Selasa, 9 September 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] Mendukung Prinsip Keluhuran Perlembagaan Serta Menjunjung Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Posted: 09 Sep 2014 03:13 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
9 SEPTEMBER 2014

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini jelas dalam perlembagaan KEADILAN dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato' Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 takkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

Kenyataan Dato' Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

Dato' Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan UMNO sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama.

Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ("convention") sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: