PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- AMK bakar, pijak poster Jepun
- ‘Wasatiyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan – Anwar
- Sekat Anwar ke Jepun, KEADILAN desak penjelasan Wisma Putra
- Dasar Automotif Nasional 2014 tak turunkan harga kereta
Posted: 20 Jan 2014 11:14 PM PST dipetik daripada Malaysiakini Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu. Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu. Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu. "Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur. "Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia," katanya. Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis "boikot barangan Jepun". Mereka kemudiannya bertindak memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu. Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu. |
‘Wasatiyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan – Anwar Posted: 20 Jan 2014 10:59 PM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep 'wasatiyah' atau kesederhanaan yang dilaungkan kerajaan cuma slogan tanpa amalan. Katanya, dalam usaha memupuk kesederhaan dalam kehidupan, kerajaan mesti menunjukkan teladan yang boleh diikuti oleh rakyat melalui dasar perbelanjaan dan pengurusan negara. "Jika wasatiyyah menjadi luahan bibir semata-mata, tetapi ketirisan, penyelewengan, pemborosan,penyalahgunaan kuasa, pembohongan dan penganiayaan menjadi amalan, siapa sahaja mampu untuk menzahirkan perkataan wasatiyyah, "Seringkali wasatiyyah atau kesederhanaan menjadi lafaz di bibir, tetapi tidak berjaya menjadi amalan untuk dipraktikkan dalam kehidupan, kata Anwar lagi dalam tazkirah Maghrib di Surau Taman Cermai, Sama Gagah, Permatang Pauh, semalam. 17 Januari genap dua tahun pelancaran Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012. Penubuhan dua institusi itu kononnya bagi melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawan yang menerajui semangat kesederhanaan dan keseimbangan seperti tokoh Islam terkemuka al-Imam Ibnul Qayyim Namun, langkah itu tidak digambarkan melalui tindakan kerajaan seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara selama bertahun-tahun mengenai pemborosan dan ketirisan yang berjumlah puluhan bilion ringgit. Menurut Ernst and Young, salah satu daripada empat firma audit terbesar di dunia, dalam kajian mereka 'Asia-Pacific Fraud Survey Report Series', mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup di dunia. Global Financial Index (GFI) mendedahkan, jumlah aliran wang haram dari negara ini mencecah USD54 bilion bagi 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011. Manakala menurut Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) Malaysia di tangga ke-53 daripada 177 negara berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38. Justeru kata Anwar, slogan wasatiyah yang dilaungkan kerajaan dan pimpinan BN hanya mainan dibibir bagi mengaburi mata rakyat, langsung tanpa amalan sebenar. "Sekiranya pemborosan dan rasuah berleluasa, ketirisan dan pembaziran menjadi amalan kerajaan, ia tidak membawa apa-apa perubahan untuk diteladani oleh rakyat khususnya golongan bawahan yang mengharapkan pembelaan dari mereka," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58393 |
Sekat Anwar ke Jepun, KEADILAN desak penjelasan Wisma Putra Posted: 20 Jan 2014 09:58 PM PST KUALA LUMPUR 20 JAN: Wisma Putra didesak memberi penjelasan penuh berhubung sekatan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki Jepun. "Pemerintah Jepun mendakwa satu laporan baru-baru ini datang dari kerajaan Malaysia yang merupakan asas tidak membenarkan Anwar memasuki Jepun "Kami mendesak penjelasan penuh Wisma Putra," kata Ketua Biro Guaman & Hak Asasi KEADILAN, Latheefa Koya dalam kenyataannya hari ini. Menurut kenyataan tersebut, adalah suatu keanehan apabila Anwar dilarang memasuki Jepun atas dakwaan politik lama pada 1999, sedangkan beliau telah beberapa kali memasuki negara itu sebelum ini. "Ini adalah siri terkini serangan kerajaan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang yang masih berdepan kemungkinan sabitan tuduhan yang direka-reka," kata Latheefa. Tambah Latheefa, ini bukan kali pertama kerajaan Malaysia menggunakan tekanan diplomatik untuk mempertahan 'kepentingannya'. Sebelum ini, pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand pernah dihalang memasuki Malaysia untuk melakukan bedah siasat keatas mangsa kematian dalam tahanan, C Sugumar. "Kami mendesak Perdana Menteri membetulkan keadaan ini serta merta, menggugurkan laporan tidak wajar yang dihantar kepada kerajaan Jepun," tegasnya. Latheefa menambah, kerajaan Malaysia mesti memberi akses perjalanan penuh kepada Anwar. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58414 |
Dasar Automotif Nasional 2014 tak turunkan harga kereta Posted: 20 Jan 2014 09:57 PM PST Keengganan Barisan Nasional melaksanakan beberapa reformasi dasar yang penting berhubung industri automotif negara akan terus mengekalkan harga kereta di Malaysia pada kadar antara yang termahal di dunia. Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) semalam tidak sedikit pun menyentuh beberapa perkara pokok yang selama ini menyebabkan harga kereta di Malaysia begitu tinggi, iaitu: 1. Pengenaan cukai eksais yang begitu tinggi terhadap setiap pembelian kereta di antara 85% hingga 110% 2. Pelaksanaan dasar permit mengimport (AP) yang tidak telus yang telah mengkayakan kroni tertentu 3. Pemberian rebat cukai eksais yang tidak telus sehingga menyembunyikan struktur kos yang ditanggung oleh industri automotif, ini memberi ruang kepada manipulasi margin keuntungan dalam rantaian pembuatan dan penjualan kereta Barisan Nasional terus enggan memotong cukai eksais yang begitu tinggi dengan alasan kedudukan kewangan negara tidak mengizinkan. Kenyataan Dato' Seri Mustapha Mohamad, Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) mengiyakan bulat-bulat kritikan terhadap Barisan Nasional selama ini bahawa pengurusan kewangannya yang lemah telah menyebabkan rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai langsung dan tidak langsung yang tinggi, termasuk cukai eksais kereta. Pengumuman pemberian rebat dan potongan cukai eksais bagi model dipasang di Malaysia (CKD) terpilih tidak akan menurunkan harga kereta secara keseluruhannya kerana ia hanya melibatkan segmen kereta yang kecil. Tanpa potongan cukai eksais yang melibatkan keseluruhan industry automotif, langkah-langkah terpencil yang hanya melibatkan beberapa jenis kenderaan sahaja adalah tidak lebih dari gimik (gimmick) untuk meredakan kemarahan rakyat. Malah, penerusan sistem pemberian rebat sedia ada yang tidak telus dan bergantung kepada budi bicara Menteri akan terus menyembunyikan struktur kos industri automotif dari difahami rakyat. Apabila tidak ada satu kadar tetap cukai eksais yang dibayar oleh pengguna kerana ia bergantung kepada jumlah rebat cukai eksais yang diberikan atas budi bicara Menteri, boleh berlaku manipulasi harga jualan kereta yang memberi margin keuntungan yang tinggi kepada pengedar/pembuat kereta. Oleh sebab itulah, KEADILAN berkali-kali mendesak supaya sistem cukai eksais sedia ada dihapuskan sama sekali untuk mengurangkan harga kereta serta-merta apabila pengguna tidak lagi menanggung cukai dan boleh membandingkan harga kereta secara telus dan kompetitif. Kami juga terus membidas pendekatan Barisan Nasional yang tetap mewar-warkan kononnya harga kereta telah turun apabila beberapa model baru kereta yang diperkenalkan di pasaran pada harga yang kononnya lebih rendah. Tindakan ini cuba menipu rakyat kerana perbezaan harga dari model lama atau sedia ada yang diperkenalkan bukanlah satu bentuk penurunan harga kereta yang kekal merentasi industri (non-permanent across the board price reduction). Malah, ada beberapa model yang diperkenalkan dengan diskaun merupakan model lama yang kos pembangunannya sudah pun diperolehi oleh syarikat kereta, lalu membolehkan model itu dijual pada harga yang lebih rendah. Rakyat menuntut janji Barisan Nasional untuk menurunkan harga kereta secara keseluruhan melibatkan semua model kereta merentasi industri seperti yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat. Untuk menunaikan janji ini, hanya ada satu cara iaitu pemotongan atau penghapusan cukai eksais ke atas kereta secara keseluruhan dan bukannya dihadkan kepada model tertentu seperti yang diumumkan semalam. Kami juga kecewa dengan dolak-dalih baru yang diberikan oleh Barisan Nasional untuk terus mengekalkan sistem AP dengan alasan lebih banyak kajian yang diperlukan. Ini tidak lebih dari alasan untuk terus membenarkan golongan tertentu yang rapat dengan Barisan Nasional mendapat keuntungan atas angin sedangkan rakyat terus terbeban dengan harga kereta yang tinggi. Sepatutnya, Dato' Seri Mustapha Mohamad sebagai menteri yang bertanggungjawab membuat kajian yang secukupnya terlebih dahulu sebelum memasukkan janji untuk menurunkan harga kereta di dalam akujanji Barisan Nasional dalam PRU13. Pendekatan berjanji terlebih dahulu dan kemudiannya membeli masa dengan mengumumkan kajian demi kajian adalah satu helah Barisan Nasional yang semakin kerap diamalkan akhir-akhir ini untuk kegagalan mereka mengotakan janji-janji PRU13. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi Ahli Parlimen Pandan NIK NAZMI NIK AHMAD Timbalan Speaker Selangor Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58419 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan