Isnin, 3 Februari 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kursus Umrah Anjuran Parlimen Telok Kemang

Posted: 03 Feb 2014 02:01 AM PST

KURSUS UMRAH ANJURAN PARLIMEN TELOK KEMANG DENGAN KERJASAMA AL 'FAJAR TRAVEL&TOURS SDN BHD SURAU TMN SELASIH 
4.1.2014 (SABTU).








Aktiviti Parlimen Telok Kemang

Posted: 03 Feb 2014 01:57 AM PST

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA DARI PEJABAT PARLIMEN TELOK KEMANG














Aktiviti ADUN Sikamat

Posted: 03 Feb 2014 01:49 AM PST


Sabtu, 25 Januari 2014 
Program Gotong Royong Membaiki Atap Rumah Warga Emas di Kg. Bukit Merbah, Sikamat. 

Program Bersama Pejabat ADUN SIKAMAT, YB Aminuddin Harun dan KEADILAN Cabang Seremban serta AMK Cabang Seremban. Turut hadir Ketua Cabang Seremban Dr. Ahmad Azam serta anggota-anggota PKR Cabang Seremban.










Guna taktik keji & lucah, SPR mesti bidas Umno – Surendran

Posted: 03 Feb 2014 01:40 AM PST

KUALA LUMPUR 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak membidas rancangan Umno untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam yang menyatakan bahawa parti itu akan menggunakan rayuan kes Firnah II Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen BN dalam PRK Kajang.
"Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil nanti.
"Pengerusi SPR mestilah tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya.
"Ini adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan
"Kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah 'harimau tak bertaring' dan berat sebelah, malah memihak kepada BN" , kata Surendran dalam kenyataan.
Dalam pda itu kata Surendran, rancangan Umno menjalankan kempen 'seks dan kotor ' tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.
"Sebelum ini Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen 'seks dan kotor' terhadap lawan politiknya.
"Sebagai Perdana Menteri dia tidak sepatutnya membenarkan kempen jijik seperti ini dilakukan oleh parti politiknya," kata Surendran.
Tambahnya, Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi
"Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar auntuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihanraya kecil di Kajang nanti".
"Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri", kata Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58868

Nazree umum bertanding jawatan ketua AMK

Posted: 03 Feb 2014 01:38 AM PST

KUALA LUMPUR 3 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Nazree Yunus mengumumkan akan bertanding bagi jawatan Ketua AMK Pusat pada pemilihan KEADILAN nanti.
Kata Nazree, pengumuman ini dibuat selepas berbincang dengan  anggota AMK khususnya dengan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mendapat persetujuan positif daripada semua pihak.
nazree Yunus
Pengumuman itu dibuat dalam Majlis Apresiasi AMK dan Media yang bertempat di Dataran Underground Plaza dekat Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Nazree, beliau mahu mengukuhkan lagi AMK sebagai sayap parti yang mampu membawa denyut nadi perjuangan rakyat, menerusi beberapa misi termasuk memperkuat proses pengkadiran dalam parti itu.
"Pengkadiran ini adalah suatu proses untuk memberi pendidikan dalam politik kepada anggota dan membina asas kefahaman yang holistik melalui siri-siri pemantapan AMK," katanya.
Tambahnya, beliau juga berikrar memperkasakan skuad KEADILAN bagi mengangkat agenda kebajikan dan keselamatan anggota, sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
"Kita juga akan memposisikan secara strategik peranan anak muda dalam sektor ekonomi dan usahawan muda,"
"Dalam misi jaringan AMK yang melibatkan perhubungan awam dan anak muda, kita akan membina jaringan bersama pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa , media , NGO , profesional , swasta , serantau dan antarabangsa," katanya kepada keadilandaily.
AMK negeri
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shari turut mengumumkan keputusan bertanding bagi jawatan ketua AMK.

Nama lain yang disebut-sebut berhasrat menyandang jawatan itu adalah Adun Seri Setia yang juga Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Selain Nazree, turut diumumkan semalam adalah calon bagi beberapa lagi jawatan penting dalam sayap AMK.
Antaranya jawatan Timbalan Ketua AMK yang akan ditandingi Mohd Serman Hassnar dari Sabah, Naib Ketua AMK yang akan ditandingi Saifullah Zulkifli dari selangor, Ginie Lim yang akan bertanding Ketua AMK Melaka dan Sangheta Jayakumar bagi jawatan Exco AMK Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58890

Sekitar Forum Maulidur Rasul di Juasseh

Posted: 03 Feb 2014 01:36 AM PST


Forum Maulidur Rasul
28 Januari 2014
Juasseh
Panelis: Ustaz Badrol Amin, Ustaz Norazman Mohamad
Moderator: Nazree Yunus 








Tiada ulasan: