Khamis, 27 Mac 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Halang Pemimpin KEADILAN, BN Sarawak Terdesak – Zuraida

Posted: 27 Mar 2014 09:45 PM PDT

PETALING JAYA 28 MAC: Tindakan kerajaan negeri Sarawak menghalang beberapa pimpinan KEADILAN memasuki negeri itu merupakan tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Balingian, kata ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

"Ini satu tindakan terdesak BN di Sarawak kerana mereka takut kepada pemimpin PKR untuk berkempen dan mengekang rakyat bergerak secara bebas dalam negara demokrasi.

"Ini hak kita. Mengapa mereka menafikan hak ini? Mereka menggunakan kuasa negeri yang tidak bertempat. Perbuatan ini memberi kesan kepada keputusan pilihan raya nanti," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Zuraida dihalang memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 2.30 petang dan diminta meninggalkan negeri itu pada petang hari yang sama.

Beliau merupakan pemimpin keempat dikenakan tindakan berkenaan selepas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Tian Chua.

Sementara itu, bercakap dengan Suara Keadilan, Zuraida bimbang keadaan itu akan berterusan pada kempen Pilihan Raya Negeri di Sarawak dan menjejaskan kempen Pakatan.

"Saya khuatir jika perkara ini berterusan, ia akan menjejaskan pergerakan untuk masa akan datang seperti untuk pilihan raya negeri yang akan diadakan pada tahun 2015," katanya.

Sumber: KeadilanDaily

Balingian: It’s a ‘Buy’ Election, Says PKR

Posted: 27 Mar 2014 09:35 PM PDT

MUKAH: The number of projects and upgradings announced for Balingian since March 17 has left opposition PKR reeling in shock.

The Balingian by-election which will be held tomorrow is now literally a "buy-their-loyalties" polls, which is surprising considering the seat has been a Barisan Nasional stronghold since 2001 when former chief minister Taib Mahmud won the seat.

In the 2011 state election Taib retained the seat by 5,154 votes. In the earlier 2006 polls he locked in a majority of 5,726 votes.

Opposition PKR which is fielding Bintulu businessman Abdul Jalil Bujang is hoping to eat into BN's previous majority.

But BN, through its candidate former Dalat district officer Yussibnosh Balo, is aiming for a landslide victory.

Various state and federal BN leaders have been making their rounds in Balingian wooing and cajoling voters with declarations that a big victory will be a show of gratitude to Taib and an endorsement of his successor Adenan Satem's administration.

Balingian falls in Sarawak's 'industrial'  zone. Taib's pet project Sarawak Corridor for Renewable Energy (Score) is sited in the Mukah parliamentary constituency where Balingian sits.

An overwhelming win will also stamp BN's continued control in the rural interior which has been facing active assault by opposition DAP and PKR since the the 2011 state election.

Both parties saw unprecedented victories in the 2011 state elections. DAP won 13 seats, albeit in the urban areas. PKR took three seats, losing at least two constituency by a hairline.

Perhaps this is the reason why BN is aiming its money muscle in victory-guaranteed Balingian.
Shocking extravagance

According to state PKR vice chairman See Chee How the millions being thrown around in Balingian since the March 17 nomination, was unprecedented and  "more than the constituency has seen in decades".

The latest being a pledge by Sarawak's Infrastructure and Communication Minister Michael Manyin to build a 11-kilometre missing link road between Kuala Serumpai and Kuala Tatau at a cost of RM230 million.

The numbers shocked See, who said that on the average one kilometre stretch of road in Sarawak would cost between RM1 to RM1.5 million to build.

He questioned the need for RM230 million for 11 km road stretch, adding that it reflected the need for a better check and balance system against the ruling government and that BN was fearful of their weakening strength in Balingian.

"The extravagance is shocking. We  want people to know that the BN government has made so many promises in the Balingian by-election because of PKR's strong presence.

"This has shown how important it is to have a dual party system.  We need a good check and balance of the government.

"We urge all voters to come to vote on March 29," said See alluding to the Kajang by-election which saw a low voter turnout. Nonetheless PKR retained the Kajang seat.

Source: FreeMalaysiaToday

Anwar’s Conviction: The Ugly Truth About BN

Posted: 27 Mar 2014 09:30 PM PDT

By Eric Paulsen

Ever since Anwar Ibrahim was sacked as Deputy Prime Minister in 1998, the government has continuously misused state institutions, especially the police, the Attorney-General's Chambers and the judiciary to persecute him on what were clearly politically motivated and trumped up charges.

Anwar was beaten to within an inch of his life by then Inspector-General of Police Rahim Noor while handcuffed and blindfolded, and after a series of sham trials that were universally condemned, he ultimately spent six years in jail.

With Anwar once again poised to challenge and reshape the dynamics of opposition politics by contesting in the Kajang by-election and in all likelihood be appointed as Selangor Menteri Besar, something had to give – and the government once again called upon the services of the AG's Chambers and judiciary to eliminate Anwar.

Although not expecting a fair trial, the skulduggery and lightning speed involved to bring forward and fully hear the AG's Chambers appeal against Anwar's acquittal, having him convicted and sentenced to five years' imprisonment in order to disqualify him from contesting in the by-election was breathtaking and represented a new abysmal low for the judiciary.

To describe the judiciary as not independent is a serious understatement.

In such cases, these judges actively collaborate with the authorities and deliver perverse judgments on cue.

It is just a matter of time before our judiciary, deservedly mocked, reaches the farcical level of summary trials currently seen in Egypt in cases against the Muslim Brotherhood.

The Court of Appeal judges involved, Balia Yusof, Aziah Ali and Mohd Zawawi Salleh surely must be remembered as being responsible for one of the worst miscarriages of justice in recent memory.

Their names will live in infamy together with other infamous judges like Augustine Paul and Arifin Jaka who similarly perverted the law in order to convict Anwar on false charges.

The hardliners in the government clearly think that the overwhelming misuse of state institutions is the answer even though such actions are preposterously self-defeating.

There has been a stream of criticism both inside Malaysia and abroad including from the US, EU, Human Rights Watch, Amnesty International, Inter-Parliamentary Union and numerous other human rights and lawyers' organisations.

Many are ridiculing a legal system that allows for a travesty of justice on this scale to take place, which lacked basic standards of fair trial and even involved Mohd Shafee Abdullah, prominent Umno lawyer and legal adviser to Dr Mahathir Mohamad and Najib Tun Razak, to prosecute Anwar.

But coming down hard on Anwar and many other opposition leaders, members of parliament, student leaders and dissidents on spurious sedition and peaceful assembly charges among others, makes Najib look more repressive than the modern and democrat leader that his spinners want to portray.

It also adds to the perception that Anwar and the opposition are clear victims, despite the fact that Barisan Nasional still enjoys almost half of the electorate's support.

Given that the judiciary will at some point be called again to adjudicate on significant matters between the government and the opposition including on electoral fraud, gerrymandering and other unlawful practices, fundamental freedoms and transition of government at state or federal level, anything that undermines its independence will cast a long shadow over these processes.

Anwar's verdict comes at a crucial moment in Malaysia's muddled transition from authoritarian rule with nominal democracy and periodic elections to what many still hope, despite the troubling signs, a greater democracy with genuine free and fair elections.

The verdict is not just about Anwar or the opposition's political ambition.

By convicting Anwar in a ludicrous trial that broke every known fair trial standards, it represents the ugly truth of BN, of desperation to hold on to power come what may, regardless of the damage it may do to Malaysia.

It is therefore all the more imperative to reject Anwar's verdict and work towards reclaiming Malaysia's democratic future without BN at the helm.

Eric Paulsen is the executive director of Lawyers for Liberty. Follow us on Twitter @lawyers4liberty

Kalaulah Sarawak Seperti Selangor - Jaytson

Posted: 27 Mar 2014 09:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kalaulah Sarawak seperti Selangor…," kata Jaytson Lenjau Lian, yang membandingkan perbezaan ketara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan negerinya yang lebih 50 tahun dikuasai Barisan Nasional (BN), lapor Roketkini.

Butir bicaranya jelas menggambarkan rasa marah dan kecewa, mengenangkan negerinya yang kaya dengan sumber asli, namun hanya dinikmati sekelompok kecil penguasa BN.

Jaytson adalah seorang daripada peserta lawatan sambil belajar empat hari tiga malam Pemimpin Tempatan Bintulu Belaga ke Selangor anjuran bersama NGO Borneo Care dan DAP Sarawak, bagi melihat kaedah pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Katanya, pengertian sebenar Persekutuan Malaysia ketika ia mula ditubuhkan dulu adalah untuk semua negeri berkongsi kekayaan dan bersama-sama maju sebagai sebuah negara merdeka.

"Memanglah saya terpegun melihat Selangor. Kalaulah dapat Sarawak juga macam ini, hidup (sejahteralah) kita dalam Persekutuan Malaysia ini," katanya selepas sesi lawatan ke Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, semalam.

Menurutnya lagi, pentadbiran Selangor jauh lebih telus dan bersungguh-sungguh berkhidmat kepada rakyat, berbanding BN yang sehingga kini masih gagal memberi kemudahan asas kepada penduduk di Bumi Kenyalang.

"Tambahan pula, YB-YB kita di sini, kita boleh berjabat tangan, berbincang dengan dia. Di Sarawak, nak tengok pun tak dapat. Polis kata 'jangan dekat, ini YB!'," katanya lagi.

Program semalam dimulakan dengan lawatan ke Parlimen yang mana mereka diberi taklimat berhubung prosedur penggubalan undang-undang dan dasar oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera dan Bukit Mertajam, Zairil Khir Johari dan Steven Sim Chee Keong.


Sumber: HarakahDaily

Kit Siang: Andaian Bakri Parahkan 'Krisis Kredibiliti'

Posted: 27 Mar 2014 09:15 PM PDT

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri patut berundur atau dipecat kerana  membuat andaian berhubung kehilangan MH370 yang didakwa menjadikan "krisis kredibiliti" kerajaan menjadi lebih parah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap, andaian bahawa MH370 berpatah balik atas arahan pusat kawalan yang dibuat Rahim itu tidak bertanggungjawab, cuai dan karut.

"Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat ditemui," kata angggota Parlimen Gelang Patah itu.

Abdul Rahim semalam berkata, kenyataannya sebelum ini, bahawa MH370 berpatah balik kerana mendapat arahan pusat kawalan, hanya andaian dan ia tidak tepat.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mempersoalkan kenapa penjelasan itu ditangguhkan sedangkan rakyat Malaysia berhak tahu mengenainya.

"Apakah Abdul Rahim ingin mengatakan bahawa tidak mungkin untuk mengetahui mengapa tiada tindakan susulan oleh TUDM (tentera udara) ketika MH370 hilang dari radar awam, tetapi berjaya dikesan oleh radar tentera melainkan jika 'kotak hitam' ditemui?"


Sumber: MalaysiaKini

TAWAS: Peserta Bawah 18 Tahun Layak Terima Skim Baru Khairat RM1,500

Posted: 27 Mar 2014 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor terus komited membela kebajikan rakyat negeri itu dengan memperkenalkan satu lagi skim khairat kematian.

Skim yang dinamakan Manfaat Khairat Kematian YAWAS itu membolehkan ibu bapa peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan RM1,500 daripada Nerajaan Negeri.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Noor Mohd Zain, berkata skim terbabit mula diperkenalkan, pada 1 Mac lalu.
 
"Manfaat ini diperkenalkan kepada anak kelahiran Selangor yang mendaftar sebagai Ahli TAWAS. Dengan manfaat terbaru ini, jika peserta TAWAS itu meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun, ibu bapanya boleh menuntut khairat kematian bernilai RM1,500.

"Tuntutan itu boleh dibuat di pejabat YAWAS dengan membawa Sijil kematian, Kad SiManja dan Penyata Simpanan TAWAS jika ada," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, rakyat Selangor digalakkan mendaftarkan anak mereka dalam Skim TAWAS bagi membolehkan anak terbabit tidak keciciran dalam menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan Kerajaan Negeri.

Apabila seorang anak yang baru lahir didaftarkan dalam Skim TAWAS mereka akan dihadiahkan tabung simpanan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Pendaftaran TAWAS boleh dibuat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu/Ketua Kampung, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpilih atau terus ke pejabat Yawas di alamat A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, Shah Alam.

Sebelum ini,di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Kerajaan Selangor memperkenalkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang membolehkan waris peserta skim itu menerima sumbangan khairat kematian bernilai RM2,500 dari Kerajaan Negeri.

Sumber: SelangorKu

Selangor Laksana Sukan Luar Sekolah, Elak Guru Jadi Mangsa Kerajaan Pusat

Posted: 27 Mar 2014 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri mempunyai pendekatan tersendiri untuk berdepan dengan sikap Kerajaan Pusat yang kurang memberi penekanan terhadap pembangunan sukan di Selangor.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri memilih untuk tidak bersikap konfrontasi dalam situasi berkenaan bagi memastikan tidak ada pihak yang terbabit terjejas terutama guru.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang program pembangunan sukan dilakukan secara langsung dengan pihak sekolah.
 
"Kita mengambil sikap ini bagi menjaga semua pihak. Pada masa sama, program pembangunan sukan terus giat dijalankan.

"Kita juga tidak mahu apabila Kerajaan Negeri bersama sekolah terbabit secara langsung, guru pula dijadikan mangsa oleh Kerajaan Pusat.

"Mungkin mereka dikenakan tindakan disiplin, surat tunjuk sebab atau ditukarkan hanya kerana bekerjasama dengan Kerajaan Negeri," katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Perkara itu dibangkit Yunus apabila wujudnya halangan yang  tidak membolehkan Kerajaan Negeri terbabit secara langusung bersama sekolah dalam pembangunan sukan.

"Contohnya, Sekolah Sukan Seksyen 11 sebelum Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan Exco Sukan ketika itu boleh masuk. Tetapi, kini secara tidak rasminya kita tidak dibenarkan masuk.

"Namun, Kerajaan Negeri melalui MSN masih lagi berhubung dan memberi bantuan keperluan pembangunan sukan di sekolah terbabit," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengariskan beberapa komitmen sebagai jalan keluar dalam usaha memastikan program pembangunan sukan di negeri itu terus terlaksana.

"Saya cuba mencari jalan yang terbaik untuk anjurkan kejohanan sukan. Tahun lepas, saya berjaya anjurkan kejohanan bola sepak bawah 16 tahun, yang mana ia tidak dipertandingkan di peringkat sekolah.

"Sebaliknya, masih membabitkan pelajar apabila mereka menyertai kejohanan terbabit ketika cuti sekolah. Dengan cara itu, kita masih mempunyai ruang mencungkil bakat pelajar yang berpotensi besar dalam sukan bola sepak," katanya.

Sumber: SelangorKu

Tiada ulasan: