Khamis, 4 Disember 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Karya R. Ng Ronggowarsito

Posted: 04 Dec 2014 05:34 PM PST

Kebetulan pada jam 1.00 pagi saya membelek karya R. Ng Ronggowarsito (1802-1873), Zaman Edan. Ronggowarsito adalah pujangga Jawa terbesar yang dianggap sebagai penutup segala pujangga jawa kerana selepas beliau tidak ada lagi pujangga. Antara karya beliau yang wajar ditekuni –

I
Hidup di zaman edan
Gelap jiwa bingung pikiran
Turut edan hati tak tahan
Jika tidak turut
Batin merana dan penasaran
Tertindas dan kelaparan
Tapi janji tuhan sudah pasti
Seuntung apa pun orang yang lupa daratan
Lebih selamat orang yang menjaga kesadaran

II
Puncak zaman terkutuk
Kebenaran tak lagi tampak oleh mata hati
Kejernihan pikiran telah tumbang
Memang belum saatnya reda
Bahkan malah makin menjadi

III
Perundangan berbaris-baris
Dijalankan sekehendak hati
Menjadi jalan keuntungan diri
Gelap hati gelap tindakan
Membawa kacau-balau isi dunia

IV
Sekilas saja telah terlihat
Keadaan zaman yang makin gawat
Berantakan dan ruwet kehidupan umat
Hilang sudah ketenangan
Orang menangis di sebarang tempat

V
Membongkar gunung gunung
Melahap hutan-hutan
Tanpa ada yang berani mencegah
Tekut terkena semburan ludah
Yang beracun dan mematikan

ANWAR IBRAHIM
Petaling Jaya
2.45 Petang/ 4 Disember 2014

Tiada ulasan: