Anwar Ibrahim |
- Anwar Ibrahim faces ‘travesty of justice’ in Malaysia, says Nick Xenophon
- [BELASUNGKAWA] Ustaz Ramli Ibrahim
- [PERUTUSAN] Eiduladha 1435 Hijrah
Anwar Ibrahim faces ‘travesty of justice’ in Malaysia, says Nick Xenophon Posted: 04 Oct 2014 04:55 AM PDT Independent senator says Australia should speak up on behalf of Malaysia's opposition leader Australia is being challenged to speak up on behalf of Malaysia's opposition leader as he faces "a travesty of justice" and the prospect of prison this month. Anwar Ibrahim is appealing against a highly controversial sodomy conviction, and one of his lawyers has been charged with sedition for saying the scandal is politically motivated. Anwar, too, is under further investigation, accused of making seditious comments in a political speech. His 28 October appeal against the sodomy conviction may spark political tensions in Malaysia. On Friday he met the independent senator Nick Xenophon in Jakarta. Xenophon was detained and deported when he tried to visit Anwar in Kuala Lumpur last year. Xenophon said if Australia was any kind of friend to Malaysia, it would speak up. "This is a travesty of justice," he told reporters in Jakarta. "It feels like Anwar has more charges against him than Muhammad Ali has had punches. It is a very serious issue." Anwar agreed Malaysian authorities, "on direction from the government", were determined to put him behind bars." In his 2011 speech, he says, he said the words "fight the evil government". That was now being considered sedition. "I convey my appreciation to senator Nick Xenophon and my friends here who conveyed their concern for me," he said. Xenophon said he also remained concerned about the voter irregularities he had wanted to examine last year when he was detained. "I think unofficially it's expected that the real vote was much greater for the Malaysian opposition," he said. "So, this is the man who should be the prime minister of Malaysia today." |
[BELASUNGKAWA] Ustaz Ramli Ibrahim Posted: 04 Oct 2014 04:42 AM PDT Saya dan keluarga dikejutkan dengan berita pemergian sahabat lama Ustaz Ramli Ibrahim ke rahmatuLlah pagi tadi. Allahyarham sahabat seperjuangan saya sekian lamanya. Merupakan mantan Presiden PKPIM, kemudiannya aktif dalam ABIM tatkala saya ditahan di bawah akta zalim ISA era 70-an. Allahyarham dulunya berkhidmat dengan Institut Teknologi MARA, pada era reformasi 1998 beliau membantu KEADILAN selaku Bendahari Agung yang pertama dan berjaya membawa suara rakyat melalui KEADILAN ke Dewan Rakyat melalui pasukan 5 ahli parlimen pertama KEADILAN apabila memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu. Saya dan Azizah berusaha bergegas ke Sungai Buloh untuk memberikan penghormatan akhir pada Allahyarham tetapi sayang sekali jenazah telah berlepas ke Kelantan untuk disemadikan. KEADILAN seluruhnya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham atas kembalinya Allahyarham ke pangkuan Ilahi. Moga Allah SWT merahmati segala usaha bakti Allahyarham dalam perjuangan serta dakwah Allahyarham selama menumpahkan khidmat bakti bersama PKPIM, ABIM dan KEADILAN. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat Sang Pencipta. Al-Fatihah. |
[PERUTUSAN] Eiduladha 1435 Hijrah Posted: 03 Oct 2014 09:43 PM PDT “Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat” – Surah Al-Hajj, Ayat 34 Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafak ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan olehNya jua untuk kita kembali meraikan hari besar dalam Islam yakni sambutan Eiduladha bagi tahun 1435 Hijrah. Pastinya sambutan Eiduladha saban tahun kita lalui dengan penuh rasa keinsafan: dengan sirah Ibrahim dan Ismail A.S yang memperihal kesiapsiagaan seorang bapa dan anak yang dengan penuh tawadhuk dan ikhlas melaksanakan perintah Allah SWT, meski nyawa dan darah galang gantinya. Inilah falsafah ulung di sebalik ibadah korban: keikhlasan dan kesyukuran ke atas nikmat Ilahi yang kemudiannya dikembalikan dengan rasa tawadhuk demi mencapai redhaNya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang antara lain mafhumnya: “Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” Falsafah yang sama juga tersirat di sebalik ibadah haji, yang menjadi pelengkap kepada Rukun Islam sebagai agama yang suci. Penyucian diri melalui proses dan fasa-fasa ibadah haji nyata sekali merupakan satu bentuk pemurnian akal dan jiwa melalui pemupukan elemen kebersamaan dan persaudaraan sesama Muslim. Realitinya, semua insan adalah sama di sisi Tuhan, tinggal lagi baik buruk akhlaknya dan juga tinggi rendah imannya yang menjadi sandaran. Sambutan Eiduladha ini pastinya mendorong kita memaknai prinsip agung yang digagas oleh Islam: keadilan insani. Prinsip keadilan ini diulang sebanyak 56 kali di dalam Al-Quran, justeru kewajaran kita untuk menjamin keadilan, merai kepelbagaian dan menghormati perbezaan adalah sesuatu yang tidak boleh dikesampingkan. Ini telah Allah SWT tegaskan lewat Surah Al-Maidah Ayat 8: "Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Inilah keindahan Islam yang diwariskan Rasulullah SAW kepada umat baginda. Kendatipun begitu dalam pada kita meraikan hari besar ini, kita terus menerus dihambat dengan agenda yang sedang menghenyak imej Islam di mata dunia, mengambil contoh isu ISIS yang hangat diperkatakan mutakhir ini. Matlamat sedemikian jelas bercanggah dengan prinsip keadilan Islam malah mencemar imej Islam yang berselindung di sebalik agenda perjuangan Islam. Rentetan kegagalan memahami Islam secara holistik, maka wujudlah persepsi yang salah sedemikian rupa, lantas mengesani kesyumulan Islam di mata khalayak. Inilah yang ditekankan oleh Almarhum Hasan al-Hudaybi, "Tegakkanlah Islam di dalam dirimu, nescaya ia tertegak di watanmu". Tuntasnya, kembalilah kita kepada fitrah dengan memaknai Islam dan gagasan manusiawi yang terkandung dalam ajarannya. Moga Eiduladha yang akan diraikan mampu mencetus keinsafan kepada kita dalam menjaga ukhuwah sesama insan disamping kita memperkemas habluminallah. Mewakili kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya, saya merakamkan ucapan Salam Eiduladha buat seluruh umat Islam di Malaysia. Moga ibadah korban yang kita sempurnakan mendapat tempat di sisi Ilahi, demikian juga buat jemaah haji Malaysia didoa agar selamat menunaikan ibadah haji dan selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur moganya, inshaaAllah. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan