Khamis, 13 Februari 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Program Kemasyarakatan ADUN Sikamat

Posted: 13 Feb 2014 03:09 AM PST


Ziarah kebakaran di Taman Jujur Kiri yg berlaku jam 2.30 pada 5 Febuari 2014. 
Kebakaran menyebabkan sepasang keluarga dan anak tinggal sehelai sepinggang.




5 Febuari 2014; menziarahi adik Mohd Nor Ikhwan b Abd Razak dari Taman Jujur Kiri yang kemalangan jalanraya 2 minggu lalu. Kaki beliau yang patah akibat kemalangan telah dimasukkan besi.


Program Kemasyarakatan ADUN Chuah

Posted: 13 Feb 2014 03:01 AM PST

Lawatan ke Rumah Jagaan Orang-Orang Tua Yi Mai









Program Kemasyarakatan Parlimen Telok Kemang

Posted: 13 Feb 2014 02:56 AM PST

SUMBANGAN KERUSI RODA & PAMPERS KEPADA PUAN SAHARINA BTE AHMAD DARI NO;12,JLN 4,TMN MAWAR FASA 2,72200,BATU KIKIR,JEMPOL.

SEBELUM INI PERMOHONAN TERDAHULU BELIAU MELALUI AHLI PARLIMEN JEMPOL (DATO LILAH) DITOLAK.


Sekitar Majlis Maulidur Rasul di Surau Al-Hijrah, Bandar Sunggala & Surau Taman Selasih

Posted: 13 Feb 2014 02:53 AM PST

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SURAU AL-HIJRAH,BANDAR SUNGGALA
Tarikh: 8 Febuari 2014







MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SURAU TMN SELASIH.









Pemilihan PKR: Pencalonan MPP 29 Mac, cabang 4 April

Posted: 13 Feb 2014 02:34 AM PST





dipetik daripada Malaysiakini
Pencalonan bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan berlangsung di ibu pejabat parti pada 29 Mac depan, sementara pencalonan bagi peringkat cabang bermula pada 4 April


Manakala keputusan rasmi calon yang berjaya menduduki kepimpinan parti akan diketahui seawal-awalnya pada 11 Mei depan.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menetapkan pencalonan dan pengundian mengikut zon yang dibahagikan mengikut zon utara, timur, tengah dan selatan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata semua jawatan tertinggi parti bermula presiden hingga anggota MPP dibuka kepada semua ahli untuk dipertandingkan dan menghantar borang pencalonan ke ibu pejabat pati.

"Sementara pencalonan (di cabang-cabang) ada zon-zonnya. Kita buat serentak (semua di negeri terlibat). Begitu juga dengan pengundian, ada zon dan sektor supaya lebih teratur.

"Kita belajar daripada (kelemahan) pemilihan lalu," kata ahli parlimen Suangai Petani dalam sidang medianya hari ini.

Menurutnya, pencalonan peringkat cabang di Kelantan bermula 4 April; Melaka, Johor dan Pahang (5 April); Sabah dan Sarawak (6 April), Kedah (11 April), Perak, Pulau Pinang dan Perlis (12 April) dan Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri sembilan (13 April).

Sementara pengundian berlangsung pada 25 hingga 27 April pengundian akan berlaku di Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada 2 Mei hingga 4 Mei, pengundian akan berlangsung di Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Sementara, pada 9 Mei hingga 11 Mei penhundian  akan berlangsung di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: