Suara Sri Andalas |
- Kerja-kerja Pembinaan Kolam Tadahan di Taman Sentosa
- Selangor Warta Tanah Untuk 'Sekolah Bawah Pokok'
- Selangor Mahu SOP JAIS Diperkemas
- Chandra Tarik Balik Kenyataan Berunsur Fitnah Terhadap Anwar
Kerja-kerja Pembinaan Kolam Tadahan di Taman Sentosa Posted: 07 Jan 2014 04:00 AM PST Kerja-kerja pembinaan kolam tadahan sedang dilaksanakan di Taman Sentosa, Klang bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda terutamanya di kawasan tersebut sejak lebih 20 tahun lamanya. YB Dr Xavier Jayakumar berkata beliau memahami keadaan sukar yang terpaksa dialami oleh para penduduk setiap kali banjir melanda. Projek mitigasi banjir dan pembinaan kolam tadahan sedang giat dilaksanakan bagi mengelak masalah banjir terus berlaku. |
Selangor Warta Tanah Untuk 'Sekolah Bawah Pokok' Posted: 07 Jan 2014 01:00 AM PST Selangor tiada masalah untuk mewartakan tanah miliknya, melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) PKNS untuk tapak asal Sekolah Tamil Seaport di Petaling Jaya. Kira-kira 20 ibu bapa mahu mengekalkan sekolah itu walaupun Kementerian Pendidikan telah memindahkannya ke tapak lain di Kampung Lindungan. Wakil pejabat setiausaha kerajaan negeri NM Rajan yang berada di sekolah itu pagi ini berkata, kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju dan akan bertemu dengan lembaga sekolah dan ibu bapa untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat. "Saya akan cuba menyusun pertemuan dengan Halimah Ali, exco pendidikan negeri," katanya kepada Malaysiakini selepas pertemuan dengan pihak sekolah, ibu bapa dan Jabatan Pendidikan Selangor. Rajan turut berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Halimah. Bagaimanapun,. Jabatan Pendidikan negeri masih tidak dapat memberikan penyelesaian kukuh berhubung perkara itu. Justeru, sekolah itu akan kekal ditutup supaya ibu dapa dapat menyelesaikan itu berkain pemilikan tanah terlebih dahulu. Ibu bapa memberitahu, mereka akan terus menghantar anak mereka ke "kelas bawah pokok" bersebelahan dengan sekolah itu. Mereka malah sudah memasang khemah menggunakan wang sendiri bagi memastikan keselesaan murid. Sumber: MalaysiaKini |
Selangor Mahu SOP JAIS Diperkemas Posted: 07 Jan 2014 12:15 AM PST Kerajaan Selangor bercadang mahu memperkemaskan tatacara operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini. "JAIS telah buat laporan (mereka) dan kita akan perkemas dari sudut SOP," kata Exco hal ehwal agama Islam, Sallehen Mukhyi dalam sidang medianya di Shah Alam, pagi ini. Beliau juga menegaskan pihaknya tidak akan mengulas lagi berhubung serbuan dan rampasan tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan polis. "Sebab kes ini dah jadi kes polis, jadi kita serah kepada kebijaksanaan JAIS dan PDRM untuk selesaikan kes ini, mengikut peringkat undang-undang," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa SOP berkaitan perlu diperkemas dan bahagian mana yang perlu penambahbaikan. Sallehen hanya mengiyakan cadangan wartawan yang bertanya jika beliau bercadang memperkemaskan tatacara tersebut agar persetujuan exco perlu diperolehi sebelum sebarang serbuan dibuat. Dalam sidang media yang sama, ADUN Sabak itu turut diasak oleh wartawan berulang kali tentang pendiriannya terhadap serbuan JAIS ke atas Persatuan Bible Malaysia. Ditanya sama ada tindakan itu betul atau tidak, Sallehen menjawab ringkas: "Ia betul daripada segi SOP". Sebelum itu, Sallehen meluangkan masa selama sejam bertemu editor The Herald, Paderi Lawrence Andrew, MP Klang Charles Santiago dan ADUN Seri Andalas, Xavier Jeyakumar di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sallehen turut mengumumkan penubuhan majlis dialog antara agama bagi mengatasi sebarang masalah di antara agama di negeri pada masa akan datang dan pandangan mereka akan disampaikan kepada pihak istana dari masa ke masa. "Saya bersyukur dengan pandangan kawan-kawan dan satu majlis perundingan perpaduan kaum dapat diwujudkan supaya kita dapat melakukan satu persefahaman supaya sebarang masalah yang merentasi agama kaum lain dapat diatasi. "Sebab itu satu program yang kita namakan 'inter faith dialogue' (dialog antara agama) dapat diwujudkan untuk jaga keharmonian antara kaum. "Saya juga tidak akan berhenti di sini dan akan mengajak semua yang terlibat dalam menjaga agama ini - untuk sentiasa berunding dengan Tuanku tentang perkara-perkara yang akan juga melibatkan perkara lain dalam konteks keharmonian," katanya. Sumber: MalaysiaKini |
Chandra Tarik Balik Kenyataan Berunsur Fitnah Terhadap Anwar Posted: 07 Jan 2014 12:00 AM PST KUALA LUMPUR 7 JAN: Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar hari ini menarik balik kenyataan berunsur fitnah yang dibuatnya terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penarikan balik kenyataan tersebut dibuat Chandra di Kamar 3, Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada pendengaran kes saman RM10 juta yang difailkan Anwar terhadap Chandra lebih 5 tahun lalu. Tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah. "Pihak defendan dengan ini menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 4(I)B dan 4(II)B di dalam pernyataan tuntutan terpinda," ujar peguam Firuz Hassan, yang mewakili Chandra di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohammad bagi memohon penyelesaian terhadap kes saman berkenaan. Anwar Pada 6 Mac 2008 mendakwa Chandra telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum bertajuk "Malaysia Decides 2008″ anjuran Star Publication Berhad di Menara Star, Petaling Jaya pada Mac 2008. Kenyataan berunsur fitnah oleh Chandra itu kemudian disiarkan oleh akhbar The Star dengan tajuk "Disaster if Anwar is PM" (Malapetaka besar, Anwar Chandra jika Anwar jadi PM). Pada penghakiman hari ini, Anwar hadir dengan diwakili Peguam N.Surendran dan Latefa Koya. Sumber: KeadilanDaily |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan