Khamis, 17 April 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Azmin Evokes Historical Revolutionaries, Kicks off Keadilanraya Campaign

Posted: 17 Apr 2014 09:40 PM PDT

Menziarahi Mendiang YB Karpal Singh di Pulau Pinang

Posted: 17 Apr 2014 09:30 PM PDT

YB Dr Xavier Jayakumar dan delegasi KEADILAN yang dipimpin YB Azmin Ali ke Pulau Pinang menziarahi mendiang YB Karpal Singh pada pagi ini. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarganya.



Azmin Akan Kekal Jawatan Kerana Perpecahan Undi Pencabar, Kata Penganalisis

Posted: 17 Apr 2014 09:20 PM PDT

Penganalisis meramalkan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.

"Azmin merupakan penyandang timbalan presiden, sudah tentu mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh," kata Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada The Malaysian Insider.

Shaharuddin berkata, beliau menjangkakan, Azmin akan beroleh kelebihan dalam pertandingan empat penjuru itu memandangkan beliau bersama PKR sejak 15 tahun lalu berbanding Khalid yang menyertai parti itu sekitar 2007.

Selain Azmin, Khalid dan Saifuddin, jawatan timbalan presiden PKR turut ditandingi oleh Datuk K Ramachandram dari PKR cabang Hulu Langat.

Shaharuddin yang mengajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM berkata, penyertaan Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR, hanyalah untuk meredakan ketegangan antara Azmin dan Khalid yang akan memberikan kesan jangka panjang kepada PKR.

Dr Oh Ei Sun daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura pula meramalkan Azmin akan mengekalkan jawatan yang disandangnya berdasarkan pengalaman dan cara berpolitiknya.

"Khalid kurang dikenali dan tidak mahir berpolitik berbanding Azmin.

"Saifuddin seorang pekerja parti tapi tidak semahir Azmin," kata.

Khalid dan Saifuddin dianggap berada dalam satu pasukan sama dalam kempen "Asal Bukan Azmin" yang digerakkan oleh sesetengah kumpulan dalam PKR.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar menyifatkan keputusan Saifuddin secara mengejut masuk bertanding menyebabkan anggota PKR terkeliru sama ada memilih Khalid atau Saifuddin.

"Bagi mereka (yang tidak menyokong Azmin) berkongsi satu matlamat untuk melawan Azmin selaku timbalan presiden tapi apabila Saifuddin masuk, perkiraan umum akan melihat ini akan pecah undi.

"Mana-mana undi Azmin akan kekal, manakala undi yang menolak Azmin akan pecah kepada dua iaitu Khalid dan Saifuddin," katanya.

Hisomudin juga tidak menolak keputusan Saifuddin untuk mencabar Azmin mendapat sokongan pemimpin berpengaruh dalam parti tersebut.

"Ia menimbulkan persoalan, mengapa Saifuddin masuk bertanding juga.

"Sudah tentu anggota parti yang tidak menyokong Azmin akan membaca Saifuddin ini tidak akan mengambil keputusan yang begitu besar tanpa ada arahan ataupun isyarat daripada Anwar," katanya.

Hisomudin berkata, pemilihan PKR kali ini bergantung kepada empat negeri yang mempunyai anggota teramai bermula di Selangor, Sabah, Pulau Pinang dan Perak.

Walaupun Azmin dilihat defensif pada ketika ini, pengaruh akar umbinya di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR. Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini.

Namun, berdasarkan rekod pemilihan 2010, hanya 14% sahaja keluar membuang undi daripada jumlah ahli yang layak. Dari manakah jumlah 14% itu bergantung kepada kempen yang mereka buat.

PKR akan mengadakan pemilihan secara langsung untuk memilih pemimpin di semua peringkat, termasuk jawatan tertinggi parti. Pemilihan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei.

Sumber: TheMalaysianInsider

Anwar: Ini Mungkin Pidato Terakhir Saya

Posted: 17 Apr 2014 09:00 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

"Ini mungkin pidato terakhir saya di sini."

Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap "ketidakadilan" sekitar kesnya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.
 

Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam.

Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.

Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah tidak memihak padanya.


Sumber: MalaysiaKini

Karpal Dikenang Dalam Himpunan Reformasi 2.0

Posted: 17 Apr 2014 08:30 PM PDT

Himpunan Reformasi 2.0 yang berlangsung di Pulau Pinang malam tadi menjadi acara memperingati mendiang Karpal Singh dan mereka yang berucap turut menyampaikan ucapan mengenang pemergian bekas pengerusi DAP itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Karpal bimbang hukuman penjara lima tahun dalam rayuan kes liwatnya.

Beliau yang juga merupakan ketua umum PKR berkata, isteri kepada pemimpin veteran DAP itu, Gurmit Kaur memberitahu Karpal sangat marah mengenai kes itu.

"Pemergiannya satu kehilangan peribadi kepada saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga saya," katanya.

Anwar di depan ratusan yang berhimpun pada acara itu berkata, Karpal cuba menghubunginya pada petang Rabu.

"Beliau cuba menghubungi saya sebanyak empat kali pada 6.30 petang. Saya hubunginya semula dan Karpal memberitahu kita hanya ada 10 hari untuk hantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Katanya, jangan bimbang. Dia minta kepada saya untuk teruskan.

"Karpal berkata beliau akan membuat permohonan dan melakukan yang terbaik untuk memenangi kes ini," katanya.

Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya pada 2008 oleh Mahkamah Rayuan bulan lalu.

Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar pada Januari 2012.

Anwar membuat rayuan terhadap hukuman penjara. Sekiranya beliau gagal dalam rayuan, hukuman penjara akan berjalan dan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh juga akan diadakan.

Anwar berkata, hukuman penjara yang dikenakan kepadanya tidak akan menghentikan isu seperti kenaikan harga barang.

Katanya, Karpal bukan sahaja sekadar peguam tetapi dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri.

Beliau berkata, Karpal tidak mengenakan sebarang bayaran bagi khidmat guaman yang diberikan.

"Ketika saya dalam perbicaraan, wang dikumpul untuk membayar Karpal tetapi beliau tidak mengambilnya. Beliau tidak mengambilnya kerana saya mengorbankan diri saya sendiri.

"Katanya, khidmat guaman bagi mempertahankan saya adalah sebagai sumbangan kecil. Itulah Karpal Singh," katanya.

Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kampar, Perak kira-kira 1 pagi semalam.

Beliau dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur untuk kes perbicaraan bunuh di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Karpal maut di tempat kejadian. Pembantunya, Michael Cornelius Selvam Vellu turut maut sementara anak Karpal, Ramkarpal dan pemandu terselamat.

Pada perhimpunan semalam, mereka yang hadir bertafakur selama seminit bagi menghormati pemergian peguam terhormat itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang turut memberi penghormatan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Antara yang turut menyampaikan ucapan semalam ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang membangkitkan soal gerakan reformasi, sistem kehakiman, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa isu lain.

Beliau turut menggesa hadirin menyertai himpunan jalanan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur bagi menentang GST dan kenaikan harga barang.

Sumber: TheMalaysianInsider

Karpal Singh Tinggalkan Tandanya Dalam Undang-undang Malaysia, Kata Pakar Perundangan

Posted: 17 Apr 2014 08:00 PM PDT

Sepanjang berada dalam kerjaya undang-undang untuk hampir separuh abad, mendiang Karpal Singh banyak memberi sumbangan kepada pembangunan undang-undang jenayah dan sivil Malaysia dengan hampir 600 petikan dalam Jurnal Undang-undang Malaysia, kata pemikir undang-undang.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider, helang undang-undang terkemuka itu, yang maut dalam kemalangan jalan raya semalam, mampu melakukannya kerana beliau merupakan peguam serba boleh yang berani berhujah dan membantah kes di mahkamah.

Mereka berkata, Karpal mempunyai kelebihan untuk menyatakan mengapa undang-undang tertentu tidak boleh diguna pakai dan perlu pindaan kerana beliau turut boleh melobi untuk membolehkan perubahan berlaku di Parlimen.

Karpal juga adalah contoh terbaik kepada pelajar undang-undang kerana memiliki kualiti yang diperlukan untuk menjadi peguam yang berani, kata mereka.

Peguam, Datuk K Kumaraendran yang berpangkalan di Pulau Pinang dan memulakan kerjaya peguam pada masa sama dengan Karpal, berkata peguam dan ahli politik itu sering mengambil kes yang membabitkan bebanan bukti.

"Demi kepentingan keadilan, beliau membangunkan undang-undang itu kerana wujud ketidakpastian mengenai isu tidak bersalah hingga terbukti bersalah," kata Kumaraendan yang sering bersama Karpal mengendalikan kes jenayah pada lewat 1970-an dan awal 1980-an.

Kumaraendan yang memulakan kerjaya undang-undangnya di Alor Star bersama Karpal berkata, mendiang adalah perintis kepada peguam yang membawa kes pengedaran dadah dan habeas corpus.

"Beliau adalah peguam yang bertanggungjawab menyebabkan mahkamah apex di Malaysia lebih jelas mengenai isu anggapan berganda dalam kes pengedaran dadah," katanya dan menambah penghakiman mahkamah selepas itu banyak menyelamatkan tertuduh daripada tali gantung.

(Dalam tanggapan berganda mahkamah perlu membuat keputusan sama ada jenayah dilakukan itu adalah pemilikan atau pengedaran, bukan kedua-duanya.)

Peguam, Datuk V Sithambaram, yang memulakan kerjaya pada 1978 menggambarkan keberanian Karpal sebagai peguam tidak boleh ditandingi dan cintanya amat mendalam terhadap undang-undang.

"Legasinya akan terus kekal dalam arena undang-undang dan politik," katanya.

Sebagai peguam junior dalam banyak kes jenayah, katanya, Karpal mengajarnya untuk berterus terang di mahkamah.

"Ringkas dalam menyampaikan hujah di mahkamah adalah cara Karpal," kata Sithambaram.

Beliau berkata, Karpal sangat bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan keadilan dan membawanya ke Parlimen jika melihat ada kelemahan dalam penggunaan sesuatu undang-undang di mahkamah.

Peguam kanan dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata tanggapan pertamanya terhadap Karpal ialah beliau seorang yang pakar dalam prosedur jenayah dan undang-undang bukti.

"Dalam satu kes jenayah beliau mampu meyakinkan hakim perbicaraan untuk melihat semula pengakuan yang dibuat oleh anak guamnya. Selepas penghujahan, hakim memerintahkan juri untuk membebaskan tertuduh," kata Sri Ram, merujuk kepada kes bunuh pada 1973.

Sri Ram memulakan kerjayanya sebagai peguam pada 1970 dan dilantik menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada 1994.

Katanya, sebagai hakim, beliau suka melihat Karpal menyampaikan hujahan kerana hujahnya cepat dan isu yang dibangkitkan mudah difahami.

Beliau berkata, dalam kes terkenal The Cheng Poh, Karpal gagal di Mahkamah Persekutuan tetapi berjaya di Majlis Privi di London.

"Eksekutif terpaksa membentangkan pindaan di Parlimen kesan daripada tindakan mahkamah yang dilakukan oleh Karpal," katanya.

Sri Ram berkata, Karpal yang membangkitkan doktrin pemisahan kuasa di kalangan tiga cabang kerajaan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengan hujahannya.

"Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju tetapi kebanyakan peguam berpendapat Karpal betul dalam perkara itu," katanya.

Sri Ram, yang bersara sebagai hakim mahkamah Persekutuan pada 2010 berkata, "setiap kali sejarah common law Malaysia ditulis, nama Karpal akan kelihatan dalam huruf berwarna emas untuk sumbangan hebatnya dalam peruntukan undang-undang berkenaan".

Salim Bashir, yang memulakan kerjaya peguamnya pada 1995 berkata, Karpal adalah mentornya untuk berani dan pada masa sama rendah diri dalam menonjolkan diri di mahkamah demi kes anak guam.

"Beliau ada kemahiran untuk menggunakan semua senjata undang-undang yang ada untuk memperolehi keadilan bagi anak guamnya," kata Salim dan menambah beliau suka melihat Karpal beraksi di mahkamah ketika prosiding.

Salim berkata, pelajar undang-undang juga boleh belajar kemahiran menjadi peguam yang tidak akan diperolehi di dewan kuliah jika pernah melihat Karpal di dalam mahkamah.

Katanya, Karpal mendesak mahkamah untuk membuat keputusan yang baru kerana beliau seorang yang inovatif dan sering menguji undang-undang, terutama Perlembagaan Persekutuan.

Karpal, 73, maut dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar dengan lori seberat 5 tan berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi semalam.

Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri perbicaraan mahkamah seorang anak guamnya.

Kesan daripada nahas yang berlaku pada kira-kira jam 1 pagi itu membunuh peguam terkenal itu dan pembantu peribadinya, Michael Cornelious, di tempat kejadian.

Anak lelaki Karpal, Ramkarpal, dan pemandu, C Selvam mengalami kecederaan. Pembantu rumah Karpal, seorang warga Indonesia turut cedera dan berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Hospital Ipoh.

Sumber: TheMalaysianInsider

Karpal’s Funeral Accorded State Honours

Posted: 17 Apr 2014 02:30 AM PDT

GEORGE TOWN: Karpal Singh's funeral this Sunday morning will be accorded the Penang state honours, announced Chief Minister Lim Guan Eng here today.

"This means the state flags would be flown half-mast until the funeral day on Sunday.
"The state flag will be accorded to cover Karpal's casket.

"Finally a public ceremony will be held in Dewan Sri Pinang for the lay public to pay their last and final respects to Karpal.

"This is the last respect being accorded to a Penang MP and a statesman by the state government," Lim told a press conference at Karpal's house in Jalan Utama here today.

He said the state executive council decided this afternoon to honour Karpal, a son of Penang, a funeral with state honours.

Also present were Karpal's sons Gobind and Jagdeep Singh Deo, and Penang DAP chairman Chow Kon Yeow.

Chow has been appointed as the coordinator to accord the state honours for Karpal's funeral.

Gobind and Jagdeep later thanked the state government for according their father, a senior parliamentarian and DAP's leader, a funeral with state honours.

They also thanked leaders of  various political parties, such as Deputy Prime Minister and Umno deputy president Muhyiddin Yassin, PKR de facto leader Anwar Ibrahim and PAS stalwart Mohamad Sabu, supporters and lay public for visiting and paying their last respects to their father.

Meanwhile Anwar said the loss of Karpal was irreplaceable.

Tribute tonight

The Parliamentary Opposition Leader revealed that he spoke to Karpal yesterday evening about his sodomy case appeal to the Federal Court.

Anwar said Karpal informed him that he would drop all his other work for next two days to concentrate on the appeal.

"He told me that he had 10 days to file the appeal. He told me not to worry and that he would," Anwar added.

Anwar said Karpal had always stood by the Permatang Pauh MP and his family, and committed to his struggle since 1998.

"He was passionate in his defence and never wavered from his position. He always exercised his full rights. He was an indefatigable fighter of justice," said Anwar.

DAP meanwhile announced that it had postponed all its programmes until after Karpal's funeral. However, programmes arranged by PKR and PAS would go ahead as scheduled.

Tonight's Refomasi 2.0 rally at Seberang Jaya would go ahead but Anwar indicated that it would be different than originally planned.

"We will pay our respect and tribute to Karpal. We will tell the crowd why Karpal must be remembered?" said Anwar.

Karpal Maut Dalam Nahas Dekat Kampar

Posted: 17 Apr 2014 02:00 AM PDT

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini.

Pembantu peribadi beliau,  Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera.

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.

Anak Karpal - Gobind Singh Deo yang juga MP Puchong - memberitahu The Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.
   
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C Selvan, 27, yang merupakan warga India, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu.

Menurutnya, pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, dari Petaling Jaya mengalami cedera ringan manakala dua penumpang kenderaan itu, Nur Azlina Ahmad, 23 dan seorang kanak-kanak perempuan, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.
   
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketika kejadian itu, katanya, Karpal duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu manakala Michael di tempat duduk belakang Karpal.
   
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata akibat rempuhan itu, kenderaan Toyota Alphard berkenaan mengalami rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kiri manakala lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan.
   
"Semakan ke atas kenderaan MPV itu mendapati, ia mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas iaitu pandu laju dan 15 saman masih belum dijelaskan," katanya.
   
Menurut Ng, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat manakala pembantu rumah berkenaan menerima rawatan di hospital sama.
   
Operasi mengeluarkan kesemua mangsa turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.
   
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mendiang Karpal dan Michael tiba di hospital besar Ipoh pada jam 7.20 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan timbalannya, Mohd Rashid Hasnon, dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut berada di sana.

Mereka mengucapkan takziah kepada anak Karpal - Gobind dan Jagdeep. Isteri Karpal kelihatan menangis, manakala saudara mara cuba menghalang gambar diambil. Mayat dihantar untuk bedah siasat.

Gobind berkata keluarganya menjangka bedah siasat itu selesai pada jam 10.30 pagi, selepas itu mereka akan membawa mayat pulang ke rumah keluarga mereka di Pulau Pinang sebelum jam 1 tengahari.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada jam 2.15 pagi, dan beliau serta isterinya, terus bergegas ke tempat kejadian. Gobind dan ibunya, Gurmit Kaur, sempat melihat mayat Karpal.

Upacara pengebumian ahli politik veteran itu dijangka dijalankan sama ada pada petang Sabtu atau pagi hari Ahad, katanya.

"Mendiang mempunyai keluarga dan rakan-rakan di luar negara dan kami menunggu mereka pulang untuk pengebumiannya," katanya.

"Mayat mendiang akan ditempatkan di rumah keluarga kami di Jalan Utama (Pulau Pinang )," katanya.

Gobind berkata Ram, yang mengalami lebam-lebam sedikit, berada dalam keadaan baik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka dan berharap mereka memberi keluarganya privasi.

Menurutnya, mereka akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini.

Pada kira-kira jam 8.30 pagi, seorang lelaki yang dipercayai pemandu Karpal, Selvam, dilihat menghampiri jabatan forensik di hospital. Dia menangis teresak-esak tetapi beberapa orang membawanya pergi dari situ.

Difahamkan mayat mendiang Karpal akan dibakar di dewan pembakaran Sikh pada jam 11 pagi hari Ahad.

Sumber: MalaysiaKini

Tiada ulasan: