Isnin, 7 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bayar RM208,900 harap jadi calon ADUN di N.Sembilan

Posted: 07 Apr 2014 03:10 AM PDT




7 April 2014

SEREMBAN - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 75 pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan RM208,900 dengan menjanjikan mangsa akan dilantik sebagai calon Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

Tertuduh, Ibrahim Saidun, 60, didakwa memperdaya Rusman Sulaiman, 51, bahawa tertuduh yang bekerja sebagai Ketua Pengarah Unit Strategik di Jabatan Perdana Menteri dapat membantunya menjadi calon ADUN dan mendorong mangsa menyerahkan wang beberapa kali sejak 2011 hingga 2012.

Pencak silat sesat di N.Sembilan, polis dan peguam negara perlu bertindak

Posted: 06 Apr 2014 09:03 PM PDT




7 Apr 2014 - Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.

Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.

Cadangan bernas ahli parlimen Kuala Pilah untuk bantu peniaga online Melayu

Posted: 06 Apr 2014 04:04 PM PDT


Hukuman serta-merta jika tiada lesen perniagaan online
6 Apr 2014

TIADA LAGI AMARAN ATAU MAAF! Sebaliknya hukuman serta-merta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat atau INDIVIDU yang didapati tidak memiliki lesen sah dan cuba menipu ketika menjalankan urus niaga dalam talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, berkata ingatan itu sebagai menunjukkan pihaknya memandang serius peningkatan aduan daripada pengguna berkaitan salah laku dalam perniagaan terbabit.

"Sebab itu kita gesa pengguna, jika mahu beli barangan secara online (dalam talian), periksa dan semak dulu status syarikat sama ada ia sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak.

Tiada ulasan: