Khamis, 6 Mac 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apa yang tak kena di USIM , N.Sembilan?

Posted: 06 Mar 2014 02:03 AM PST


PDRM tak tahu beza antara Volvo dan Daihatsu?

Posted: 05 Mar 2014 11:47 PM PST



Apa guna ada sistem komputer yang serba canggih dan mahal-mahal?


6 Mac 2014 – Seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.

Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38, menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP 4909.

"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Macamana mereka yang sakit mental boleh terlepas tapisan Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi pengawal keselamatan?

Posted: 05 Mar 2014 11:46 PM PST




Khianat masjid: Pengawal keselamatan ditahan

KUALA TERENGGANU 5 Mac 2014 - Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes khianat ke atas Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dan Masjid Limbongan di Besut dekat sini, malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek berusia 27 tahun, masih bujang dan dipercayai kurang siuman itu ditahan di Besut pada pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, suspek berjaya dikesan hasil maklumat orang ramai serta rakaman kamera litar tertutup di dalam masjid selain kecederaan yang dialaminya di bahagian kaki akibat menendang cermin masjid sehingga terpaksa menerima lapan jahitan.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Kampung Kluang, Besut mempunyai rekod sakit mental sejak dua tahun lalu serta masih mendapat rawatan.

Tiada ulasan: