Isnin, 24 Mac 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


PESAWAT MAS LENCONG KE HONG KONG

Posted: 24 Mar 2014 02:17 AM PDT



PESAWAT MAS LENCONG KE HONG KONG
24 Mac 2014

MAS pada Isnin mengesahkan pesawat MH006 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, Korea malam Ahad dilencongkan ke Hong Kong ekoran janakuasa pesawat tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Perhubungan Awam MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata, pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong .

Semua 271 penumpang dipindahkan ke penerbangan lain.

SEKUMPULAN ITIK REMPUH CERMIN PESAWAT MAS KETIKA MENDARAT
23 Mac 2014

Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat selepas sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam lepas.

Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu lepas memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata, kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.

Tiada ulasan: