Isnin, 6 Oktober 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[Program] Bersama Maulana Ihsan Hendrick dn Dr Tareq Mohammed Al Suwaidan

Posted: 06 Oct 2014 02:04 AM PDT

Dimaklumkan bahawa satu program sesi perkongsian ilmu Datobersama-sama tokoh Gerakan Islam akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh:          13 Oktober 2014 (Isnin)
Masa:           7:00 mlm – 9:30 mlm
Tempat:        Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim
No.11, Jalan 3/61,
Bukit Segambut Dalam,
51200 Kuala Lumpur

Jemputan khas bagi program ini ialah Maulana Ihsan Hendrick serta Dr. Sheikh Tareq Mohammed Al-Suwaidan.

Maulana Ihsaan Hendrick yang merupakan Presiden Muslim Judicial Council adalah tokoh gerakan Islam tersohor Afrika Selatan. Beliau turut menyandang jawatan Pengarah Yayasan Al-Quds Afrika Selatan merangkap Ketua Pasukan Konvoi Kemanusiaan Afrika Selatan ke Gaza, Palestin.

Manakala Dr. Tareq Mohammed Al Suwaidan merupakan tokoh terkemuka Kuwait yang juga memimpin Ikhwanul Muslimin Kuwait. Turut menjawat jawatan CEO Gulf Innovation Groups dan Pengerusi AWARE (Advocates for Western-Arab Relations & Exchange Majlis), beliau merupakan jurubicara terkenal di Kuwait dan peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang pengurusan dan perancangan strategik. Dr Tareq juga adalah penulis terkenal yang telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Majlis akan dimulai dengan sesi solat maghrib berjemaah dan kemudiannya disusuli oleh ucapan alu-aluan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, disusuli dengan sesi perkongsian ilmu oleh Maulana Ihsaan Hendrick dan Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan.

Sehubungan dengan itu, saudara/i yang berkelapangan adalah dialu-alukan untuk hadir memeriahkan majlis. Semoga sekalian yang hadir memperoleh manfaat dari program ini.

Sekian, salam takzim dan hormat.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: