mengkritik sifat seseorang perawi tetapi mereka tidak lupa menyebutkan kebaikan dan sifat mulia perawi di awalnya sebelum mengkritik. Mengkritik DSAI mahupun individu lain jangan sampai kita lupakan kebaikan dan sumbangan besar DSAI pada agama, bangsa dan negara sebelum ini. Bagi yang menyokong DSAI all out jangan lupa DSAI pun seorang manusia biasa, tersilap dan melakukan kesilapan. Bersikap sederhanalah dalam menyokong dan membenci DSAI. Jangan kita turut terpenjara dengan the jail of hatred and the jail of blind love. Mungkin kelihatan kasihan DSAI terpenjara secara fizikal namun lebih kasihan lagi jika ada yang terpenjara jiwanya. PERANAN YANG LEBIH BESAR Ketika jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibuka untuk giliran Asia, saya antara orang yang mengharapkan DSAI memenuhi jawatan tersebut supaya nilai statesman yang ada dalam jiwa beliau dicurahkan bagi membawa kedamaian dan kemakmuran untuk dunia khususnya Dunia Islam yang dirundung malang. Sikap dan perwatakan beliau yang boleh diterima di Timur dan di Barat amat penting bagi menerajui sebuah entiti terpenting dunia. Namun idea tersebut walau didesak oleh rakan-rakan pimpinan gerakan Islam dunia tidak dibeli oleh DSAI atas faktor beliau ingin membalas jasa rakyat Malaysia yang mendokong aspirasi perjuangan beliau di Malaysia. Cubaan yang ingin membawa DSAI ke Putrajaya juga gagal selain usaha pembentukan Kerajaan Campuran BN-Pakatan pasca PRU 13 juga gagal terealisasi bagi melihat sebuah gandingan padu demi kemaslahatan Malaysia dan Dunia Islam. Namun dengan kemasukan DSAI ke dalam penjara mengakhiri sebuah jerit pedih seorang insan yang mewarna hampir setengah abad dunia politik tanahair semenjak tahun 70an lagi. Biarlah jasad terpenjara namun ruh masih bebas sebagaimana ungkapan Imam Ibn Taimiyyah yang menganggap penjara sebagai tempat berehat. Semoga akan lahir karya-karya hebat daripada tempat pertapaan Sungai Bamboo sebagaiman lahirnya Tafsir al-Azhar dan Rasail An Nur. Ramai anak muda yang mengkagumi DSAI sampai satu ketika sebelum era Reformasi 98 hatta bentuk cermin mata DSAI pun diikuti dan ditiru oleh anak muda. Anak muda yang penuh dengan semangat harus dibimbing dan ditunjukkan di sisi yang manakah DSAI harus diteladani oleh anak muda. Jangan hanya ditiru semangat melawannya semata-mata tanpa diteladani aspek-aspek yang lebih mendasar kepada substance perjuangan DSAI untuk menyedar dan merubah masyarakat. Melalui pemerhatian saya aspek-aspek DSAI yang wajar diteladani oleh generasi muda ialah: DSAI terkenal dengan kesungguhan beliau dengan ilmu dan mempraktikan budaya ilmu semenjak muda. Sumber lisan menyebut DSAI pada zaman mudanya sanggup berguru dan menghabiskan masa berjam-jam dengan tokoh-tokoh ilmuwan seperti Profesor Syed Naquib al-Attas berbincang soal ilmu dan perjuangan. Menurut USF dalam makalahnya yang bertajuk Intelektualisme ABIM: Menelusuri Jejak Kecendikiawanan Generasi Perintis, generasi awal ABIM yang dipimpin DSAI sudah membincangkan karya-karya penting dan besar yang berjaya memberdayakan umat. Mereka membaca dan berdiskusi karya-karya bertenaga tinggi dari dunia Islam, Barat dan Melayu meliputi tema-tema besar seperti Islam sebagai cara hidup; Barat dan Orientalisme; Tamadun Islam; Ilmu dan pendidikan; Islam dan sekularisme; Ekonomi dan keadilan sosial; Kritik sosial dan public intellectual. Mereka bukan sekadar membaca karya wajib haraki al-Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Maududi bahkan karya-karya lain oleh Kurshid Ahmad, Muhammad Asad, al-Attas, an-Nadwi, Paolo Freire, al-Faruqi, Gunnar Myrdal, dan Senu Abdul Rahman, sekadar menyebut beberapa nama-nama besar. USF dalam perbualannya dengan saya pernah menyebut bahawa DSAI ketika menghadiri persidangan gerakan Islam di Libya pernah meminta USF mencarikan karya-karya Malek Bennabi, tokoh pemikir ulung Islam Algeria untuk dibawa pulang dan dihadamkan oleh pimpinan. Ini suatu gambaran kecekalan seorang pemimpin yang melandaskan perjuangannya dan ABIM atas budaya ilmu yang tinggi. Tradisi keilmuan diteruskan sehingga kini oleh DSAI termasuk siri-siri diskusi ilmiah oleh pemuka-pemuka Ilmuan di rumahnya seperti Sheikh Wahbah az-Zuhaily, Dr. Mustafa Ceric, Dr. Ahmad Totonji, Dr. Ibrahim Moosa dan Sheikh Ali Quradhaghi. DSAI juga bersahabat baik dengan para ulama, cendekiawan dan intelektual seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Profesor John Esposito, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, Almarhum Profesor Ismail al-Faruqi dan ramai lagi. Koleksi buku di perpustakaan peribadi beliau tidak kurang hebatnya juga. Ketinggian idea dan ilmu beliau juga terpancar dalam adikarya Gelombang Kebangkitan Asia dan juga siri syarahan-syarahan beliau dalam dan luar negara. Pidato beliau menurut Jaafar Rahim yang menggunakan laras bahasa yang indah, nilai retorika ilmu yang tinggi dan pemikiran yang kritis berjaya menambat hati anak muda dan masyarakat yang cintakan ilmu dan perubahan. DSAI turut mendokong penubuhan institusi pengajian tinggi dan keilmuan Islam terpenting negara iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). ISTAC di bawah pimpinan Profesor al-Attas ditubuhkan ketika DSAI menjadi Menteri Pendidikan dan Presiden UIAM (Wan Mohd Nor, 2012). ISTAC dengan dokongan kuat Kerajaan dan ketokohan al-Attas menjadi sebuah institusi terkemuka di dunia Islam dan Barat. DSAI menurut Dr.Taha Jabir (2009) turut terlibat bersama-sama tokoh-tokoh dakwah antarabangsa yang lain termasuk Dr. Taha menubuhkan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap krisis kemunduran umat dengan pembangunan ilmu, pemikiran dan ijtihad yang lebih luas dan fleksibel. Inilah aspek terpenting yang amat wajar diteladani oleh generasi muda bagi menjadi reformis masyarakat yang hebat. b.) Aspek Idea Pembaharuan dan Kepimpinan Masyarakat Majmuk: DSAI sering tampil dengan idea pembaharuan yang menyegarkan. Esposito dan Voll (2001) menyifatkan DSAI sebagai maker of contemporary Islam dengan menyifatkan DSAI sebagai prototypical activist intellectual yang melakukan transformasi diri daripada charismatic fundamentalist kepada liberal reformer. Mungkin istilah liberal di sini perlu kepada pendefinisian jelas jika tidak ia bakal mengundang salah faham. Bagi saya DSAI sebaris dengan tokoh-tokoh pembaharu yang lain yang dituduh liberal seperti Profesor Tariq Ramadan dan Sheikh Rashid Ghannoushi namun 'keliberalan' mereka masih tetap berada di centris movement. Mungkin saya salah wallahu'alam. DSAI menurut Esposito dan Voll lagi, "Anwar Ibarahim is an action-oriented intellectual. He has played a significant role in conceptualizing and articulating the Islamic revival in Malaysia, but this has been done primarily through speeches and articles and organizational activities rather than through the writing and publication of major scholarly monographs and studies". Antara pembaharuan besar dalam landskap politik Negara yang dibawa oleh DSAI ialah beliau berjaya mewujudkan sistem dua parti yang kuat bagi mengimbangi dan menjadi check and balance kepada Kerajaan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Rakyat dapat banyak manfaat daripada sistem dua parti yang kuat kerana nasib dan kebajikan mereka diutamakan kerana setiap parti berlumba-lumba berkhidmat demi rakyat. DSAI juga berjaya membentuk Pakatan Rakyat yang kuat walaupun kadang-kadang kelihatan rapuh dengan membawa DAP dan PAS duduk semeja. Melalui PKR beliau berjaya memaparkan sebuah parti berteraskan Islam dan Melayu namun dianggotai dan didokong oleh ahli daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum. PKR merupakan model parti pelbagai kaum dan agama yang berjaya membawa pendekatan baru dalam sejarah politik Negara. Jufitri (2010) menyebut, "By the new deal of political awareness among the people, Malaysian is entering one step ahead in the level of preparedness to become a developed country in 2020 by having two-party system just like Democrat-Republican in America and Labour-Conservative in United Kingdom." Allers (2014) menyebutkan dalam bukunya tentang penyaksian pelbagai pihak daripada pelbagai kaum yang menerima kepimpinan DSAI sebagai unifying factor bagi semua parti di bawah Pakatan Rakyat. Inilah yang mungkin menggerunkan Barisan Nasional (BN) yang masih dengan konsep lama iaitu parti mengikut kaum walaupun mempunyai keunikan tersendiri. Benarlah kata-kata Esposito bahawa DSAI berjaya menterjemahkan idea merentas zaman kepada bentuk tindakan praktikal iaitu Islam – Penyelesaian Terhadap Masalah Masyarakat Majmuk yang menjadi tema ucapan dasar beliau ketika memimpin ABIM seawal tahun 1977 dengan model kepimpinan politik masyarakat majmuk yang dapat dilihat pada hari ini. Justeru generasi muda dan anak muda khususnya Muslim harus bersikap terbuka dengan mengasah kepimpinan mereka agar bukan sahaja mampu memimpin umat ijabah iaitu umat Islam tetapi juga umat dakwah iaitu umat bukan Islam sebagaimana kepimpinan Rasulullah S.A.W. yang bukan sahaja diterima umat Islam tetapi diterima oleh semua walaupun bilangan umat Islam minoriti di Madinah. Ini merupakan aspek terakhir yang ingin saya pertegaskan. DSAI mendapat latihan dan pendedahan dalam organisasi belia yang luas sebelum menjadi seorang politikus yang berjaya. Pengalaman dan jaringan yang sudah dibina ini banyak membantu mempersiapkan dan memudahkan jalan beliau untuk terus memimpin Negara dan Dunia. Menurut Azhar dan Ishak (2014), selain memimpin ABIM, DSAI terlibat memimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Presiden iaitu sebuah pertubuhan payung belia terbesar dan tertua di Malaysia yang menaungi 39 pertubuhaan belia berbasiskan kepelbagaian agama, kaum, sosio-budaya, uniform dan pelajar. DSAI turut sempat menjadi AJK Asean Youth Council (1971), AJK World Assembly of Youth (1973), AJK World Assembly of Muslim Youth (WAMY, 1976-1982) dan AJK United Nations Advisory Group on Youth (1973-1974) (Esposito, 2011). Ini merupakan sebuah pencapaian di zaman muda yang amat luar biasa ketika DSAI baru sahaja menginjak umur 30an. Dibandingkan dengan pencapaian saya dalam dunia pergerakan dan pembangunan belia yang sudah menjangkau umur 35 tahun, saya hanya baru berjaya menjadi Naib Presiden ABIM, Naib Presiden MBM, dan baru berjinak-jinak dengan Persatuan Belia Asia Tenggara (CAYC) dan Asean Youth Council (AYC). Dengan penglibatan dan keprihatinan DSAI bukan sahaja nationwide bahkan worldwide menyebabkan beliau disebut oleh Morais (1984) sebagai seorang bersifat internationalisme selain keprihatinan yang tinggi kepada umat Islam di seluruh dunia. Namun abang Bahrin, seorang aktivis tegar PKR sebut pada DSAI cuma lebih saya sedikit daripada DSAI dalam dunia belia ini ialah saya mendapat anugerah Tokoh Belia Negara dan Asean 2014, itu sahaja yang saya menang sedikit. Namun saya dan DSAI jika dibandingkan umpama langit dan bumi. "Belia perlu muncul sebagai pembela bangsa dengan menjadi penegak keadilan dan makruf menentang kemungkaran dan kezaliman. Pertubuhan belia harus memikirkan cara terbaik mengukuh jentera bagi menuju ke arah baru perjuangan yang menuntut persiapan bersungguh-sungguh. Generasi belia harus menggerakkan zaman dan generasinya sendiri dengan berbekalkan ilmu pengetahuan, akal budi yang kuat, tekad budaya serta keazaman yang mampu menghadapi cabaran". WACANA PASCA ANWARISME Saya perlu akui bahawa saya antara anak muda yang terinspirasi dengan karisma DSAI. Namun saya lihat DSAI tidak mewariskan secara spesifik bakat dan karisma kepimpinan kepada mana-mana protégé muda. Selepas DSAI dipenjara buat sekelian kalinya dan dengan umur menjangkau lebih 70 tahun maka sewajarnya wacana baru pasca Anwarisme dibincangkan oleh generasi muda bagi merangka rangka perjuangan masa hadapan. Inti perjuangan bertindak demi keadilan dan kebenaran harus diteruskan dan ketidakadilan menurut Pujangga Muhammad Iqbal hanyalah boleh ditangani dengan pendidikan dan wacana, "The best way to fight against injustice and oppression is through education and discourse". Wacana itu ialah wacana pasca Anwarisme. Terpulang pada kita semua untuk melanjutkan wacana ini. DSAI akan terus menjadi legend dan jasa beliau akan dikenang oleh lawan dan kawan serta tersemat rapi dalam lipatan sejarah. Terima kasih DSAI, semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan DSAI. Salam simpati saya buat Kak Wan, Nurul Izzah dan keluarga. RUJUKAN Ahmad Azam Abdul Rahman (2008) Memimpin Belia Islam Menangani Globalisasi & Hagemoni, Kuala Lumpur: Blue-T Publication Sdn. Bhd. |
Opinion: Manifesto for a Modern Islam Posted: 23 Feb 2015 04:25 AM PST Muslim intellectuals have called for their fellow believers to indentify societal failures and develop an Islam for the 21st century. Loay Mudhoon believes that Europe should unreservedly support this effort. In a clearly formulated manifesto last week, four well-known Muslim intellectuals appealed to all Muslim political and religious leaders to stand up and support a democratic Islam. In their letter, they also laid out some concrete steps, among them a conference in France early next year that would “define the contours of a progressive interpretation of Islam firmly grounded in the 21st century.” The four men behind this letter are Tariq Ramadan, professor of contemporary Islamic studies at the University of Oxford; Anwar Ibrahim, the head of Malaysia’s national opposition and chairman of the World Forum for Muslim Democrats; Ghaleb Bencheikh, the president of the World Conference for Religions for Peace; and Felix Marquardt, founder of the Abd al-Ra?man al-Kawakibi Foundation. They’re hard on their fellow Muslims and ask tough questions. In their letter, they call for a clear-eyed diagnosis of Islam’s current plight and want to develop a fundamental critique of Islamic culture and religion. The authors rightly ask, for example: Why have the regular calls for “an Islamic Renaissance” largely gone unanswered? Why did the “uncompromising critical analysis of the Quran and the prophetic traditions,” launched at the beginning of the 20th century, not lead to a lasting Islamic path to modernity? Why are innovative reformers who are looking for a connection between modernity and Islamic norms and values often forced to stand on the edge of society, fighting a losing battle? Crucial question Given the current wave of violence undertaken in the name of Islam, it’s vital that moderate Muslims regain the authority to interpret the contents of their faith as soon as possible. To achieve this goal, it’s essential to ask the crucial question: Who should be allowed to define what is considered “Islamic”? After all, Islam, unlike the Catholic Church, has no hierarchical structure and no ultimate authority on the faith’s doctrine. The absence of such a central authority may seem to many intellectuals, in the West and elsewhere, as quite democratic and, in a way, fascinating. But it’s highly problematic for Islam because it allows lay theologians and bigoted hate preachers of all stripes to say their terrorist and barbaric acts have been “legitimized” by their religion – and thereby twist basic Islamic norms into absurdity. To make matters worse, in many Islamic countries culturally parochial phenomena – like the Wahhabism that prevails in Saudi Arabia – are misunderstood as religious dogma, even though they have little to do with the religion of Islam. Reforms needed Four years after the Arab Spring, the hopes that a wave of democratization would wash over the Arab world have largely been disappointed. In that time, dialogues within the Islamic world – debates on the ways and concepts needed to solve pressing problems – have rarely taken place, if at all. The “Islamic world” itself does not exist as a unified political entity and never has. It remains fragmented, with the majority of Islamic states busy with internal conflicts and numerous proxy wars – and not with discussions about reform. Since no substantial reform impetus can be expected from the Islamic world, this call to all “Muslim democrats” could end up having an epochal significance. Indeed, all Muslim authorities, reform-minded theologians and decision-makers should accept this invitation and attend the joint conference in 2016! This is perhaps a historical possibility for Muslim democrats from around the world to develop a new, innovative recipe for an Islamic path to modernity. We urgently need a viable Islamic model, accepted by all, that supports the complex realities of pluralistic, multi-ethnic and multi-religious societies – including those heavily shaped by immigration. And Europe should strongly foster this process. It’s in the continent’s own interest – not only as an alternative to jihadism, but also because Europe sees itself as a community of democratic values. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan