PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Muhammad Taib: PRK Kajang peluang pengundi hukum BN Posted: 05 Feb 2014 12:40 AM PST (Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar. "Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada Keadilandaily. Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. "PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi. "Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara. "Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58985 |
Pilihan raya kecil Kajang 23 Mac Posted: 04 Feb 2014 11:47 PM PST dipetik daripada Malaysiakini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac. Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas. Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor. Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor. Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor. BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA. Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya. Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah. Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan