Pengikut

Nuffnang

Selasa, 6 Mei 2014

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Kenyataan Media YB Dr Xavier Jayakumar Berikutan Dakwaan Bahaya Air Lombong Artikel New Straits Times

Posted: 06 May 2014 10:14 PM PDT

Saya merujuk kepada sebuah artikel yang dikeluarkan dalam New Straits Times yang mendakwa bahawa air yang dipam dari lombong ke Sungai Selangor boleh menyebabkan kemudaratan dan bahaya kesihatan jika digunakan kerana mengandungi ion-ion logam berat berbahaya.

Saya mendesak Kerajaan Negeri Selangor menjawab dakwaan yang dibuat ini samada ianya adalah betul ataupun semata-mata untuk menakutkan orang awam terutamanya para penduduk yang menggunakan sumber air tersebut serta menjejaskan kredibiliti keputusan pentadbiran Kerajaan Negeri berkenaan penggunaan air dari sumber lombong ini.

Kerajaan Negeri Selangor perlu mengeluarkan kenyataan dan mendapatkan pengesahan secepat mungkin daripada Kementerian Kesihatan bahawa air yang dipam dari lombong tersebut adalah selamat digunakan untuk diminum serta untuk kegunaan lain.

Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menjawab dakwaan ini dengan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan akan menyebabkan seolah-olah dakwaan yang dibuat pihak terbabit adalah berasas dan ini sekali gus adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri yang akan mengundang keresahan orang awam terutamanya para penduduk yang terlibat secara langsung dalam penggunaan sumber air tersebut.

Saya mendesak sekiranya dakwaan yang dibuat adalah tidak benar dan bertujuan menakutkan orang ramai, Kerajaan Negeri Selangor seharusnya mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap pihak yang membuat dakwaan ini. Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh berdiam diri kerana dakwaan ini melibatkan kepentingan awam serta kredibiliti pentadbiran kerajaan negeri itu sendiri. Tindakan yang pantas dan penjelasan perlu dibuat Kerajaan Negeri Selangor secepat mungkin.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
Ahli Dewan Negeri Selangor
Kawasan Seri Andalas

7 MEI 2014

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang