Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Pesuruhjaya PAS N.Sembilan melawat Gereja Visitation
- Bersama USTAZ AZHAR IDRUS 26 Mei 2014 d Senawang
- Harga Diesel Akan Naik Kerana Kes Seludup Tidak Terkawal
Pesuruhjaya PAS N.Sembilan melawat Gereja Visitation Posted: 20 May 2014 03:01 AM PDT Seremban 20 Mei 2014 : Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengadakan lawatan ke Gereja Visitation Seremban tempat di mana dua biarawati menjadi mangsa ragut. Salah seorang dari mangsa masih koma akibat hentakan di kepala. Dalam kenyataan akhbar di gereja tersebut Dr Mujahid melahirkan rasa kesal dan marah di atas insiden yang berlaku. "Penjenayah tidak berhati perut melakukan ragut di pekarangan rumah ibadat dan ke atas biarawati warga emas. "Ini amat menyedihkan kerana ia juga boleh berlaku di masjid dan tempat ibadat yang lain," ujarnya. Dalan lawatan itu Dr Mujahid dan Hj Taufek sempat menziarahi biarawati yang masih koma di Hospital Seremban dan bertemu dengan keluarga mangsa sambil menyampaikan simpati bagi mewakili PAS kepada keluarga mangsa. |
Bersama USTAZ AZHAR IDRUS 26 Mei 2014 d Senawang Posted: 20 May 2014 01:37 AM PDT Bersama USTAZ AZHAR IDRUS 26 Mei 2014 d Senawang Tarikh : 26 Mei 2014 / 26 Rejab 1435H Hari : Isnin Tempat : Taman Pinggiran Senawang, Jln Sg. Gadut-Rantau, Seremban Semua Dijemput Hadir Tentatif Program 8.00 mlm ; Kuliah Perdana Isra' Mi'raj USTAZ AZHAR IDRUS 5.30 ptg - 7.00 mlm - Mini Karnival - Persembahan Qasidah SRIIDU & Rayyan - Rawatan alternatif bekam, akupuntur dll. - Rawatan Darus Syifa'. |
Harga Diesel Akan Naik Kerana Kes Seludup Tidak Terkawal Posted: 19 May 2014 04:03 PM PDT Mutakhir ini media cetak dan elektronik mengetengahkan isu penyeludupan diesel yang semakin tidak terkawal. Tidak mustahil harga diesel akan naik untuk cegah kes seludup. Penyeludupan dan rasuah pasti tidak akan berlaku bila harga diesel sama dengan harga di negara jiran. Bila harga diesel naik, pasti harga barang naik mendadak kerana kos operasi kilang dan pengangkutan akan naik. PEMIMPIN BAIK , RAKYAT BAIK. PEMIMPIN JAHAT , RAKYAT JAHAT. PEMIMPIN RASUAH , RAKYAT RASUAH. Jika rakyat baik maka Allah akan mengangkat untuk mereka pemimpin yang baik. Sebaliknya, jika rakyat banyak berbuat zalim, maka mereka Allah memberikan pemimpin yang zalim. "Dan demikianlah kami jadikan sebagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebagian yang lain disebabkan amal yang mereka lakukan." (Qs Al An'am: 129) AKAUN PENGUAT KUASA RM1.5J DISITA PUTRAJAYA 19 Mei 2014 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita akaun simpanan milik seorang pegawai penguat kuasa berjumlah RM1.5 juta atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi. Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusifnya Ahad lalu mendedahkan bagaimana penyelewengan diesel bersubsidi sukar dibanteras apabila anggota agensi penguat kuasa secara berkumpulan melindungi sindiket dengan menerima rasuah 1 sen bagi setiap 1 liter diesel bersubsidi yang diselewengkan. Selain itu, Mohd. Shukri berkata, SPRM turut mengesan penglibatan pegawai penguat kuasa yang membeli lori semata-mata untuk menjalankan aktiviti penyeludupan subsidi diesel. Sementara itu, beliau berkata, kerajaan diminta mengkaji semula dasar pemberian subsidi diesel untuk mengekang kes penyelewengan yang terus meningkat sejak 2010. |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan