Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 11 April 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengorbanan guru hingga kemalangan, siapa yang peduli?

Posted: 10 Apr 2014 09:38 PM PDT




Sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan perlu menyediakan kenderaan untuk aktiviti luar sekolah, bukan menggunakan kereta guru. Sudah banyak kes para pelajar disumbat dalam kereta guru untuk aktiviti luar sekolah.

Guru tersepit dalam kereta
11 April 2014

GEMENCHEH – Seorang guru tersepit dalam kereta kira-kira sejam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Rokan-Jelai, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira kira-kira 5.15 petang itu, kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mangsa, Aminuddin Hamat Hambali, 30-an, bersama tujuh pelajarnya bergesel dengan sebuah lori tanpa muatan.

Ketika kejadian, kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelai (Felda) selepas mengadakan aktiviti sukan di Kuala Pilah.

Akibat kejadian itu, Aminuddin cedera parah di bahagian kaki dan tangan susulan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, manakala pelajarnya hanya cedera ringan.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang