Isnin, 5 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Muslimat pengsan beli tiket bola, tunggu sejak 4 pagi di stadium

Posted: 05 May 2014 12:20 AM PDT



5 Mei 2014, Johor Bahru: Kerana berasak dalam keadaan cuaca panas menyebabkan beberapa penyokong pasukan JDT pengsan ketika membeli tiket di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin di sini, pagi tadi, bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan itu dan Pahang, malam ini.

Penyokong JDT mula berkumpul diperkarangan stadium sejak jam 4 pagi walaupun kaunter jualan tiket dibuka pada jam 9 pagi. Sehingga jam 10.30 pagi tadi, lebih 5,000 orang beratur untuk membeli tiket.

Ramai perokok pengotor, tiada hati nurani

Posted: 04 May 2014 07:21 PM PDT




BERNAMA 2 Mei 2014 - Masih ada masyarakat yang tidak bertimbang rasa apabila merokok, bersifat pengotor dan melakukan kerosakan terhadap kemudahan awam. Ramai perokok di negara ini yang tidak mempunyai hati nurani sewajarnya malah sengaja merokok di kawasan awam seperti, kedai makan, kawasan hospital, sekolah dan tangga pejabat tertutup tanpa mempedulikan kesihatan mahupun perasaan orang lain.

"Tabiat merokok memang amat sukar diatasi, tetapi sebaiknya berpada-padalah, jangan pula hingga menyusahkan orang lain," akui Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi.

Merokoklah di tempat yang tersorok dan mempunyai pengudaraan terbuka, katanya, mengambil contoh kebiasaan perokok di Jepun yang merokok hanya di tempat khas malah membawa dompet rokok khas untuk membuang habuk rokok.

Malah, ada juga perokok yang tanpa rasa segan sengaja menghembus ke arah laluan orang ramai, misalnya, mereka yang terdesak untuk merokok selepas makan tetapi malas untuk beralih tempat ke lokasi yang lebih sesuai.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang membuang habuk dan puntung rokok di merata-rata tempat seperti pinggan makan, lantai dan tangga laluan awam, sekaligus mengotorkan kawasan awam dan menyakitkan mata pengunjung lain.   
      
"Saintis membuktikan bahawa menghirup udara yang mempunyai kesan rokok akan memburukkan lagi keadaan pesakit yang mana sistem imun mereka telah sedia terjejas, serta kanak-kanak dan bayi yang masih belum mempunyai paru-paru yang kuat.

Hartanah di Rembau kini melambung tinggi

Posted: 04 May 2014 06:38 PM PDT




Apo koba oghang Gombau. Bolum GST ghogo ghumah kek Ghombau ni dah melambung tinggi. Cayo tak ghumah teres kek Ghombau skarang ghogo eh lobih RM 300,000.00? Iyo ! Oghang luar dah ghamai boli ghumah, boli tanah kek Ghombau. Oghang Ghombau sendighi tak mampu nak boli ghumah kek sini. Tak tahulah mano anak cucu oghang Ghombau nak duduk lopeh ni. Bolum GST pun ghogo ghumah kek Ghombau dah maha, dah GST nanti tak tahulah.

Ghombau dah maju, stesen ketapi dah ado, stesen komuter dah ado, KFC dah ado, Marrybrown pun nak bukak tak lamo laei, UITM Ghombau tak lamo laei nak siap. Siapo ada ghumah pesako yang bughuk tu bulehlah baiki buek sewo budak-budak UITM nanti.

UiTM in Rembau by 2016

THE construction of the second Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Negri Sembilan will start soon. UiTM vice-chancellor Datuk Seri Dr Sahol Hamid Abu Bakar said preliminary work was ongoing after the groundbreaking on May 4.

"If everything goes according to plan, I believe the campus will be completed in two years' time," he said when contacted yesterday. He said UiTM had made a development agreement with Konsesi Kota Permatamas Sdn Bhd in February for the RM230 million contract.

The contract, he said, included a housing project for the university's Faculty of Communications and Media Studies, Faculty of Business Management and Faculty of Information Studies.

The long-awaited UiTM Rembau campus will be able to accommodate 3,000 students in its faculties. Its hostel will be able to accommodate about 1,500 students.

Built on a 32.3ha lot situated 14km from Rembau, construction work on the campus is slated for completion in September 2016.

Ramai rakyat sakit mental, 7 kes baru tiap hari

Posted: 04 May 2014 04:02 PM PDT



5 Mei 2014 - Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar mendedahkan bilangan rakyat negara ini yang menghidap penyakit mental yang serius kini berada pada tahap membimbangkan apabila secara purata tujuh orang daripada mereka didiagnos mengalami skizofrenia setiap hari.

Ketika ini sebanyak 2,500 kes baharu dilaporkan pada setiap tahun. "Dijangkakan menjelang 2020, penyakit mental akan menjadi penyakit kedua terbanyak dalam kalangan masyarakat di negara selepas penyakit jantung.

"Dianggarkan lebih 25,000 pesakit tersebut tidak mendapat rawatan dan jumlahnya dijangka terus meningkat setiap tahun berikutan skizofrenia merupakan pesakit mental yang paling banyak mendapat rawatan di wad serta rawatan pesakit luar di hospital," katanya.

Tiada ulasan: