Pengikut

Nuffnang

Selasa, 6 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengerusi MyWatch dedahkan sindiket dadah libatkan pegawai tinggi polis di N.Sembilan.

Posted: 06 May 2014 12:21 AM PDT




6 Mei 2014 - Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan hari ini menyelar pihak polis kerana bertindak lambat dalam penyiasatan berhubung kes jenayah ke atas dirinya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan terhadap kes tembakan yang berlaku kepada dirinya Julai tahun lalu yang sehingga kini masih tiada tangkapan.

Sanjeevan turut mendedahkan beliau telah menerima tiga butir peluru 9 hidup di dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Bahau dua hari lalu.

Sanjeevan juga mendakwa polis bertindak "berat sebelah" kerana beliau sebagai rakyat Malaysia tidak menerima perlindungan keselamatan sama seperti sesetengah orang lain.

Pada 27 Julai tahun lalu, Sanjeevan ditembak oleh seorang pembonceng motosikal semasa beliau berada dalam sebuah kereta dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan.

Sanjeevan mendakwa kejadian tersebut berlaku kerana beliau telah mendedahkan sidiket pengedaran dadah melibatkan pegawai tinggi polis di Negeri Sembilan.

Beliau juga sebelum ini menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan dua anggota polis di Johor yang didakwa memiliki wang berjumlah RM1.5 juta dalam akaun masing-masing.

- Malaysiakini

JKKK yang dilantik kerajaan N.Sembilan dikatakan ada rekod jenayah

Posted: 05 May 2014 09:30 PM PDT




6 Mei 2014 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mempertikaikan keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai di bawah DUN Lenggeng.

"Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan.

"Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah dan kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia

- FMT

Sibuk tangkap militan akhirnya lagi warga China diculik di Sabah

Posted: 05 May 2014 08:23 PM PDT




6 Mei 2014 - Seorang warga China dipercayai diculik dari sebuah ladang ternakan ikan di Silam, Lahad Datu, lebih kurang 24 jam selepas sekumpulan lanun merompak nelayan di perairan Tanjung Labian.

Laporan tidak rasmi itu mendakwa bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik warga China yang dikenal pasti sebagai Yang Zailin, yang merupakan seorang pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.45 pagi Selasa.

Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu telah melarikan diri ke arah selatan Filipina.

Pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki yang berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.

Belia di Seremban jadikan kedai kosong pusat minum arak

Posted: 05 May 2014 08:00 PM PDT


6 Mei 2014 - Bukan saja membuat bising, tetapi hampir setiap hari sekumpulan anak muda menjadikan deretan rumah kedai kosong berhampiran Taman Ixora 137, Seremban 3, di sini sebagai 'port' minum arak.

Bukan itu saja, malah sekiranya ditegur, penduduk pula akan dibaling dengan botol arak menyebabkan masing-masing terpaksa mendiamkan diri dan menahan sabar.

"Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada kumpulan anak muda hingga mencecah 10 orang berkumpul di situ bermula 6 petang sehingga larut malam, membuat bising sambil meminum arak.

"Mereka akan membuka radio kereta sekuat-kuatnya seperti pesta menyebabkan kami di sini terganggu," katanya.

Menurutnya, paling membimbangkan apabila kumpulan terbabit pernah bergaduh sesama sendiri menyebabkan penduduk risau kemungkinan ada yang bertindak lebih ganas.


0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang