Suara Sri Andalas |
- PAS Should Get Pakatan Consensus Before Hudud Bill Can Be Tabled
- Himpunan 1 Mei, Bilik Gerakan Guaman dan Perubatan Dibuka
- Jawatankuasa 1 Mei Keluar Panduan Bagi Peserta Himpunan
- 1 Mei, Hari Referendum Rakyat Bantah GST
- Presiden KEADILAN Seru Anggota Ke Himpunan 1 Mei Esok
- Catuan Air di Selangor, KL Berakhir Hari Ini
- AMK Selangor Kerah 10,000 Anak Muda Sertai Himpunan 1 Mei
- Edge Weekly Unearths Questionable Deals of 1MDB, Urges Fund to Bring Home RM18b
PAS Should Get Pakatan Consensus Before Hudud Bill Can Be Tabled Posted: 30 Apr 2014 02:23 PM PDT 25th April 2014 PAS SHOULD GET PAKATAN CONSENSUS BEFORE HUDUD BILL CAN BE TABLED I would like to express my shock over the recent announcement by the Kelantan Menteri Besar that the state once again proposes to table a private bill in Parliament before end of the year to seek a declaration that Kelantan Syariah Criminal Code Enactment II, or hudud, can be implemented in the state. Besides Pas, fellow PR members PKR and DAP were not informed of the impending move, which is something that goes against the spirit of Pakatan Rakyat. Worst still, Barisan Nasional who had oppose hudud for many years had suddenly implied its willingness after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who said on Thursday that the Federal Govern¬ment has never rejected the implementation of hudud. While BN component parties such as MCA and Gerakan may feel otherwise, we all know that the stance made by Umno and its leaders will prevail at will without referring to any of its coalition members. Pas being a member of the Pakatan Rakyat should have consulted the Pakatan leadership and reached a consensus before any decision regarding hudud can be made. Unlike Barisan Nasional, it has always been the way that Pakatan Rakyat and its allies operate, which shows transparency and accountability to the Pakatan coalition and the rakyat. PKR has always remain confident that the PAS leadership, especially those in Kelantan, will seek out its coalition partners to talk about the issue. Now in lieu of recent events, it important for Pas leaders to present their case once again as presented by Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang at the presidential council attended by all key Pakatan leaders in 2011. The decision which was made then was that hudud was not part of Pakatan common policy framework and that nothing can take off without consensus from all coalition partners. It is of my hope and wish that Pas would once again bring forth its case before the upcoming presidential council so that a detailed discussion and fruitful decision be made. "Demi Rakyat" Dr Xavier Jayakumar Adun PKR Seri Andalas |
Himpunan 1 Mei, Bilik Gerakan Guaman dan Perubatan Dibuka Posted: 30 Apr 2014 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR 30 APR: Sempena himpunan 1 Mei esok, bilik operasi gerakan guaman dan perubatan dibuka sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan. Jawatankuasa 1 Mei dalam siaran di laman facebook memaklumkan, sekiranya ada peserta himpunan 1 Mei ditahan polis, digalakkan untuk menghubungi mana-mana diantara nombor kecemasan berikut: 013-3845740, 019-4442070, 019-2207495, 016-3832323, 012-6648873, 017-2649017, 019-8013149, 017-2734090 dam 019-2490167. Manakala Dewan Pemuda Pas Selangor turut menyediakan sukarelawan guaman melalui Jabatan Undang-undang & hak asasi manusia (Juham). Juham memaklumkan, jika ada peserta terlibat kes tangkapan atau melihat provokasi sepanjang himpunan 1 Mei sila SMS ke nombor Hotline 011- 2663 6724, 011- 2663 6784 dan 011- 2663 6796. bantuan_perubatanPengadu hanya perlu menyatakan nama dan nombor kad pengenalan, tarikh dan masa tangkapan dan lokasi balai polis dimana peserta ditahan. Sementara itu, jika peserta himpunan memerlukan bantuan perubatan, sila SMS lokasi tepat, tanda tempat berkaitan, jenis kecemasan dan nombor telefon ke talian 019-3710015. |
Jawatankuasa 1 Mei Keluar Panduan Bagi Peserta Himpunan Posted: 30 Apr 2014 02:45 AM PDT KUALA LUMPUR 30 APR: Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi. Peserta himpunan 1 Mei digalakkan menyalin nota dan mencetak nombor-nombor telefon penting yang terdapat dalam panduan ini. Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman. *Perkara yang perlu anda bawa/sediakan * 1. Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri) 2. Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan 3. Setiap peserta digalakkan memakai kasut 4. Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bantah GST atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan selaras dengan Hari Pekerja 5. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula 6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri 7. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata 8. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan 9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan ke email yang tertera diatas. Maklumat Penting Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791 Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015 Hotline Urgent Arrest : 03-77843525 Maklumat terkini : https://www.facebook.com/bantahgst *Perkara yang tidak dibenarkan* 1. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan 2. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan 3. Jangan bawa sebarang bendera parti politik 4. Banner, placard, bendera yang bersifat provokasi dan ancam keharmonian kaum dan agama adalah ditegah 5. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan rakyat tidak dibenarkan 6. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen 7. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, dan mercun 8. Tidak digalakkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (Team Perubatan mencadangkan tidak merokok semasa perhimpunan) 9. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi dan lain-lain yang merbahaya *Semasa perhimpunan * Mei_1_anti_GST1. Tempat berkumpul di KLCC adalah dekat Air Pancut KLCC yang berhadapan dengan jalan utama 2. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan KLCC dan tunggu arahan dari * Pengerusi Majlis @ Central Command* yang dilantik 3. Bergerak dalam kumpulan dan selalu memastikan kumpulan anda selamat dan tidak hilang 4. Ikutilah arahan dari *Pengerusi Majlis @ Central Command* sepanjang program 5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku 6. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya 7. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Jawatankuasa Mei 1: jerit2002@gmail.com 8. Kalau boleh rakamkan sebarang insiden atau provokasi atau insiden penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. 9. Jika ada penangkapan hubungi pihak penganjur yang terdekat @ SUARAM -03-77843525 . Kalau orang berhampiran anda ditangkap, ambil nama dan kad pengenalannya dan segera maklumkan kepada penganjur *Apa yang anda perlu buat jika ditahan* : APABILA DISOAL OLEH POLIS 1. Pengenalan Anda 2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja 3. Seandainya ditanya soalan-soalan lain: Anda menjawab "Saya akan jawab dibawah mahkamah dan saya mempunyai hak untuk berdiam diri" 4. Wakil peguam dan SUARAM akan berada disitu untuk membantu anda 5. Jika pihak polis tidak mahu benarkan peguam atau pihak SUARAM, anda harus TUNTUT untuk berjumpa dengan peguam *Perhatian!* Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini 2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu 3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur 4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Jawatankuasa 1 Mei |
1 Mei, Hari Referendum Rakyat Bantah GST Posted: 30 Apr 2014 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR 30 APR: Jawatankuasa 1 Mei menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke himpunan 1 Mei sebagai referendum membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Setakat ini, 95 organisasi NGO, kesatuan sekerja, persatuan pengguna, parti politik telah menyokong Deklarasi Hari Pekerja 2014 dimana tuntutan utama deklarasi adalah membantah pelaksanaan cukai GST. "Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST," kenyataan Jawatankuasa 1 Mei dipetik. Dalam pada itu, Jawatankuasa 1 Mei turut melancarkan Deklarasi 1 Mei yang mengandungi 15 tuntutan termasuk bantahan terhadap pelaksanaan cukai GST dan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Berikut adalah 15 perkara yang terkandung dalam Deklarasi 1 Mei: 1. Tolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat. 2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini. 3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan. 4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini. 5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif. 6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja. 7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan. 8. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan. 9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. 10. Kawal Harga Barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat. 11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar. 12. Hak Orang Asal – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal. 13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah. 14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan. 15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention of Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya |
Presiden KEADILAN Seru Anggota Ke Himpunan 1 Mei Esok Posted: 30 Apr 2014 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR 30 APR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyeru semua anggota KEADILAN di seluruh negara turun ke Himpunan Himpunan Tindakan Rakyat esok bagi menyatakan bantahan keras terhadap pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST). "KEADILAN menyatakan komitmen bersama dengan Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat, serta seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk menyertai Himpunan Tindakan Rakyat pada 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka. "Himpunan 1 Mei ini, akan turut disertai puluhan NGO yang akan berarak dan bergabung di Dataran Merdeka daripada KLCC, Sogo, Masjid Negara, Brickfields dan Dataran Maybank, Pudu, bergerak dari semua lokasi mulai jam 2 petang. "Kita perlu turun bersama-sama untuk mempertahankan rakyat, berhimpun secara aman dalam semangat demokratik yang tinggi," kata Wan Azizah dalam kenyataannya hari ini. Himpunan Bantah GST Sampai Tumbang Hari Pekerja 1 Mei 2014Tambahnya, KEADILAN yakin orang ramai yang turun menyertai himpunan ini merupakan rakyat yang matang dan sesekali tidak akan menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan. Dalam pada itu, polis Kuala Lumpur hari ini membenarkan penganjur himpunan 1 Mei berhimpun di Jalan Raja – jalan besar berhadapan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka. Orang ramai yang hadir digalakkan berpakaian tema warna merah, simbolik perjuangan buruh ke semua lokasi yang ditetapkan ebelum bergerak ke Dataran Merdeka tepat jam 2 petang. Sumber: KeadilanDaily |
Catuan Air di Selangor, KL Berakhir Hari Ini Posted: 30 Apr 2014 02:00 AM PDT Seperti dijangka Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan bahawa catuan air yang berlarutan lebih dua bulan di negeri ini ditamatkan esok. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan walaupun paras air masih belum melepasi paras selamat pada 55 peratus, tetapi ia telahpun secara konsisten meningkat dan kini di atas tahap kritikal iaitu 40 peratus. Beliau berkata perkara itu dipersetujui oleh semua pihak terlibat termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Lembaga Urus Air Selangor )LUAS)dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KBSB) yang mentadbir empangan Sungai Selangor. "Pelan catuan air akan dihentikan mulai esok 1 Mei", katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi. Sebelum ini Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kassim turur mengumumkan perkara sama di sidang media di Kangar tengah hari tadi. Sehubungan itu, Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar di Shah Alam hari ini bahawa semua kawasan yang terlibat dengan catuan air akan memperolehi bekalan air seperti biasa bermula Khamis atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan bertekanan rendah. Katanya, kerajaan negeri telah memaklumkan keputusan ini kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sediakala. "Kerajaan negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan. "Justeru, kerajaan negeri dan pihak-pihak yang terlibat seperti LUAS, SPAN serta JPS akan terus memantau setiap hari perkembangan ini untuk memastikan paras empangan terus meningkat dan keputusan membatalkan perintah catuan ini akan dikaji dari semasa ke semasa," katanya. Abdul Khalid berkata, beliau juga telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 29 April bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Malaysia untuk kerajaan negeri menggunakan kepakaran Thailand menjalankan pembenihan awan menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara. "Pada masa yang sama, kerajaan negeri terus memperhebatkan usaha-usaha untuk menambah bekalan air terutama sebagai persediaan menghadapi musim kering yang panjang yang dijangka bermula akhir Mei hingga September," katanya. JPS, tambahnya, telah membekalkan 10 pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolam dan hilir sungai ke Sungai Selangor. "Peruntukan sejumlah RM10 juta disediakan oleh kerajaan negeri untuk membeli pam dan pembinaan intrastruktur bagi melakukan kerja-kerja pengepaman ini," katanya. Pam itu juga, katanya, akan digunakan untuk mengepam air sungai yang berlebihan ke kolam takungan sebagai persiapan awal dan akan dipam semula ke sungai apabila musim kering. "Dengan kaedah ini, pelepasan air daripada empangan akan lebih terkawal dan tempoh untuk empangan mencapai tahap kritikal dapat dilanjutkan antara 5 hingga 6 bulan. "Kerajaan negeri juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam-kolam takungan dan menjadikan sekitar kawasan ini sebagai kawasan larangan khas," katanya. Kolam-kolam sumber air alternatif itu, katanya, telahpun dikenalpasti LUAS sejak tahun 2009 lagi. "Malah, pemantauan berkala dilakukan ke atas kolam-kolam ini melalui pensampelan yang dijalankan pada tahun 2011, 2012 dan juga 2013. "Hasil pensampelan menunjukkan tiada unsur kimia dan logam berat yang ditemui dan kualiti air kolam-kolam ini mematuhi parameter yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. "Kerajaan negeri memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan akan memberi maklumat penuh sekiranya terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam tersebut. "Kerajaan negeri merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok. Sumber: MalaysiaKini |
AMK Selangor Kerah 10,000 Anak Muda Sertai Himpunan 1 Mei Posted: 29 Apr 2014 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 29 APRIL: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengerahkan 10,000 anak muda untuk turun himpunan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 Mei ini. Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri, berkata mobilisasi ke arah itu akan digerakkan secara aman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. "AMK negeri akan mobilisasi anggota dalam 10,000 orang," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini. Sebelum ini, penganjur himpunan 1 Mei bagi membantah GST tidak berganjak daripada rancangan awal menjadikan Dataran Merdeka sebagai destinasi akhir yang dijadual bermula dari KLCC dan akan bergerak ke Dataran merdeka di ibu negara. Jurucakap penganjur, S Arutchelvan mempertahankan tindakan itu atas alasan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk berhimpun secara aman. "Pihak kami mengadakan himpunan dan sambutan Hari Pekerja selaras dengan peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Negara iaitu hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," katanya. Sementara itu, Pas Malaysia (PPM) pula menggerakkan 50,000 anak muda untuk turun pada himpunan itu dengan Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam. PPM memberi jaminan walaupun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman. PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan. "Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan," kata Setiausaha PPM, Mohd Nasai Ismail. Perhimpunan 1 Mei adalah satu acara tahunan dianjur sejak 20 tahun lalu dan misi perhimpunan kali ini adalah untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menarik balik perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada April 2015. Sumber: SelangorKu |
Edge Weekly Unearths Questionable Deals of 1MDB, Urges Fund to Bring Home RM18b Posted: 28 Apr 2014 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR (April 28): The Edge Weekly, in a major expose on 1MDB today, has unearthed many questionable deals the state investment fund had been involved in and said 1MDB should bring home RM18.1 billion parked overseas. The weekly began to probe the past deals of 1Malaysia Development Bhd (1MDB) after the controversial state fund released its later-than-expected FY2013 ended March 31 accounts and annual report. The Edge Weekly, in its three-page cover story, said 1MDB's accounts have raised concerns about its billions, raised from issuing government-guaranteed bonds, managed by unnamed fund managers overseas. The 1MDB accounts show that US$2.318 billion (RM7.88 billion) is now parked in Cayman Islands under a segregated portfolio company (SPC) few understand. Another US$3 billion (RM10.2 billion) has been placed with an unnamed overseas financial institution and half of this (US$1.58 billion or RM5.37 billion) is in various types of investment portfolios. The weekly noted that IMDB "is sending money out even as it continues to issue more debts and borrow more to finance its various acquisitions". As at March 31, 2013, 1MDB had total borrowings of RM36 billion. Its annual debt service is RM1.6 billion. "The pattern of 1MDB's borrowings vis-à-vis its acquisitions shows that it has actually been borrowing more than necessary," commented Ho Kay Tat, CEO of the Edge Group, in his column My Say. Using graphics to trail 1MDB's money and its use, The Edge Weekly shows that the first RM5 billion raised by 1MDB in 2009 had been used to fund the activities of PetroSaudi International Ltd. Even as 1MDB unwound its partnership with PetroSaudi, the latter never had to pay 1MDB cash upfront but always through interest bearing deferred payment schemes. And when the partnership finally ended in September 2012, the money (US$2.318 billion by then) was not sent back home (although 1MDB was in need of funds and was issuing several rounds of debt paper). Instead it was parked under a SPC in Cayman Islands. "This question must be asked of 1MDB: Why over-borrow only to send the excess cash out of the country? Besides, the 5.78% return it received from the Cayman SPC was just enough to pay the cost of funds of 5.75%. As it stands, the only people who would have benefitted are the fund managers and the financial institutions, which will be paid for managing all the billions 1MDB has placed with them. Given that it is taxpayers' money it is handling, it is time 1MDB is more transparent and accountable," commented Ho. Back home, 1MDB also made three "strange" land-related transactions worth RM1.38 billion in Penang, revealed the Edge Weekly. These deals included one sealed with Farlim Group (M) Bhd controlled by Chinese community leader Tan Sri Lim Gaik Tong. In this deal, 1MDB "entered into an agreement to acquire additional undivided shares in several plots of land" from Farlim for RM113 million. The other two deals, totalling a whopping RM1.268 billion, only came to light in 1MDB's accounts for its financial year 2012 ended March 31 that were released last week after a one-year delay. On 1MDB's financials, the Edge Weekly said without a revaluation gain of RM2.7 billion, 1MDB would have been in the red for its financial year ended March 2013, and its bleeding would have come from accumulation of RM42 billion in liabilities, including RM36 billion in borrowings, after just five years of existence. In fact, 1MDB's after-tax profit of RM778.2 million (on revenue of RM2.6 billion) for FY2013 was the result of a land revaluation gain of RM2.7 billion, without which the company would have bled RM1.8 billion. For more details on the major expose and unnerving tales on the management of funds by 1MDB, read The Edge Weekly (April 28 - May 4 issue). – theedgemalaysia.com |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan