Rabu, 6 Ogos 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kelas Menjahit Manik Memberdaya Wanita

Posted: 06 Aug 2014 02:30 AM PDT

Pada 3 Ogos 2014, Kelas Menjahit Manik telah diadakan semula di bawah program Memberdayakan Wanita di Pejabat ADUN Seri Andalas.

Program separuh hari tersebut disertai seramai 18 wanita. Bahan-bahan untuk latihan telah dibeli sendiri manakala tenaga pengajar dan sarapan disediakan melalui peruntukan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar.

Program telah diselaraskan oleh Puan Sri Maha.












Meluangkan Masa Melawat Kanak-kanak di Taska

Posted: 06 Aug 2014 02:00 AM PDT

Pada 21 Julai 2014, YB Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa melawat Taska An Naim di Taman Seri Andalas, Klang untuk melihat keadaan kanak-kanak di taska tersebut.

Seramai 6 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah yang berada di taska tersebut telah menerima baucar RM100 bantuan program SIKEMBAR .

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SIKEMBAR) dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Bantuan disampaikan YB Dr. Xavier Jayakumar.



Mengagihkan Minuman Berbuka Puasa di Masjid Sungai Kandis

Posted: 05 Aug 2014 06:15 AM PDT

Program mengagihkan minuman sempena berbuka puasa telah diadakan di masjid Sungai Kandis pada jam 5 petang selepas solat Asar pada 20 Julai 2014 yang lepas.

Hadir pada program tersebut adalah ADUN Seri Andalas, YB Dr. Xavier Jayakumar bersama-sama Encik Manaf dan para sukarelawan JKKK Sg. Kandis. 





Memasak dan Mengagih Bubur Lambuk di Dagang Jati

Posted: 05 Aug 2014 06:00 AM PDT

Pada 20 Julai 2014 yang lalu, satu program memasak dan mengagih bubur lambuk kepada orang ramai telah diadakan di Dagang Jati, Klang.

Program telah dibuat di surau dan YB Dr Xavier Jayakumar turut mengambil kesempatan untuk beraah mesra dengan penduduk setempat apabila beliau bersama-sama sukarelawan mengunjungi rumah-rumah sekitar sambil menghulurkan bubur lambuk.

Pada hari tersebut, sebanyak 3000 bekas bubur lambuk yang dimasak berjaya diagihkan kepada orang ramai. Program telah dianjurkan oleh Puan Patimah, Puan Rusnani serta ahli jawatankuasa kawasan setempat.

YB Dr. Xavier mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang turun membantu menjayakan program tersebut.










Tiada ulasan: