Selasa, 21 Januari 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Polis Kes Pembunuhan Altantuya ‘Hilang’, Rayuan Putrajaya ‘Terhalang’

Posted: 21 Jan 2014 09:50 PM PST

SHAH ALAM 22 JAN: Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan 'hilang'.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.
 
Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber di petik The Malaysian Insider.

Kamarul memberitahu dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya".

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.

Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak.

"Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .

Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya boleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah. Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya .

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.

Pihak pendakwa raya menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti.

Sumber: SelangorKu

Selangor Plans Alternative to Langat 2

Posted: 21 Jan 2014 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR: The Selangor state government is planning to invest about RM300 million to generate additional water of between 600 million litres and 700 million litres per day (MLD) this year from the rivers in the state.

The plan will divert river water to be treated and used before it enters the sea, thereby increasing supply in the state.

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the plan will be an alternative to the Langat 2 project, which is still being discussed between the federal government, state government and stakeholders.

"In the meantime, while waiting for the water restructuring deal to be finalised this alternative measure will help to prevent water supply disruptions," he told the top management of Top Glove Corp Bhd during an official visit to the company's factory in Meru, Klang, yesterday.

Abdul Khalid was responding to a question by Top Glove chairman Lim Wee Chai who was asking about the state government's initiative to resolve the water shortage issue in Selangor.

Abdul Khalid said the state government was planning to divert water to produce about 3,000 MLD per year.

"If we can successfully apply this river water diversion, then we do not have to rely on water supply from Sungai Pahang," he said.

The river water diversion plan seems to be costly, however, Abdul Khalid said it is much more cheaper than the Langat 2 project.

"At the same time we are looking at other opportunities as well. For this year's investment of RM300 million, we will fund it from the state's reserve," he said.

Earlier in a statement released on Jan 13, Abdul Khalid said the Hybrid Off River Augmentation System at the Selangor River will be able to provide clean water.

"The system involves the collection of storm water from the Selangor River at old mines in Bestari Jaya.

"This collection is estimated to be sufficient for four months during the dry season when there is no supply from the Selangor River," the statement said.

Source: FreeMalaysiaToday

Dasar Automotif Nasional 2014 Kekal Sistem AP, Untungkan Kroni

Posted: 21 Jan 2014 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR 21 JAN: Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) Kementerian Industri & Perdagangan Antarabangsa (MITI) mengekalkan sistem pemberian permit import (AP) yang menguntungkan kroni.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan terus berdolak-dalih untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan.

"Ini tidak lebih dari alasan untuk terus membenarkan golongan tertentu yang rapat dengan Barisan Nasional mendapat keuntungan atas angin sedangkan rakyat terus terbeban dengan harga kereta yang tinggi," kenyataan dipetik.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan, anggaran permit import (AP) yang dikeluarkan kerajaan berjumlah 70,000 dengan bidaan setinggi RM60,000 bagi setiap permit.

Namun negara kehilangan hasil sehingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana MiTI sebelum ini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja setiap AP apabila ia diagihkan kepada pihak-pihak tertentu tanpa melalui proses tender terbuka.

Difahamkan, sejak tahun 2009 kerajaan BN mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP dan negara rugi sehingga RM50,000 bagi setiap AP.

Sumber: KeadilanDaily

AMK Mahu Khalid Beri Penjelasan Isu Penyerahan Air Kepada Persekutuan

Posted: 20 Jan 2014 02:15 AM PST

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini menggesa Menteri Besar negeri itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan tentang isu penyerahan tugas pengurusan air kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dengan segera.

Ketuanya Azmizam Zaman Huri berkata, keputusan kerajaan negeri itu sehingga kini menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat kerana kerajaan negeri menyerah kalah dengan mudah selepas berusaha selama lima tahun.

Tambahnya apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah tentang program air percuma dan saham air yang dijanjikan sebelum ini masih diteruskan atau sebaliknya.

AMK dalam pada itu juga menuntut agar diberikan penjelasan terhadap RM600 juta yang digunakan untuk program untuk air percuma sebelum ini selain jaminan tarif air kekal untuk jangka masa panjang.

"Adakah jaminan kerajaan negeri air dapat dikekalkan pada kadar yang rendah dapat diteruskan selepas pengambilalihan tersebut," tegasnya ketika menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Azman Abidin.

Khalid baru-baru ini mengumumkan memberi laluan projek Langat 2 dilaksanakan sekaligus menyerah kalah dalam perebutan mengambil alihan empat syarikat konsesi yang telah lima tahun berterusan.

Tegas Azmizam lagi, keputusan Khalid dilihat mengubah pendirian kerajaan negeri sebelum ini dengan menerima Seksyen 114 Akta Perkhidmatan industri Air 2006 daripada kerajaan Persekutuan yang berkuatkuasa 31 Disember tahun lalu.

Selain itu Azmizam juga mahu Khalid menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan AMK negeri itu bagi menerangkan perkara itu sekaligus isu penutupan Pusat Giat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selayang.

"Kami juga memohon agar Tan Sri memberi penjelasan serta mengambil tindakan segera bagi menangani dan mengurus persepsi di kalangan rakyat khususnya anak muda dan pengundi Melayu," jelasnya.

Sumber: AntaraPos

Tiada ulasan: