Sabtu, 19 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelatih polis cairkan kencing untuk lulus ujian kehamilan

Posted: 18 Apr 2014 08:38 PM PDT


Seorang pelatih polis yang melahirkan anak dalam tandas di HKL telah didapati mencairkan air kencingnya untuk lulus pemeriksaan kesihatan untuk merahsiakan kehamilannya. Apakah remaja kini semakin bijak menyembunyikan kehamilan atau mereka hanya menipu diri mereka sendiri di hadapan ALLAH?

Ruse at Pulapol to hide pregnancy backfires as she gives birth
18 Apr 2014
A POLICE trainee diluted her urine with water to avoid detection of her pregnancy during a health test in January.

But her ruse backfired when she gave birth to a baby girl in a toilet of the Kuala Lumpur Hospital on Tuesday, Berita Harian reported.

- NST

PLKN sepatutnya wajib untuk semua atau sebagai pilihan

Posted: 18 Apr 2014 08:37 PM PDT


PLKN sepatutnya diwajibkan kepada semua tidak kira mereka anak menteri, ahli parlimen atau jutawan. Jika tidak jadikan program PLKN ini sebagai program sukarela dengan diberi insentif yang sama dengan polis sukarela, askar wataniah, RELA dan sebagainya. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak adakan "National Blue Ocean Strategy" dengan Kementerian Pelajaran serta Kementerian Kesihatan untuk semak rekod kesihatan pelajar di sekolah agar tidak memilih pelajar yang memang mempunyai masalah kesihatan? Kenapa perlu tangguh, ganti sahaja dengan pelatih yang sihat?

1,000 pelatih PLKN tangguh sebab sakit
18 Apr 2014

Purata 1,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) setiap sesi yang telah mendaftar masuk terpaksa menangguhkan latihan mereka kerana disahkan oleh doktor menghidap pelbagai jenis penyakit.

"Selepas diperiksa oleh doktor barulah mereka tahu ada penyakit. Antara penyakit yang dikesan dalam kalangan pelatih adalah seperti darah tinggi, masalah kulit yang kronik dan masalah psikiatri.

Tiada ulasan: