Khamis, 17 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan N.Sembilan nak kurang jumlah rumah untuk rakyat

Posted: 17 Apr 2014 02:38 AM PDT




Dikala rakyat semakin perit menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi, harga rumah yang amat mahal, kerajaan Negeri Sembilan hendak kurangkan jumlah Perumahan Rakyat kepada 3,000 sahaja. Jika bimbang kesesakan kenapa tidak buat di kawasan yang lebih luas di pinggir bandar, di Sg Gadut, di Jalan Labu, di Jalan Pantai, demi rakyat?

Kerajaan NS mohon kurang jumlah rumah PR1MA
April, 2014

SEREMBAN:   Kerajaan Negeri Sembilan memohon kepada Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA);  agar dapat mengurangkan jumlah unit kediaman daripada 5, 000 unit kepada 3, 000 unit rumah kediaman PR1MA yang bakal dibina di Seremban Sentral.

"Jumlah asal kediaman PR1MA ini 5,000 unit. Kita minta ianya dikurangkan kepada 3,000 unit agar bersesuaian dengan keluasan tapak perumahan tersebut.

"Kita memohon agar perancangan jumlah unit kediaman itu tidak banyak jika dibandingkan dengan keluasan tapak perumahan itu yang kecil.

"Perkara ini harus diteliti kerana kita tidak mahu projek PR1MA ini apabila siap dibina, ianya menjadi satu kawasan yang amat sesak apabila ditambah dengan faktor keadan trafik di Seremban.

Pada Februari tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan projek PR1MA Seremban Sentral yang terletak di kawasan belakang stesen KTM Komuter Seremban, dengan keluasan lebih kurang 73 ekar.

- Free Malaysia Today

Pemimpin cium tangan rakyat

Posted: 16 Apr 2014 05:24 PM PDT




MASYAALLAH, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mencium tangan seorang buruh kasar di Gaza. Ismail berkata tangan tersebut dikasihi ALLAH dan RasulNya. Rakyat Palestin amat tersentuh dan menyayangi Perdana Menteri mereka yang amat merendah diri semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH dan mendoakan agar Perdana Menteri mereka dinaikkan darjat.

Tiada ulasan: