Isnin, 16 Jun 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Anggota PGA bunuh diri selepas bunuh pengawal

Posted: 15 Jun 2014 08:04 PM PDT




Anggota PGA bunuh diri selepas bunuh pengawal

16 Jun 2014 - Akibat perselisihan faham, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai bertindak menembak diri sendiri selepas membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan perumahan di Casa San Uno, Batu 4 Sandakan dekat sini hari ini.

Anggota PGA berpangkat Koperal berusia 40 tahun dan pengawal keselamatan terbabit, 65 tahun ditemui orang awam di tapak pembinaan itu kira-kira pukul 11.30 pagi sebaik sahaja terdengar bunyi tembakan.

Difahamkan, anggota PGA itu dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan anak saudara pengawal keselamatan tersebut hingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Cop kills wife-to-be's uncle before taking own life
16 June 2014  
           
KOTA KINABALU: A police lance corporal is believed to have shot his would-be wife's uncle before taking his own life in Sabah's east coast Sandakan town.

The 28-year-old L/Kpl Salleh Maudidi, who is with the General Operations Force in Sandakan, was found with a single gunshot wound to his head.

The body of his wife's uncle, watchman Ibni Hashim, 66, with three bullet wounds was found several metres away from L/Kpl Salleh's body at the entrance to the construction site at North Road at 11.30am yesterday.

Ribut, khemah terbalik ketika berkaraoke di pantai PD

Posted: 15 Jun 2014 07:05 PM PDT




Ribut, khemah terbalik ketika berkaraoke di pantai PD
14 Jun 2014 – 15 Syaaban 1435

Port Dickson – Program Sukan Pantai Badan Berkanun yang bermula semalam berakhir dengan insiden empat khemah diterbangkan ribut malam kelmarin. Penolong Pegawai Rela Daerah Port Dickson, Mejar Hassan Selim berkata, kejadian berlaku dengan pantas apabila khemah yang bersambung antara satu sama lain terangkat dan terbalik.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 malam ketika empat anggota Rela dan 10 sukarelawan pihak penganjur, Persatuan Badan Berkanun dan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) sedang melakukan acara santai sambil berkaraoke.

Dijangka seramai 500 orang akan menyertai program berkenaan yang diadakan di Pantai Bagan Pinang selama tiga hari.

Surau di N.Sembilan diserang, dipecah oleh beberapa lelaki peminum arak

Posted: 15 Jun 2014 04:19 PM PDT


Surau di N.Sembilan diserang, dipecah oleh beberapa lelaki peminum arak
15 Jun 2014

Seremban : "Jika marah kerana ditegur sekalipun, marahlah kepada kami dan bukan kepada surau. Perbuatan mereka (suspek) begitu biadab kerana membaling botol arak ke rumah Allah ini," kata Imam Surau Raudatul Solihin Sulaiman Mohamad, 51, dari Apartmen Sri Palma, Mantin, di sini, semalam.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan perbuatan biadab tujuh lelaki berusia 20 hingga 23 tahun yang membaling batu dan botol arak ke surau berkenaan selepas dipercayai berang ditegur kerana minum arak berhampiran surau itu, kelmarin.

Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu dia dan rakannya, bekas pengerusi surau, Zaimi Buofan, 50, dan ditemani anak, Nor Mohamad, 4, menyiapkan pembinaan tambahan ruang solat wanita di surau terbabit.

Katanya, keadaan kurang menyenangkan apabila tujuh lelaki tidak dikenali berteduh di sebuah pondok awam terletak 50 meter berhampiran surau berkenaan.

"Selepas masuk ke pondok itu, saya lihat semua mereka minum arak dan menyuruh rakan (Zaimi) menegur perbuatan itu, namun tidak disangka mereka bertindak agresif dengan menyerang surau ini," katanya ketika ditemui, semalam.


Tiada ulasan: