Pengikut

Nuffnang

Khamis, 3 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Car Boot Sales PAKAR Paroi

Posted: 03 Apr 2014 07:14 AM PDT


JANGAN BUAT SPEKULASI

Posted: 03 Apr 2014 05:17 AM PDT



Culik di Semporna: Mungkin perbuatan pihak tertentu lagakan Malaysia-China: PM
2014/04/03 

PERTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bimbang penculikan warga China di Semporna. Sabah yang dilaporkan hari ini mungkin perbuatan pihak tertentu untuk melagakan Malaysia dengan China selepas kejadian kehilangan pesawat MH370.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerjanya bagi meninjau operasi mencari MH370, di sini, hari ini.

Awal hari ini, media melaporkan seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum di perairan Semporna, malam tadi. 

Penerbangan MAS Ke London Ditunda Ekoran Masalah Teknikal

Posted: 03 Apr 2014 02:43 AM PDT






Penerbangan MAS Ke London Ditunda Ekoran Masalah Teknikal
3 April 2014

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke London terpaksa dijadualkan semula pada Khamis kerana masalah teknikal yang melibatkan pesawat.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MH004 yang dijadual berlepas ke London pada jam 10.10 pagi telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

"Oleh kerana keselamatan penumpang adalah keutamaan kepada syarikat penerbangan ini, penjadualan semula masa adalah perlu untuk memudahkan kerja-kerja membetulkan pesawat," kata kenyataan itu.

Penerbangan itu dijadualkan semula pada pukul 2.15 petang hari yang sama.

Sejak kehilangan MH370, terdapat beberapa siri kemalangan yang melibatkan pesawat termasuk kebakaran enjin dalam penerbangan Malindo, penerbangan MAS melanggar sekumpulan itik di Kathmandu dan penerbangan MAS ke Korea Selatan telah dialihkan ke Hong Kong selepas kegagalan generator pesawat.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang