BULETIN RAKYAT |
TAHNIAH YB AMIRUDIN SHARI.. KETUA AMK BARU.. Posted: 11 Aug 2014 07:22 PM PDT ADUN Batu Caves Amirudin Shari diundi sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR selepas selesai pengiraan undi semua cabang. Manakala seorang lagi calon ketua AMK, Nazree Yunos mendapat 2,195 undi. Tiga calon naib presiden yang mendapat undi tertinggi ialah penyandang jawatan itu Nurul Izzah Anwar dengan 28,729 undi dan Tian Chua yang meraih 21,421 undi. Penyandang ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pula di tempat ketiga dengan 19,828 undi. PKR kemudiannya akan melantik dua lagi naib presiden selepas keputusan rasmi pemilihan diperolehi. Sementara itu penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali mempertahankan jawatannya dengan mendapat 22,557 undi menewaskan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang hanya mampu meraih 10,742 undi. |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan