Pengikut

Nuffnang

Isnin, 11 Ogos 2014

Anwar Ibrahim

sumber :-

Anwar Ibrahim


Tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan

Posted: 10 Aug 2014 08:25 PM PDT

Mewakili seluruh kepimpinan dan akar umbi KEADILAN, setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada sahabat saya Recep Tayyip Erdogan di atas kemenangan beliau melalui Parti Keadilan & Pembangunan (AK Party) dalam pemilihan Presiden tanpa perlu melalui pusingan kedua.

Pemilihan Presiden ini yang julung kali diadakan dalam sejarah demokrasi Turki nyata sekali memberi impak positif buat Turki dalam mendepani arus perubahan. Meski berhadapan saingan sengit, keupayaan Erdogan meraih lebih 50 peratus undi membuktikan AKP di bawah kepimpinan Erdogan diyakini untuk terus mengemudi Turki.

Doa kami di Malaysia buat Erdogan dan AKP agar terus memainkan peranan aktif dan istiqamah demi memperjuangkan keadilan sejagat.

ANWAR IBRAHIM

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang