Rabu, 8 Januari 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Rafizi - KPMG Affirms Negative Impact of GST

Posted: 08 Jan 2014 01:45 AM PST

PETALING JAYA: KPMG Malaysia's call for both the public and private sectors to gradually increase the salaries of their employees affirms the negative impact of the the imposition of the goods and services tax (GST) in  April 2015.

Pandan MP Rafizi Ramli was today responding to KPMG's newly-appointed managing partner Johan Idris' suggestion yesterday that a 6% increase in employees' salaries per annum to help tide over the high cost of living in Malaysia.

"All this while the government has misled public into thinking there is no negative impact of GST," Rafizi told a press conference here.

"I laud the statement by Johan that certainly there will be a price increase. This reflects the true sentiments of the people all along that that it (GST) will be implemented without a salary hike," he added.

Rafizi stressed that as long as the government does not take adequate steps to increase the salaries of workers, GST cannot be implemented.

"Salaries of workers must be increased gradually until the average household income reaches a reasonable level, then only can GST be implemented," he said.
"PKR has long suggested that the average household income must be RM4,000 a month before GST can be considered," he added.

Putrajaya spent RM200 million on GST campaign

The PKR strategic director then slammed Putrajaya for spending RM100 million to build a software system – MyGST – to implement its new tax policy.

"Furthermore, this system will be pushed down the throats of our small traders. In turn, the people will have to cover the cost of this unnecessary software system," he said.

"I don't know what rules they will implement but hope they will not make it compulsory to use MyGST if it is expensive," he added.

Rafizi further criticised Finance Ministry's Assistant Secretary-General of Taxes Khairul Annuar Osman's recent announcement that the government had allocated RM100 million to conduct campaigns and trainings on GST.

"They are spending RM100 million on a campaign. Surely a campaign to introduce GST would not amount to such an astronomical figure," he lamented.

"They should come to me instead, I would conduct their campaigns for much less than RM100 million," he said in jest, prompting laughter from members of the media.

"The finance minister should be held responsible for such exorbitant spending, which should be reduced immediately especially when the people are faced with increased cost of living."

Yesterday, Johan reportedly said a 6% increase in salaries would be a good example to begin with especially after the GST implementation, new electric tariffs, petrol subsidy cuts and new toll rates.

Johan said that the GST implementation was inevitable as Malaysia was a developing country.

Kos Laksana GST Bakal Melonjak RM1 Bilion

Posted: 08 Jan 2014 01:30 AM PST

PETALING JAYA 8 JAN : Putrajaya sudah membelanjakan RM200 juta untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan kos dijangka melonjak kepada lebih daripada RM1 bilion sebelum ia berkuatkuasa April tahun depan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata perbelanjaan itu menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak sensitif dengan kesusahan rakyat berdepan dengan kos sara hidup.
 
Katanya, perbelanjaan besar itu adalah pembaziran kerana dengan jumlah itu, kerajaan boleh membeli sebuah syarikat perisian.

"Perbelanjaan RM200 juta hanya untuk sebahagian dari pelaksanaan GST adalah satu belanja yang besar dalam keadaan BN mahu mencukai rakyat untuk menampung defisit.

"Sedangkan jumlah itu boleh membeli sebuah syarikat perisian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Hamzah mengumumkan kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk membangunkan MyGST.

Manakala, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Khairul Annuar Othman pula mengumumkan bahawa Belanjawan 2014 memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menjalankan kempen dan latihan GST.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas isu kewujudan sistem perisian perakaunan khusus untuk melaksanakan GST iaitu MyGST.

Katanya, sistem perisian itu akan dijual kepada peniaga-peniaga dan kerajaan mengharapkan sekurang-kurangnya 300,000 peniaga akan membeli sistem itu.

"Oleh itu, kita menunggu jawapan dari Kementerian Kewangan. Menteri Kewangan perlu bertanggungjawab kepada perbelanjaan yang besar ini yang sepetutnya dikurangkan dalam keadaan rakyat sedang berdepan dengan kenaikan kos.

"Jumlah ini sangat besar, mengapa kerajaan membelanjakan jumlah yang begitu besar untuk GST, kami Ahli Parlimen akan bertanyakan jumlah sebenar perbelanjaan ini di sidang parlimen nanti," katanya.

Sumber: SelangorKu

Jangan Laksana GST Selagi Gaji Tak Naik

Posted: 08 Jan 2014 01:15 AM PST

PETALING JAYA 8 DIS: Kerajaan didesak tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selagi gaji pekerja di Malaysia tidak dinaikkan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Rafizi memetik kenyataan Johan Idris, rakan kongsi kanan firma pemakanan dan percukaian KPMG bahawa gaji perlu naik 6 peratus setiap tahun untuk mengimbangi kenaikan kos akibat beberapa siri kenakan harga barangan.

"Pandangan KPMG itu menggambarkan sentimen sebenar rakyat Malaysia bahawa pengenalan cukai baru dalam keadaan kerajaan gagal melonjakkan kadar gaji di negara ini.

"Kerajaan mempunyai pengaruh besar dalam menetapkan gaji baik di sektor awam atau swasta," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
KEADILAN sebelum ini mencadangkan supaya pendapatan isi rumah minima sebanyak RM4,000 sebulan dicapai terlebh dahulu sebelum GST boleh dipertimbangkan.

"Gaji perlulah dinaikkan dahulu secara berperingkat sehingga sehingga purata isi rumah memperoleh pendapatan munasabah," katanya.

Dasar kerajaan BN punca gaji sektor swasta terus rendah

Dalam pada itu, kata Rafizi, kerajaan bertanggungjawab menyebabkan gaji purata sektor swasta terus rendah kerana dasar BN yang bergantung kepada buruh asing murah sehingga mengenepikan tenaga kerja tempatan.

"Tangga gaji kakitangan awam menjadi rujukan kepada tangga gaji sektor lain.
"Kerajaan bertanggungjawab menentukan kos buruh yang ditanggung oleh majkan melalui pelbagai peraturan, yuran dan kos lain," katanya.

Sumber: KeadilanDaily

Pemimpin Wanita Umno Dapat RM13 Juta Tanpa Berbuat Apa-apa Dalam Kontrak Tidak Sah

Posted: 08 Jan 2014 01:00 AM PST

Seorang pemimpin Wanita Umno didakwa menerima RM13 juta tanpa berbuat apa-apa melalui syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd selepas kontrak membina Pusat Pendidikan Pertahananan  Nasional (Puspahanas) dan perjanjian  tanah yang dibuatnya dengan kerajaan dua tahun lalu batal.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata hari ini, syarikat yang dimiliki Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah bersama Bousted Holding Berhad sepatutnya memenuhi beberapa syarat sebelum Mac 2013, tiga bulan selepas perjanjian ditandatangani pada Disember 2013.

"Bagaimanapun sehingga sekarang, tiga syarat di bawah perjanjian Bousted untuk membeli sekeping tanah di Selangor daripada Awan Megah telah tidak dipenuhi," katanya.

Syarat yang dimaksudkan termasuk, menandatangani kontrak swasta baru untuk membina Puspahanas, kelulusan daripada kerajaan Selangor untuk memindahkan tanah serta penamatan perjanjian usaha sama antara Awan Megah dan Guppyunip Sdn Bhd.

Rafizi mendedahkan bahawa beliau mendapat tahu tentang syarat-syarat ini selepas melihat dokumen perjanjian antara Boustead dan Awan Megah kerana beliau sendiri adalah pemegang saham Boustead.

Kementerian Pertahanan berkata dalam sidang Parlimen pada 10 Oktober tahun lepas, bangunan itu dianggarkan siap Oktober tahun ini.

Namun mereka juga menyatakan bahawa Awan Megah masih belum mengeluarkan perjanjian tanah kerana kerajaan Selangor enggan memberikan tanah.

"Oleh kerana perjanjian tanah tidak diberi, pembangunan Puspahanas diteruskan dengan kontrak yang tidak wujud dan Awan Megah diberi wang percuma kerana wang deposit sebanyak RM13 juta yang dibayar tidak dikembalikan," tambah Rafizi.

"Saya sangat hampa dengan Menteri Pertahanan dulu dan sekarang (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein) yang tidak mengambil kisah tentang kemarahan rakyat apabila berjuta-juta wang mereka dibazirkan dalam projek seperti ini.

"Sementara itu, rakyat pula disuruh agar jangan makan gula, jangan menggunakan jalan raya bertol dan macam-macam lagi," katanya

Rafizi berjanji untuk membangkitkan isu ini kepada Ketua Auditor dan akan menyarankan beliau menyemak semula perjanjian projek Puspahanas.

Sebelum ini, Rafizi pernah menyatakan bahawa Raja Ropiah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit daripada fasal tersembunyi dalam rancangan kerajaan Wilayah Persekutuan untuk membeli tanah di Bukit Raja, Klang.

Pada 2012, Boustead mengumumkan rancangan mereka untuk membeli 80% saham syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd, sebanyak RM30 juta serta sebidang tanah daripada Awan Megah sebanyak RM130 juta.

Rafizi mendakwa Menteri Pertahanan telah menganugerahkan Awan Megah kontrak berjumlah RM15 juta melalui surat bertarikh 26 Jun 2012.

Awan Megah juga telah dianugerahkan 23.2 ekar tanah daripada tiga bidang tanah asal sekitar 223.2 ekar, di mana harga tanah tersebut mencecah jutaan ringgit.

Sebelum ini, Rafizi pernah mendakwa bahawa tanah tersebut tidak pernah diagihkan kepada Awan Megah.

Rafizi juga mengatakan perjanjian yang rumit melalui pelbagai syarikat dan kontrak adalah secara sengaja untuk menutup percanggahan yang terdapat dalam projek tersebut.

Tahun lepas, Rafizi telah menyaman Ahmad Zahid yang mendakwa ahli PKR telah menuduh beliau menyalah gunakan kuasanya sebagai Menteri Pertahanan ketika mengambil alih Astacanggih dan tanah daripada Awan Megah.

Namun, saman itu ditarik balik apabila Rafizi berkata beliau berpuas hati dengan penerangan Ahmad Zahid yang beliau tidak menyalahgunakan kuasa atau mempunyai sebarang kaitan dengan perjanjian Boustead

Sumber: TheMalaysianInsider

Tiada ulasan: