Selasa, 15 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Masalah rakyat seluruh N.Sembilan dibincang sehari saja !

Posted: 15 Apr 2014 06:00 AM PDT

 Apa nak jadi ni ? Baik tak payah bersidang !

Sidang DUN NS selama satu hari menjadi isu
April 15, 2014

Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-13 yang berlangsung samalam menjadi isu apabila Ketua Pembangkang DUN, Loke Siew Fook (DAP) mempertikaikan kenapa persidangan kali ini hanya berlangsung selama sehari.

"Setahu saya tidak pernah persidangan DUN Negeri Sembilan diadakan sehari.

"Di Selangor persidangan DUN berlangsung selama sembilan hari. Jika kata itu negeri Pakatan Rakyat, maka negeri Melaka (negeri Barisan Nasional) pun mengadakan Persidangan DUN selama tiga hari.

"Sedangkan di DUN Melaka hanya terdapat 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), persidangan berlangsung selama tiga hari.

"Sebaliknya kita mempunyai 36 ADUN, tetapi persidangan hanya berlangsung sehari.

"ADUN hanya diberikan tujuh minit seorang. Bagaimana hendak bawa masalah rakyat ke Persidangan DUN?

Siswazah Malaysia yang baru bekerja pokai, gaji sikit, PTPTN nak bayar

Posted: 14 Apr 2014 03:57 PM PDT


15 April 2014 – Satu kajian oleh syarikat pengambilan pekerja dalam talian, JobStreet.com mendapati kebanyakan siswazah yang baru mendapat pekerjaan di Malaysia berdepan kesukaran untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dengan gaji bulanan sebanyak RM2,500.

Menurut kajian yang melibatkan 2,062 responden itu, sebanyak 77 peratus daripada mereka memberitahu tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan.

Kajian turut menunjukkan sebanyak 63 peratus daripada mereka menjelaskan bahawa barangan keperluan yang dimaksudkan itu ialah pinjaman kereta dan pendidikan serta kos pengangkutan yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran.

"Kira-kira RM1,500 daripada pendapatan bulanan mereka telah dibelanjakan ke atas keperluan tersebut dan untuk menjimatkan kos, separuh daripada mereka tinggal bersama ibu bapa, manakala 30 peratus lagi menyewa secara berkongsi bersama rakan dan 20 peratus sahaja yang membuat keputusan tinggal berseorangan.

- KOSMO

Tiada ulasan: