Jumaat, 12 September 2014

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Aktivis Ali Abd Jalil lebih rela untuk terus meringkuk di lokap polis daripada ditahan semula selepas diikat jamin. Peguamnya, Fadilah Md Fazil berkata Ali bimbang akan didakwa sekali lagi selepas ini berhubung kesalahan melibatkan Akta Hasutan sekiranya diikat jamin. "Tadi bila kita jumpa dia dan tanya apa yang dia mahu, dia minta supaya beri masa sehingga Isnin untuk ikat jamin,” katanya. Beliau berjaya menemui Ali di lokap polis, di bangunan kompleks mahkamah di Shah Alam hari ini. Siswa di sebuah institut pengajian tinggi swasta itu dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan namun berkeras untuk terus berada di lokap, katanya. "Lagipun dia tak mahu diikat jamin kerana keadaan dia dalam penjara Sungai Buloh, OK. Dia gembira,” kata Fadilah. Tambahnya, Ali juga tidak menerima sebarang gangguan di penjara itu. “Fizikal dia pun OK. Dia kata dia dapat banyak pengalaman dan belajar banyak perkara dalam penjara," katanya pada kita... Beliau kali pertama dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang pada hari Isnin lalu atas tuduhan menerbitkan penerbitan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Tuduhan tersebut adalah berhubung tulisan di laman Facebook bernama “Regimen Anarki” yang didakwa dimiliki Ali. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Bagaimanapun, pemuda itu kemudiannya ditahan semula sebaik diikat jamin pada hari sama. Penahanan itu berhubung satu tulisan di satu lagi laman Facebook, didakwa miliknya sendiri, yang didakwa menghina sultan Selangor.

Posted: 11 Sep 2014 11:38 PM PDT

Tiada ulasan: