Anwar Ibrahim |
[KENYATAAN MEDIA] Penahanan Paulsen dan Kerajaan Yang Paranoia Posted: 16 Jan 2015 01:07 AM PST Penahanan Paulsen dan Kerajaan Yang Paranoia Perbezaan pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang. Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat. Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah. Memandangkan beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri telah menyatakan melalui 'tweet' beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British. Tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Dato' Sri Najib tidak lama selepas mengambil alih jawatan, PM Dato ‘Sri Najib berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar janji, mezbah reformasi demokratik bahawa dia akan menghapuskan sekeping undang-undang ini tetapi bukan sahaja telah beliau mengingkari janji ini, beliau telah melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah undang-undang tersebut menjadi "sejata pendakwaan" demi mengekang pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah. Selain daripada lompongnya kedaulatan undang-undang, reaksi berlebihan ke atas tweet Paulsen juga melambangkan maraknya sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang hadir untuk memasung Negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Melalui penyemarakan api perkauman melalui syak wasangka, kebencian dan permusuhan menjadi pertaruahan kalangan mereka yang berada di bawah politik naungan. Ramai yang telah terjun ke kancah pertelagahan dengan menggesa tindakan ke atas Paulsen secara tegas atas pendirian mempertahankan maruah umat Islam. Sementelahan ia dilihat hipokrit dan melucukan tatkala kalangan mereka yang teruja ini kononnya maruah mereka tercalar, adalah mereka yang juga terkenal dengan lontaran penghinaan bersifat perkauman dan ancaman keganasan. Islam telah wujud lebih daripada 1500 tahun tanpa kalangan mereka yang menggelar diri sendiri sebagai pembela keimanan. Sudah pasti Islam mampu bertahan ribuan tahun malah selamanya tanpa mereka. Islam mendorong toleransi dan persefahaman, tatkala mereka mengamalkan permusuhan dan ketaksuban. Islam menyantuni dakwah da perdamaian, tatkala mereka menggesa perselisihan dan perseteruan. Kedua-dua ini, tidak mungkin bersatu. Bagi sesetengah pihak, 'tweet' Eric Paulsen dilihat melangkaui batasan dan khilaf. Bagi sesetengah pihak yang lain, ia mungkin dilihat kritikan yang berasas. Dalam apa jua keadaan, JAKIM tidak sinonim dengan Islam. Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh manusia biasa, JAKIM tidak sempurna sepenuhnya. Untuk menyatakan bahawa kritikan ke atas JAKIM harus ditafsir sebagai serangan ke atas Islam adalah kemuncak keberanian yang nyata satu penghinaan ke atas Islam itu sendiri. Hatta jika Paulsen tidak menyebut JAKIM melalui 'tweet' beliau, hakikatnya umat Islam di Negara ini tahu betapa khutbah Jumaat yang disampaikan mempunyai kecenderungan politik dan campur tangan pihak tertentu. Namun menjadi pengetahuan umum bahawa khutbah yang diselaras JAKIM telah beberapa kali melakukan serangan yang tidak munasabah meskipun pelik dan serong, ke atas pembangkang dan pimpinan pembangkang. Menyeru kesederhanaan dan persefahaman kalangan komuniti dan kumpulan agama yang pelbagai di Negara ini tidak menjadi amalan JAKIM. Tetapi di saat mereka melaksanakan perkara tersebut, saya telah menjadi antara yang pertama memuji mereka keranan melakukan perkara yang benar – sebagaimana yang telah saya lakukan dalam satu majlis tahun lepas atas khutbah yang menginspirasikan perihal keperluan komuniti yang pelbagai untuk mendekati dan mengenali antara satu sama lain. Untuk melabel bahawa Islam bukanlah agama yang ekstrem tetapi dalam masa yang sama menggesa tindakan tegas ke atas Paulsen atas 'tweet' beliau merupakan satu kontradiksi. Hanya mengisytiharkan "Islam adalah agama yang paling sederhana" tidak mencukupi. Kita mesti melaksanakannya. Kendatipun khutbah Jumaat turut menyentuh perihal masyarakat dan kemanusiaan dan jika – sebagaimana didakwa sesetengah pihak – ini tidak disedari Paulsen, maka menjadi kewajiban umat Islam untuk mencerahkan beliau mengenai perkara ini, bukan mengasak beliau dengan kekerasan undang-undang. ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan