Khamis, 26 Jun 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Laungan azan guna pembesar suara dihalang?

Posted: 26 Jun 2014 01:03 AM PDT




Benarkah terdapat sebuah surau di Kuala Lumpur telah dihalang laungan azan menggunakan pembesar suara? Harap pihak yang berkenaan dapat menyiasat artikel ini di http://www.aduanrakyat.com.my/laungan-azan-tidak-di-benarkan-di-platinum-victory-3/#more-32253

7 lelaki didakwa serang, rosakkan surau di Negeri Sembilan

Posted: 25 Jun 2014 05:21 PM PDT




24 Jun 2014 Seremban: Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini, semalam, atas empat pertuduhan iaitu mencederakan seorang lelaki, khianat, berhimpun dan merosakkan sebuah surau di Mantin, dekat sini, minggu lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh S Steven Kumar, 24, S Alex Manoah, 23, A Kumar, 20, N Daniel, 20, S Dinesh Kumar, 20, E Murugan, 25, dan C Seran Raj, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa merosak dan mencemarkan sebuah surau di Sri Palma Villa, Mantin dengan niat menghina agama Islam iaitu merosakkan tingkap, pagar dan dinding surau itu pada jam 9.30 pagi, 14 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama, memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa mengadakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan merosakkan tingkap, pagar dan dinding surau di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Steven Kumar turut berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan tangan dan kaki kiri Jaime Buotan, 50, menggunakan botol minuman keras di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua seksaan itu, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan tambahan RM4,000 terhadap Steven Kumar bagi pertuduhan ketiga serta menetapkan 4 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Daniel turut berdepan tuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melanggar pintu pagar surau berkenaan dengan van hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,600 jika sabit kesalahan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan sebutan semula kes 4 Ogos depan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Salleh manakala semua tertuduh diwakili peguam A Partheeban.

Tiada ulasan: