Jumaat, 11 Julai 2014

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


JANGAN ULANGI PERISTIWA 1977 KELANTAN...IANYA SAMA .. MB TIDAK MAHU LETAK JAWATAN..IANYA MEMERITKAN...

Posted: 11 Jul 2014 06:31 AM PDT

Sama ada pelan kedua itu jalan atau tidak, suka saya nak ingatkan di sini mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 di Kelantan. Pada masa itu Pas Kelantan sedang menghadapi kerumitan untuk membuang MB mereka, Mohamad Nasir. Keadaannya samalah seperti apa berlaku di Selangor yang dihadapi PKR kini.

Untuk tujuan itu berbagai usaha dilakukan termasuk nasihat dan sebagainya. Parti juga memberi beberapa pandangan kepada Mohamad Nasir. Adapun sebab kenapa Mohamad Nasir hendak dipecat ialah kerana beliau dilihat tidak memberi keuntungan kepada parti sebaliknya berpihak kepada Umno. Pentadbirannya menyebabkan Umno untung. Walaupun diberi nasihat secara baik, tetapi Mohamad Nasir tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatan. Mulanya dia berjanji untuk berundur dengan baik, tetapi janji itu dimungkiri begitu sahaja.

Jalan terakhir diambil oleh Pas Kelantan dengan mengusulkan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Usul itu dibawa oleh kumpulan 20 para Adun Pas yang tidak bersetuju dengan Mohamad Nasir. Usul berkenaan berjaya diluslukan dengan 20 undi menyokong 12 undi daripada Umno dan 1 MCA menentang. Kalau mengikut keputusan DUN itu Mohamad sudah hilang hak menjadi MB.

Tetapi usul undi tidak percaya itu tidak membawa apa-apa perubahan. Ia tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Keengganan Mohamad Nasir menyebabkan ia tidak menamatkan krisis. Mohamad Nasir bukan sahaja dikenakan undi tidak percaya, sebaliknya ikut dipecat daripada PAS. Pemecatan itu juga tidak menghasilkan apa-apa.

Mohamad Nasir sebaliknya menajdi makin "manggak" apabila ada golongan yang menyokongnya di belakangnya. Kumpulan 12 orang Adun Umno bersamanya. Mereka ini memberi sokongan dan semangat kepada Mohamad Nasir agar tidak tunduk kepada desakan Pas serta tidak keluar dari pejabat SUK. Untuk menunjukkan Mohamad Nasir mendapat sokongan rakyat, Umno menggerakkan himpunan di beberapa jajahan bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir.

Rengkas cerita, usul undi tidak percaya dan pemecatan Mohamad Nasir tidak kesampaian tujuannya. Sebaliknya ia memarahkan lagi keadaan. Himpunan rakyat membela Mohamad Nasir yang ditaja Umno berlaku dimana-mana sahaja. Ia berakhir dengan tunjuk perasaan yang mengakibatkan Kelantan diletak dibawah MAGERAN dan kuasa kerajaan Pas dibekukan.

Jadi tragedi yang menimpa Kelantan 37 tahun lalu perlu diingat dan diambil iktibar sebelum ada cadangan hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Saya dapat gambarkan macam mana kalau DUN Selangor sedia menerima usul berkenaan untuk diundi, ribuan orang akan ke Shah Alam dengan pelbagai sepanduk. Dan sesungguhnya pihak musuh PR hanya sedang menanti detik-detik berkenaan saja untuk bertindak dan mengganas.

NGO-NGO yang makan upah, perut buncit dan misai melekong macam tanduk seladang, berasa seronok dan mereka akan mendapat peluang mengisi tembolok dengan kejadian itu nanti. Mereka inilah yang akan mendolor punggung Khalid ke langit dan menggelarkan Khalid "Pejuang Rakyat", "Pembela Rakyat" dan sebagainya seperti mana dilakukan kepada Mohamamd Nasir yang digelar sebagai "Datuk Jujur".

Janganlah peristiwa itu berulang di Selangor kerana ia sangat-sangat memeritkan sekali.[wm.kl.2:22 pm 11/07/14]

SIAPA DALANG BERITA PALSU LAGAKAN ISTANA DAN PERLETAKAN JAWATAN MB SELANGOR

Posted: 11 Jul 2014 06:08 AM PDT

Siapa yg terlibat dlm melaga-lagakan pimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yg diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pihak istana baru-baru ini?

Adakah tuduhan yang dibuat oleh lima pimpinan Keadilan baru-baru ini supaya MB Selangor untuk letak jawatan ada kaitan dgn mereka yang buat tuduhan palsu bahawa Sultan Selangor memperkenankan perletakan jawatan MB Selangor ?

Tahniah kepada sekumpulan pakatan anak-anak negeri Selangor yang telah membuat laopran polis atas kejadian berita palsu...





PKR PANDANG PENTING KEGANASAN PEMBUNUHAN UMAT ISLAM DI PALESTINE

Posted: 11 Jul 2014 05:57 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memandang tersangat penting insiden keganasan, penindasan dan pembunuhan umat Islam yang semakin meruncing mutakhir ini.
KEADILAN berharap dan berdoa agar negara-negara Islam bersatu di saat ini, bertindak bersama membela dan melindungi umat Islam kita.
Kejadian yang menimpa umat Islam di Palestin, China dan Myanmar di dalam bulan Ramadhan yang suci ini, begitu begitu menyayat hati, di saat kemampuan kita untuk menghulurkan pertolongan terbatas.
Wan AzizahKEADILAN turut menzahirkan kebimbangan terhadap kegagalan negara-negara Arab untuk bersatu melindungi kesejahteraan umat Islam yang serantau.
Mutakhir yang berlaku di Palestin, meragut lebih 50 nyawa, lebih 300 yang cedera, banyak kediaman dan bangunan musnah akibat pengeboman tentera Israel yang tidak berperi kemanusiaan.
Sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, umat Islam di Gaza semakin tertekan kerana laluan masuk di pintu Rafah, untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan, tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.
9 Julai lalu, media melaporkan bahawa pintu Rafah dibuka di atas desakan PBB, namun kita tetap menggesa supaya tentera pengaman PBB ditempatkan di situ agar dapat memudahkan pengurusan bantuan kemanusiaan.
Dalam masa yang sama KEADILAN menggesa PBB bertindak segera menghentikan keganasan Israel di Gaza dan mendesak supaya tidak berlengah lagi menghantar delegasi ke Gaza untuk membuat tinjauan dan bantuan segera
KEADILAN juga menggesa pemerintah Mesir sentiasa membuka pintu sempadan dan memudahkan urusan petugas bantuan kemanusiaan masuk untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa pengeboman Israel.
Apa yang berlaku di Palestin, turut berlaku di China. KEADILAN berasa amat kesal dengan kejadian penindasan yang berterusan terhadap umat Islam Uighur, sebagaimana dilapor media Aljazeera.
Selain daripada dinafikan hak untuk berpuasa, mereka dilaporkan dibunuh dengan kejam dan kaum wanita dirogol. Statistik ini telah dikemukakan kepada PBB, tetapi kita kesal tiada penyiasatan dibuat.
Terdapat laporan bahawa rekod kerajaan China terhadap umat Islam Uighur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.
KEADILAN juga menzahirkan kerisauan terhadap tindakan pembersihan etnik yang dilakukan junta  tentera terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.
PBB telah mengeluarkan statistik bahawa 80 peratus daripada pelarian di dunia adalah orang Islam. Ramai yang tidak bernegara, seperti Rohingya, tanpa kewarganegaraan atau hak kewarganegaraan.
Malah ada kalangan negara-negara umat Islam, sendiri menanggapi mereka sebagai pelarian dan dilayan sebagai penduduk kelas ketiga.
Umat Islam tidak seharusnya duduk berdiam diri apabila keganasan terus berlaku di Palestin, China dan Myanmar.
Justeru, marilah semua umat Islam berbuat apa yang mampu dan terdaya membantu rakan-rakan kita di Palestin, China dan Myanmar.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62117

Tiada ulasan: