Jumaat, 21 Februari 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pelancaran Jentera Pilihanraya AMK Sempena PRK Kajang

Posted: 21 Feb 2014 11:01 PM PST

Sekitar pelancaran jentera pilihan raya Angkatan Muda Keadilan untuk PRK N25 DUN Kajang oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 21 Februari 2014. Dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan para pemimpin Pakatan Rakyat.















Program Pecah Tanah Sri Subramaniar Swamy Alayam

Posted: 21 Feb 2014 08:00 PM PST

YB Dr Xavier Jayakumar pada 12 Februari 2014 yang lepas telah menghadiri majlis pecah tanah Sri Subramaniar Swamy Alayam di Telok Menegon. Berikut adalah gambar-gambar pada majlis tersebut.











Menyampaikan Bantuan Program Kembali Ke Sekolah

Posted: 21 Feb 2014 02:30 AM PST

Klang, 21 Februari 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan RM100 setiap seorang kepada 3 orang pelajar dalam Program Kembali Ke Sekolah.

Ibubapa kepada pelajar-pelajar tersebut telah hadir ke Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas untuk menerima bantuan pada hari ini.

Insentif Perkahwinan Belia - Kurangkan Beban Kewangan Perkahwinan

Posted: 21 Feb 2014 02:15 AM PST

Berita gembira untuk belia, sekiranya anda berkahwin, Kerajaan Negeri Selangor akan memberi insentif kepada anda. Pada hari ini seramai 15 orang telah menerima insentif sebanyak RM500.


PENYALURAN INSENTIF

1. ISLAM : Disalurkan melalui akaun Tabung Haji

2. BUKAN ISLAM : Disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.


SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF

1. Terbuka kepada semua kaum

2. Tiada sebarang had pendapatan.

3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)

4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.

6. Perkahwinan kali pertama sahaja.

7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.

8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013.

9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)


DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU

3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.

4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam.


DI MANA MEMOHON
 
Sila hubungi Pusat Khidmat DUN berhampiran ATAU

Seksyen Sektoral
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam
Tel : 03-5544 7920/7921

Empat Pelajar Pintar UPSR Terima Sumbangan Galak Terus Kecemerlangan

Posted: 21 Feb 2014 02:00 AM PST

Klang, 21 Februari 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini memberi sumbangan pendidikan sebagai galakan kepada empat orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan UPSR yang lepas.

Sumbangan disampaikan di Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas dan mereka yang menerima sumbangan adalah Rehma yang dahulunya bersekolah di SRJK (T) Batu Ampat, dan kini di  SMK Kg Jawa, Abilachinee, Mageson dan Ilantamil dahulunya bersekolah di SRJK (T) Simpang Lima dan kini bersekolah di SMK Raja Mahadi.

YB Dr Xavier berharap dengan sedikit sumbangan tersebut dapat memberi galakan kepada mereka untuk terus maju dalam pelajaran. Beliau percaya berbekalkan pendidikan yang baik, nasib seseorang dan keluarga dapat diubah kepada yang lebih baik.

MB Arah Syabas Aktif Pelan Tindakan Kecemasan Atasi Gangguan Air

Posted: 21 Feb 2014 01:45 AM PST

SHAH ALAM, 21 FEB: Kerajaan Selangor mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengaktifkan pelan tindakan kecemasan termasuk mengagihkan air berjadual kepada pengguna dengan SYABAS memaklumkan butiran terperinci pelan pengagihan berjadual.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beiau memandang serius gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di negeri ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Khalid berkata, pengagihan air berjadual ini akan diteruskan sehingga 31 Mac sekiranya bekalan air terputus dan tekanan air rendah masih berlaku.

"Kita juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat menghantar bekalan air kepada penduduk terjejas di samping memastikan lif-lif rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) berfungsi bagi memudahkan penduduk mengangkut air.

"Kita meminta Konsortium ABBAS Sdn Bhd, syarikat milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya membekalkan air minuman kepada penduduk terlibat," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, bagaimanapun, kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna pada waktu yang sama.

"Justeru, kita menasihatkan pengguna berjimat cermat dan mengelak sebarang pembaziran supaya lebih ramai pengguna
mendapat bantuan air kecemasan ini," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.

Gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan
kira-kira 27,000 rumah terputus bekalan air kerana LojiRawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000 rumah juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan .

Kerajaan Selangor juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan berharap rakyat memahami keadaan ini disebabkan cuaca panas dan kering yang di luar kawalan manusia.

"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau Pusat Khidmat Setempat SYABAS yang turut dibuka di kawasan-kawasan yang terjejas," kata beliau lagi.

Sumber: SelangorKini

MB: Bekalan Air di Selangor Cukup, Mampu Bertahan 5 Bulan

Posted: 21 Feb 2014 01:30 AM PST

SHAH ALAM 21 FEB : Bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri tetap membuat persediaan sekiranya cuaca panas ini berterusan dalam tempoh panjang.

MB airKatanya, antara persediaan dirangka ialah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta bagi mendapatkan sumber air bawah tanah.

"Syarikat Mega Steel memberitahu Kerajaan Negeri kalau tidak cukup air kita boleh pam air dari bawah tanah. Jawapan saya jangan buat dulu hingga masa ini.

"Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh" katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi taklimat berkenaan isu air Selangor di sini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.

Terdahulu, ketika sesi taklimat, Abdul Khalid menjelaskan punca utama kepada masalah kekurangan bekalan air terawat ini ialah kehilangan air yang tidak berhasil (NRW) antaranya disebabkan kebocoran paip.

"Mengikut perjanjian, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu menurunkan kadar NRW daripada 30 peratus kepada 20 peratus tetapi itu tidak berlaku.

"Jadi, Kerajaan Negeri perlu selesaikan masalah ini sekiranya penyusunan semula industri air berlaku," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata satu pengumuman berkenaan perkembangan rundingan air dengan Kerajaan Pusat akan dibuat dalam masa dua minggu lagi.

Sumber: SelangorKu

Rafizi - Syabas, Puncak Niaga Wajar Belanja Wang Selesai Masalah Air, Bukan Saman

Posted: 21 Feb 2014 01:15 AM PST

SHAH ALAM 21 FEB : Syarikat pengurusan air di Selangor (Syabas) dinasihatkan agar menukar sistem penapisan di semua loji yang gagal berfungsi dengan baik daripada menggunakan wang guamannya menyaman pengkritiknya.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Syabas dan Puncak Niaga (serta pemiliknya) nampak dangkal apabila sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti beliau.

Katanya beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak difikirkan tidak meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan nombor satu dalam memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk.

syabas"Jika ini bermakna saya akan berdepan dengan tindakan undang-undang, ini bukan kali pertama saya diheret ke mahkamah apabila bersuara di dalam isu berkepentingan awam.

"Cuma SYABAS dan Puncak Niaga sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang," katanya dalam kenyataan media.

Syabas bertindak mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataan Rafizi pada Isnin lepas mengenai masalah bekalan air yang terganggu melibatkan lebih 100,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang.

Mengulas tindakan saman itu, Rafizi berkata sudah menjadi kebiasaan Syabas atau Puncak Niaga mengambil pendekatan saman setiap kali ada kritikan mengenai prestasinya sebagai syarikat yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau mengambil pelbagai langkah untuk mengetengah rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

"Ini termasuklah, mengumpul tanda tangan bantahan, membawa kes kegagalan Syabas ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, membawa isu untuk dibahaskan di Parlimen.

"Termasuk juga mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya menyediakan bekalan air kecemasan apabila berlaku gangguan dan berbincang dengan kakitangan Syabas sendiri untuk membantu penduduk," katanya.

Bagaimanapun, kata Rafizi, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya terus mengkritik prestasi Syabas kerana kelemahan perancangan dan operasinya.

Dalam gangguan terbaru, kata Rafizi, beliau tidak dapat menerima alasan bahawa dua loji iaitu Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di dua loji itu.

Sedangkan sekiranya loji berkenaan dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

Melalui semakan awam, beliau mendapati bahawa kedua-dua loji hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 mg/liter.

Pada masa yang sama, sisa air rawatan daripada sistem kumbahan yang dilepaskan ke sungai-sungai oleh Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi kerana piawai yang dibenarkan adalah maksima 15 mg/liter atau 25 mg/liter (bergantung lokasi sungai).

Ini bermakna pengendali loji penapisan air seperti Puncak Niaga sememangnya tahu bahawa wujud kemungkinan kandungan ammonia di dalam air sungai yang tinggi terutama apabila musim panas kerana kekurangan hujan.

Dalam keadaan ramalan cuaca boleh dirujuk, pengendali LPA seperti Puncak Niaga sepatutnya boleh menduga tempoh tertentu yang mana kadar kandungan ammonia di dalam air sungai lebih tinggi yang boleh menjejaskan bekalan air.

"Persoalan yang saya timbulkan ialah kenapa tidak ada tindakan proaktif sebelum ini di pihak Puncak Niaga (dan Syabas kerana kedua-duanya dikawal oleh kepentingan yang sama) untuk menaiktaraf LPA sedia ada agar semua LPA ini boleh mengambil air sungai berkandungan ammonia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter kerana perkara ini boleh dibuat," tanya Rafizi.

Beliau difahamkan Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis (filtering system) yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Masalahnya, pemasangan sistem penapis baru ini akan mengambil masa lebih enam bulan dari sekarang dan tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air sekarang.

"Bukankah jika tindakan ini diambil lebih awal, dengan mengambil kira ramalan cuaca, masalah gangguan bekalan air yang kini menyusahkan rakyat di seluruh Selangor dapat dielakkan?" soal Rafizi.

"Sebab itu saya mengkritik kelemahan perancangan Syabas dan Puncak Niaga yang tidak menduga lebih awal keperluan menggantikan sistem penapis kepada Sodium Aluminosilicate yang jika dibuat lebih awal dapat mengelakkan masalah bekalan air sekarang," katanya.

Katanya, tindakan jangka pendek iaitu menggunakan kolam-kolam air berdekatan dengan hilir Sungai Langat untuk mencairkan air sungai yang digunakan oleh LPA Bukit Tampoi perlulah dilaksanakan segera kerana kosnya hanyalah sekitar RM360,000 sebulan.

Sumber: SelangorKini

Pengalaman, Cara Tadbir Anwar Yakinkan Penduduk Kajang

Posted: 21 Feb 2014 01:00 AM PST

KAJANG 21 FEB : Rata-rata penduduk yang ditemui Keadilandaily.com yakin dengan perubahan dan cara pentabiran yang bakal dibawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan raya kecil N25 Kajang.

Ainun Khairiah Jaafar, 46 ketiika ditemui menyatakanm sangat terasa dengan kenaikan kos sara hidup berkata rakyat sukar untuk menampung perbelanjaan harian dengan pendapatan rendah.

"Kalau tanya, saya memang yakin dengan pentadbiran Anwar," kata AInun kepada Keadilandaily.
Katanya, PRK Kajang adalah masa untuk rakyat Malaysia menyatakan pendirian berhubung dasar dan janji Umno-BN sebelu pilihan raya umum ke-13.

"Kita tengok kerajaan tak menjaga kebajikan rakyat. Harga barang naik, kita semua susah. Penduduk di sini memang sokong kehadiran Anwar sebagai calon PRK Kajang," katanya.

Sementara itu, kepimpinan Anwar mengagumkan Norjiah Sadan, 52, semenjak mengenali tokoh itu dari bangku sekolah.

Kata Norijah, Anwar dilihat lebih mementingkan hak rakyat dan belaku adil kepada semua bangsa.
"Setuju sangat sebab nak tawan Putrajaya.

"Itu matlamat kita lepas ni. InsyaAllah kalau menang memang bonus untuk Pakatan Rakyat,
"Walaupun saya ahli Pas, tapi saya tetap menyokong Datuk Seri Anwar sebagai calon untuk pilihan raya kecil di Kajang ni," katanya.

Abdullah bin MuhamadDalam pada itu, kata Abdullah Muhamad, 59, pengalaman Anwar sebagai Menteri Pertanian, Menteri Belia & Sukan, Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan mampu menambahbaik pentadbiran di Kajang secara khusus dan Selangor secara amnya.

"Kita nak kan kerajaan yang bersih dari rasuah, tidak menindas dan tidak makan duit rakyat,
"Saya yakin dia mampu bawa perubahan di Kajang," Abdullah.

Sumber: KeadilanDaily

Tiada ulasan: