Jumaat, 4 Julai 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelajar PASTI nyaris dibawa lari

Posted: 03 Jul 2014 07:50 PM PDT




4 Julai 2014

TEMERLOH – Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini membuat laporan polis apabila dimaklumkan seorang lelaki bermotosikal cuba membawa pulang anaknya dari pusat asuhan tunas Islam (Pasti) Taman Temerloh Makmur, pagi kelmarin.

Guru yang enggan identitinya didedahkan bergegas ke Pasti terbabit selepas dimaklumkan guru pengasuh Pasti tentang seorang lelaki cuba melarikan anaknya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika guru terbabit yang berusia 29 tahun berada di sekolah tempatnya mengajar dan dimaklumkan menerusi telefon mengenai kehadiran seorang lelaki menunggang motosikal cuba membawa pulang anaknya.

Bagaimanapun tindakan pantas guru pengasuh Pasti memaklumkan kejadian itu berjaya menyelamatkan cubaan melarikan kanak-kanak terbabit.

Isu tersebut menjadi bualan hangat dalam aplikasi Whatsapp dan tersebar secara meluas di sekitar daerah ini.

Sinar Harian menghubungi guru terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian tetapi dua panggilan dibuat pagi semalam tidak dijawab.

Beberapa petugas media kemudian ke rumah guru terbabit di Taman Temerloh Makmur tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Beberapa minit kemudian Sinar Harian dimaklumkan guru terbabit tidak mahu bertemu media.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Kawasan Temerloh (DPPKT) melahirkan rasa syukur di atas komitmen guru Pasti dalam mendidik, mengasuh dan menjaga keselamatan pelajar.

Ketuanya, Zaharim Ishak berkata, Pasti antara pusat aktiviti pendidikan dan kebajikan Dewan Pemuda Pas Malaysia sememangnya mengutamakan aspek keselamatan.

"Setiap pelajar yang pulang akan dipastikan dijemput ibu bapa atau wakil yang disahkan ibu bapa.

"Merujuk kepada isu laporan polis berhubung kejadian berkenaan, DPPKT mengucapkan syabas di atas tindakan bijak lagi tepat guru terbabit dengan segera menghubungi ibu murid untuk pengesahan.

Menurutnya, DPPKT juga mengucapkan terima kasih kepada ibu murid terbabit kerana segera membuat laporan polis.

Usaha Sinar Harian mendapatkan pengesahan ketua polis daerah gagal namun laporan susulan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Warga OKU berniaga di Masjid Sikamat untuk tampung kos perubatan

Posted: 03 Jul 2014 04:10 PM PDT


Dari FB Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan) : "Selepas solat asar di Masjid Kariah Sikamat saya bertemu seorang muallaf Mohd Amin Tan b Abdullah yang menghidap penyakit Multiple Sclerosis (MS). Beliau memerlukan kos rawatan sebanyak RM 4,000 di PPUM melibatkan kos ubat dan Plasma Exchange. Beliau mengambil inisiatif berniaga untuk menampung kos rawatan."

Tuan puan yang akan menunaikan solat tarawih di Masjid Sikamat digalakkan menderma bagi menampung kos rawatan yang akan ditanggungnya minggu hadapan.

Beliau boleh dihubungi di talian 0193197815 dan sekarang beliau menumpang di Pondok Al-A'liyah di Ampangan di bawah kendalian Ustaz Sofhan Halim.


Tiada ulasan: