Isnin, 21 Julai 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Posted: 20 Jul 2014 11:41 PM PDT


Saya dan keluarga serta bagi pihak kakitangan Pejabat Khidmat DUN Seri Andalas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutamanya penduduk DUN Seri Andalas.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan kemeriahan dan kegembiraan bersama sanak saudara serta jiran tetangga.

Walaupun, Aidilfitri merupakan perayaan bagi umat Islam, tetapi telah menjadi budaya kita rakyat Malaysia meraikan perayaan bersama-sama. Teruskanlah amalan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain serta memupuk semangat keharmonian antara kaum.

Kepada mereka yang akan pulang ke kampung dan membuat perjalanan jauh, pastikan anda memandu dengan berhemah. Pastikan anda pergi dan pulang dengan selamat.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan memohohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan. Usaha pasti diteruskan dan ditingkatkan demi keselesaan penduduk di DUN Seri Andalas.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

YB Dr. Xavier Jayakumar
Ahli Dewan Negeri Selangor
Kawasan Seri Andalas

Tiada ulasan: