Pengikut

Nuffnang

Isnin, 2 Jun 2014

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Pakatan Perlu Kerja Lebih Keras Tembusi Luar Bandar, Kata Anwar

Posted: 01 Jun 2014 07:51 PM PDT

Kekalahan calon DAP di Teluk Intan semalam menunjukkan usaha Pakatan Rakyat menentang Barisan Nasional tidak sampai ke kawasan luar bandar, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

"Kami perlu mengambil pengajaran dan berusaha lebih keras untuk menembusi kawasan luar bandar," katanya.

Anwar berkata isu perkauman dan agama masih faktor dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, yang dimenangi calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, menewaskan Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti tipis.

"Dalam erti kata lain, ini kerana mereka menggunakan isu perkauman kepada orang Melayu, terutamanya kononnya DAP akan menindas, dan ini sangat berbahaya.


"Semua kumpulan pelampau Melayu terlibat di sana dan saya fikir orang Cina dan India tidak menyedari tahap perkauman dan isu agama yang dimainkan," katanya di Bukit Mertajam ketika menghadiri satu majlis perkahwinan.

Anwar berkata orang Melayu diberitahu bahawa tekanan PR menyebabkan orang Melayu menjadi lemah dan kedudukan mereka di tampuk kuasa terancam kerana DAP.

Orang Melayu, tambahnya, juga diberitahu bahawa calon bukan-Melayu seperti Mah akan berada di bawah kawalan Umno, manakala calon Melayu dari DAP dikawal Cina.

Anwar turut memuji Dyana dalam kempennya dan kepimpinan DAP kerana menunjukkan kesepaduan mereka sepanjang pilihan raya kecil itu.

Anwar juga berkata, beliau memanggil satu mesyuarat di kalangan pemimpin PR esok bagi membincangkan pilihan raya kecil itu.

Katanya, kajian corak pilihan raya kecil kebelakangan ini sejak Kajang juga akan dilakukan sebelum PR memutuskan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis perkahwinan anak perempuannya di rumahnya di Cheruk Tokun, Pulau Pinang, pemimpin de facto PKR itu bersetuju bahawa pengundi lebih memilih BN kali ini juga boleh disebabkan oleh janji-janji pembangunan.

"Kami menemui orang-orang yang mengundi DAP sebelum ini mahu perubahan untuk Teluk Intan untuk mendapatkan pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit yang dijanjikan, terutamanya selepas Mah diumumkan akan menjadi menteri.

"Itu sudah tentu boleh membuat perbezaan," kata beliau sambil menambah peratusan keluar mengundi yang rendah semalam, iaitu 66.5% juga menjejaskan prestasi PR.

Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 26, tewas kepada BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga presiden Gerakan yang sebelum ini selama dua penggal menjadi ahli Parlimen, 1999 hingga Mac 2008, kalah dengan hanya 238 undi dalam pilihan raya semalam.

Ketika ditanya sama ada isu-isu dalaman PR seperti isu hudud dan juga masalah pemilihan PKR sendiri yang menukar arah pemilihan pengundi, beliau berkata ia boleh menjadi faktor juga.

Beliau bersetuju bahawa PR perlu bekerja lebih keras, dan cuba menyelesaikan beberapa isu perbalahan, termasuk hudud.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berada di Teluk Intan untuk memastikan pengundi memahami isu hudud.

Beliau berkata masalah dalam pemilihan PKR adalah disebabkan oleh campur tangan samseng daripada luar.

Parti itu mempunyai klip video untuk membuktikannya, tetapi ia tidak akan dilaporkan oleh media arus perdana.

"Oleh itu, kita mempunyai masalah untuk menjelaskannya kepada rakyat.

"Pertandingan untuk jawatan-jawatan parti adalah perkara biasa dan sihat. Bahagian yang tidak sihat adalah tidak berdisiplin kasar... jawatankuasa pemilihan parti mengambil pendirian yang tegas, " katanya.

Anwar berkata terdapat juga perubahan daripada Umno dengan memperlihatkan ahlinya yang angkuh dan perkauman, digunakan untuk menyerang calon saingan mereka.

Beliau juga menjelaskan kenyataan awalnya bahawa orang Cina akan menjadi bodoh jika mereka mengundi BN lagi.

Beliau menjelaskan bahawa apa yang dia katakan disalah tafsir.

Apa yang dimaksudkan ialah ia tidak pernah dilihat sebelum ini sepanjang sejarah bagaimana pemimpin Umno begitu angkuh dan tidak bertimbang rasa dalam membuat tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal terhadap mana-mana masyarakat minoriti, dan dalam hal ini, kaum Cina.

"MCA atau Gerakan tidak mempunyai keupayaan mahupun keberanian untuk berdiri dan kita melihat ini. Ia sudah tentu akan menjadi tidak masuk akal atau bodoh untuk menganggap bahawa orang Cina akan terus menyokong BN.

"Itu adalah konteksnya dan saya adalah betul kerana majoriti Cina masih kekal dengan Pakatan dan dalam kes ini, dengan DAP.

"Tetapi peratusan pengundian itu faktor utama... sebelum ini, kerana Guan Eng berkata, ia perlu melepasi 70% keluar mengundi, yang tidak berlaku," katanya.

Anwar berkata Gerakan sendiri menjadi tidak penting, satu fakta yang semua orang tahu.

Parti itu boleh mengatakan bahawa Presiden mereka memenanginya tetapi semua orang tahu bahawa Gerakan sendiri hampir tidak berkesan.

"Ia (pilihan raya kecil ini) adalah pembangkang melawan kerajaan," katanya. – 1 Jun, 2014.

Sumber: TheMalaysianInsider

Menghadiri Sambutan Hari Ibu Di Taman Alam Megah

Posted: 01 Jun 2014 07:00 PM PDT

Shah Alam, 1 Jun 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar hari ini hadir bersama YB Shuhaimi Shafiei dalam satu majlis meraikan kaum ibu di Dewan MPP Zon 10, Taman Alam Megah, Shah Alam.

Program pada jam 6 petang ini dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja bersama MPP Zon 9 dan MPP Zon 10.








Upacara Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sivan

Posted: 01 Jun 2014 02:00 AM PDT

Klang, 1 Jun 2014 - Menghadiri Upacara Pecah Tanah untuk pembinaan Kuil Sivan di Klang. Hadir bersama, saudara PS Rajoo.




Menghadiri Majlis Makan Malam Tokong Tien Ling Tuah

Posted: 31 May 2014 07:30 PM PDT

Klang, 31 Mei 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar hari ini memenuhi jemputan menghadiri satu program Majlis Makan Malam Tokong Tien Ling Tuah di Restoran Rahsna Baru, Jln Batu Tiga, Klang.



Majlis Penyampaian Khairat Skim Mesra Usia Emas di Dewan Taman Sentosa

Posted: 31 May 2014 03:00 AM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas di Majlis Penyampaian Khairat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris-waris ahli skim di Dewan Taman Sentosa 31 Mei 2014. Hadir bersama YB Shuhaimi Shafiei ADUN Sri Muda & Penghulu Mukim Jalan Kebun, Tok Wahab Othman. Penerima faedah adalah dari DUN Seri Andalas, DUN Sri Muda & DUN Kota Alam Shah.






0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang