Anak Muda Kampung Nak Senang |
Nak bantu Syria, boleh berjihad di Malaysia Posted: 12 Jun 2014 12:25 AM PDT Prihatinkah kita masalah pelarian yang berada di Malaysia? Tahukah kita setakat Mei 2014 terdapat 145,025 pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Dan masih ramai lagi pelarian yang berada di Malaysia ini yang belum berdaftar. Mereka ini dari negara yang bergolak antaranya Afghanistan, Sudan, Iraq, Palestin dan Syria. NGO Carefugees telah menyentuh hati Imam Suhaib Webb sehinggakan semua keuntungan programnya yang dikendalikan di Malaysia disalurkan untuk membantu pelarian ini. Carefugees sempena Ramadhan kali ini melancarkan "Kempen Memberi Keluarga Makanan 2014" yang amat diperlukan oleh keluarga pelarian di Malaysia ini. Tahun lepas Carefugees hanya mampu memberikan sumbangan kepada 1000 keluarga sahaja. Tahun ini mereka cuma mampu untuk mensasarkan 2000 keluarga. MACAMANA KITA BOLEH MEMBANTU Menaja satu keluarga untuk sebulan = RM200 Menaja satu keluarga untuk dua minggu = RM100 Menaja satu keluarga untuk seminggu = RM50 Sumbangan boleh disalurkan ke ; Nama Akaun : Muslim Professionals Forum Berhad Bank : Maybank No akaun : 564427100073 Maklumat lanjut hubungi Muslim Professionals Forum Berhad (MPF) azrabanu@gmail.com Tel 0162094500 Carefugees sadaf.meenai@gmail.comTel 0122263610 |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan