PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- PRK Kajang: Wanita KEADILAN seluruh negara sedia gerak jentera
- Menteri, veteran Umno & kroni takut Anwar masuk Selangor
- Program Parlimen Telok Kemang
PRK Kajang: Wanita KEADILAN seluruh negara sedia gerak jentera Posted: 07 Feb 2014 02:17 AM PST KAJANG 7 FEB: Jentera Wanita KEADILAN bagi pilihan raya kecil N25 DUN Kajang dilancarkan semalam dengan kehadiran wakil Wanita KEADILAN dari seluruh negara. Dimulakan dengan laungan 'Reformasi', pelancaran jentera pilihan raya kecil Wanita KEADILAN bagi N25 DUN Kajang dilakukan dengan penyerahan watikah oleh pengarah PRK, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim kepada wakil wanita setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Turut hadir program pelancaran jentera Wanita KEADILAN di tapak pasar malam Dataran Saujana Prima semalam ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Wanita perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai rintangan. "Tidak ada yang mudah untuk berusaha bagi mencapai keadaan negara Malaysia yang lebih baik," kata Wan Azizah dalam ucapan ringkas. Sementara itu kata Haniza Talha, pengarah pilihan raya Wanita KEADILAN Pusat, jentera PRK DUN N25 menyasarkan usaha untuk meningkatkan bilangan pengundi dan fokus ditumpukan untuk menarik pengundi wanita. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59090 |
Menteri, veteran Umno & kroni takut Anwar masuk Selangor Posted: 07 Feb 2014 02:15 AM PST KAJANG 7 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 'Langkah Kajang' menggerunkan Umno-BN, kroni dan keluarga sehingga ke peringkat Menteri bertaraf veteran. Selangor, negeri terkaya di Asia Tenggara diketahui umum merupakan pusat ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang kaya hasil bumi dan sumber manusia menjadi permata idaman setiap parti politik. "Sebab itu dalam mesyuarat Umno, bila dia dengar Anwar mahu masuk Kajang saja, dia sudah takut. "Sampaikan Tun Daim pun kata, bila Anwar masuk Selangor habislah kita. Kita (Umno) mesti mula kempen sekarang. "Apasal dia takut? Bukannya saya dendam sebab dulu dipenjarakan. "Sebab dia tahu kita mahu tukar polisi. Tidak lagi mahu mencuri (harta rakyat) kronisme, monopoli dan sebagainya," kata Anwar di hadapan 300 hadirin dalam majlis hi-tea di Pusat Komuniti Sg Kantan, semalam. Justeru, Anwar mengingatkan anggota KEADILAN dan parti rakan Pakatan Rakyat tidak memandang mudah cabaran dihadapi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang. "Kita tidak ambil mudah. Umno-BN akan mengumpulkan segala jenteranya untuk pada pilhan raya kecil nanti "Sebab bila Anwar jadi calon, satu kerajaan Malaysia turun, seluruh negara termasuk Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri yang mahu tidur (pencen) pun bangkit (bekempen) semula," kata Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59083 |
Posted: 06 Feb 2014 11:36 PM PST |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan