Pengikut

Nuffnang

Selasa, 4 Februari 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dibelasah di hadapan pejabat Umno selepas mesyuarat

Posted: 06 Jan 2014 07:47 PM PST




7 Januari 2014

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya 'bersuara' di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

"Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki MERCEDES di lokasi kejadian.

"Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang