Pengikut

Nuffnang

Isnin, 26 Mei 2014

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan

Posted: 26 May 2014 08:00 AM PDT


Bersama-sama Pemimpin Pakatan Rakyat dan calon Parlimen Teluk Intan, Saudari Dyana Sofya.

Najib Razak Digesa Beri Penjelasan Skandal Pinjaman RM40 Juta

Posted: 26 May 2014 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 26 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa memberi penjelasan berhubung pendedahan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang mendakwa khidmatnya tidak disambung ekoran pinjaman bernilai RM40 juta dibuat seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Najib, baru-baru ini.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata Najib perlu menjelaskan kepada rakyat individu dimaksudkan mempunyai pertalian rapat dengan pemimpin BN dan mempunyai kuasa dalam Putrajaya.

Selain itu, katanya, Najib juga perlu menjelaskan asas untuk Bank Rakyat meluluskan pinjaman terbabit.

"Adakah ia semata-mata politik atau adakah mengikut prosedur yang betul dengan mengikut peraturan yang digariskan sewaktu Bank Rakyat memberikan pinjaman RM40 juta ini kepada VIP itu.

"Najib perlu menjawab pinjaman begitu tinggi nilainya sebanyak RM40 juta senang-senang diberikan kepada seorang VIP tanpa kemampuan membayar semula atau sebarang kekuatan kewangan," kata Guan Eng dalam kenyataan media.

Beliau berkata Najib juga harus menjelaskan apa yang terjadi kepada tawaran kompromi oleh individu itu selepas tempoh khidmat Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak dilanjutkan.

"Adakah VIP tersebut dibenarkan untuk membuat pembayaran semula secara 120 kali ansuran selama 10 tahun, tanpa faedah?," katanya.

Lim berkata Najib perlu bersikap jujur dan mempertimbangkan kesemua perjanjian mudah dalam pemberian pinjaman mega kepada VIP yang mempunyai keadaan kewangan yang meragukan.

Katanya, kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan bahawa pemimpin BN menguruskan negara bukan untuk kebaikan orang ramai tetapi demi faedah kroni.

Sebelum ini, media mendedahkan perkara terbabit dan VIP itu turut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

Sumber: SelangorKu

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang