R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang |
- Soalan SIVARASA di Parlimen 11hb June 2014
- Soalan SIVARASA di Parlimen 10hb June 2014
- Soalan SIVARASA di Parlimen 9hb June 2014
- Soalan SIVARASA di Parlimen Khamis 12hb June 2014
Soalan SIVARASA di Parlimen 11hb June 2014 Posted: 11 Jun 2014 10:35 PM PDT 39. PR-1322-L61934 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa USD3 bilion yang dipinjam oleh IMDB Global Investments Ltd. (1MGIL) untuk pembangunan TRX diletak dengan institusi yang tidak dinamakan dalam akaun berkanun 1MDB untuk tahun 2013; berikan nama insitutusi tersebut dan juga nyatakan kenapa perjanjian untuk pelaburan itu tidak benarkan faedah, dividen atau edaran kepada 1MDB. |
Soalan SIVARASA di Parlimen 10hb June 2014 Posted: 11 Jun 2014 10:31 PM PDT 28. PR-1322-L61922 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini enam buah sekolah Tamil yang pada 22 Januari 2012 diumum oleh YAB. Perdana Menteri akan dibina di Sg. Petani, Sg. Siput, Klang, Petaling Jaya, Kajang dan Masai di mana juga diumumkan lesen untuk 6 sekolah tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri. |
Soalan SIVARASA di Parlimen 9hb June 2014 Posted: 11 Jun 2014 10:27 PM PDT 38. PR-1322-L61932 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan siapakah Kapten yang disebut dalam laporan Kementerian Pengangkutan 03/2014 yang memohon maklumat tentang pesawat MH370 pada jam 5.20 pagi pada 8 Mac 2014 dan beritahu MH370 never left Malaysian airspace. 40. PR-1322-L61924 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan Barisan Nasional sedia meluluskan satu lesen baru untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport di lokasi asalnya di SS7 Kelana Jaya dan kekalkan lesen lamanya di sekolah baru yang sekarang berada di Kampung Lindungan. |
Soalan SIVARASA di Parlimen Khamis 12hb June 2014 Posted: 11 Jun 2014 10:23 PM PDT 118. PR-1322-L61933 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa USD2.3 bilion yang diperoleh oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Petrosaudi International Ltd. apabila pelaburan 1MDB ditamatkan di September 2012 tidak dikembalikan ke Malaysia dan dimasukkan dalam satu syarikat SPC (segregated portfolio company) di Cayman Islands dengan pengurus dana yang tidak dinamakan dan dalam keadaan pengarah-pengarah 1MDB telah berkata mereka tidak ada kawalan terhadap SPC tersebut. |
You are subscribed to email updates from R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan