Jumaat, 26 September 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Profil Menteri Besar Selangor Ke-15

Posted: 26 Sep 2014 12:59 AM PDT


Azmin umum 10 Exco baharu Selangor, 3 muka baru

Posted: 26 Sep 2014 12:34 AM PDT


SHAH ALAM 26 SEPT: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco)
yang baharu, masing-masing 4 dari KEADILAN, 3 PAS dan 3 DAP.

Dengan pengumuman ini, bermakna, kuota empat kerusi yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan satu.
Exco sebelum ini, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dan mereka digantikan dengan muka baru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib.
Mereka yang dikekalkan adalah, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
IMG_8789
Bagi kerusi KEADILAN pula, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dikekalkan sementara dua muka baru yang dilantik adalah Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amiruddin Shari.

Manakala tiga Exco DAP dikekalkan dan mereka adalah Teng Chang Kim, Ean Yong Hian Wah dan Ganabatirau Veraman.
"Saya telah meneliti dan mengambil kira semua pandangan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor.
"Perbincangan tersebut tertumpu kepada usaha untuk membentuk barisan Exco yang kuat, padu dan cekap untuk terus maju ke hadapan membangunkan Selangor," katanya pada sidang media pengumuman tersebut di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pagi ini.
Menurut Azmin, lantikan baru ini telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuatkuasa 26 September.
"Saya telah mengadap Sultan pada 25 September lalu untuk berbincang dan mendapat perkenan duli Tuanku bagi perlantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru selaras dengan Perkara L3(2)(B) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Jelas Azmin lagi, istiadat lantikan baru Exco akan dilangsungkan di Istana Alam Shah, Klang jam 3 petang ini namun beliau tidak memaklumkan porfolio bagi kesemua Exco yang dilantik.
"Porfolio bagi Exco baru akan dibincangkan kemudian," ujar beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63135

Tiada ulasan: