Sabtu, 19 Julai 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Sumbangan di Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al Barakah

Posted: 19 Jul 2014 06:47 PM PDT

Taman Sentosa, Klang, 19 Julai 2014 - Satu program berbuka puasa telah diadakan di Masjid Al-Barakah , Taman Sentosa pada hari ini.

YB Dr. Xavier Jayakumar yang turut serta dalam program tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah.

Dengan sumbangan yang diberikan, YB Dr Xavier berharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka menghadapi musim perayaan ini.






500 Peserta dibawa Membeli Belah Dalam Program Jom Shopping Sempena Aidilfitri

Posted: 19 Jul 2014 06:36 PM PDT

Kampung Jawa, 19 Julai 2014 - Pejabat ADUN Seri Andalas pada hari ini telah menganjurkan program Jom Shopping sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Program telah dijalankan di pasaraya Econsave Kampung Jawa. Sebanyak 500 kupon RM100 setiap satu telah diberi kepada 500 peserta yang hadir.

Turut hadir bersama YB Dr. Xavier Jayakumar pada program tersebut adalah Ketua-ketua Kampung, Tuan Hj Ismail, Tuan Hj Buang, Tuan Hj Miswan dan Ahli-ahli Majlis.

YB Dr. Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang datang membantu.






Menghadiri Majlis Meraih Dana Pembinaan Kuil di Kota Kemuning Golf & Country Club

Posted: 19 Jul 2014 06:20 PM PDT

Kota Kemuning, 19 Julai 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menghadiri satu majlis makan malam meraih dana di Kuil Sri Kaliaman di Kota Kemuning Golf & Country Club.

Tujuan majlis tersebut adalah untuk meraih dana bagi pembinaan semula sebuah kuil. Program dijayakan dengan anggaran kehadiran 1500 orang.







Tiada ulasan: