Pengikut

Nuffnang

Rabu, 15 Januari 2014

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

sumber :-

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Selangor jamin air 20m3 tetap percuma

Posted: 15 Jan 2014 01:26 AM PST

dipetik daripada Malaysiakini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air memberi kuasa kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri sebagai pemilik aset air negeri dan pelantikan dua pegawainya sebagai pentadbir konsesi air memberi kuasa penuh kepada pihaknya untuk memastikan perjalanan baik serta implementasi skim pemberian 20 meter padu air percuma mereka.

"Akta 655 (WSIA) mengatakan ia mesti diserahkan balik kepada kerajaan negeri.

"Seksyen 115 WSIA mengatakan akan menyerahkan kepada orang yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor dimiliki kerajaan negeri," kata beliau dalam sidang media.

Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA - setelah tiada penyelesaian pada 31 Disember 2013.

Khalid telah dikritik oleh ahli parti beliau sendiri yang berkata keputusan itu menimbulkan kebimbangan kuasa kerajaan negeri akan hilang.

Bekas exco Selangor Javier Jeyakumar 11 Januari lalu berkata seksyen tersebut memberi kuasa kepada Menteri Tenaga, Air dan Teknoloji Hijau untuk 'merampas' hak kawalan, pengurusan, harta dan aset serta lesen perniagaan pemegang lesen air demi kepentingan negara.

"Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

"Disebutkan juga oleh seksyen tersebut bahawa pemegang lesen tadi akan dibayar pampasan ekoran pengambilalihan tersebut dan jumlahnya (kuantum) ditetapkan oleh kerajaan Pusat," kata Xavier dalam kenyataannya

Ambil alih industri air: Pusat jangan mangsakan rakyat Selangor!

Posted: 15 Jan 2014 01:23 AM PST

KEADILAN memberi amaran kepada Kerajaan Pusat supaya tidak menyalahguna kuasa terhadap pengambilalihan industri air di Selangor melalui Akta Perkhidmatan Air 2006 mengikut Fasal 114.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Fasal 114 membolehkan Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil alih sepenuhnya harta, perniagaan dan perjalanan harian sesuatu pemegang konsesi atas
kepentingan negara.

Beliau bimbang jika pengambilalihan ini diteruskan oleh Kerajaan Selangor akan menyebabkan monopoli melampau syarikat kroni Umno BN, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga.
Rafizi
"Fasal 114 memberi kuasa penuh kepada menteri dan SPAN untuk menguruskan hal ehwal air, termasuklah soal memilih badan atau syarikat yang dipertanggungjawabkan menguasai keseluruhan aset air di Lembah Klang.

"Saya khuatir jika tidak berhati-hati, Kerajaan Persekutuan akan memilih Puncak Niaga dan Syabas yang diberi kuasa untuk mengambil alih semua pemegang konsesi lain dan menjadikannya monopoli air terbesar di Malaysia," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Pandan itu, jika perkara ini diteruskan, rakyat Selangor bakal menjadi mangsa kenaikan harga air kerana menurutnya Fasal 114 menunjukkan Kerajaan Pusat berkuasa penuh atas sebarang perjanjian, kenaikan tarif dan sebagainya.
"Melalui Fasal 114, Kerajaan Persekutuan berkuasa penuh memeterai kembali apa-apa perjanjian dan kadar baru tarif air di Selangor dan Lembah Kelang. Saya khuatir keadaan ini dimanipulasi untuk menghukum rakyat dengan kenaikan tarif air, yang selama ini ditolak Kerajaan Selangor," katanya.
Tegas Rafizi, pengambilalihan secara paksaan ini jelas bertentangan dengan suara majoriti rakyat Selangor yang memilih Pakatan Rakyat di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Dari segi undang-undang, memang kerajaan boleh mengambil alih pengurusan air ini mengikut Fasal 114. Tetapi kerajaan jangan sekali-kali menyalahgunakan bidang kuasa ini.
"Saya bersama Ahli Parlimen KEADILAN dan Pakatan Rakyat di Selangor akan mengikuti setiap perkembangan dengan teliti dan tidak teragak-agak mengambil tindakan politik atau mahkamah jika berlaku salah guna kuasa kerajaan," tegasnya.
Jelas Rafizi, jika pengambilalihan pengurusan air itu diteruskan, Kerajaan Pusat perlu memberi komitmen yang ditandatangani secara rasmi dengan kerajaan negeri untuk memastikan hal ehwal kebajikan rakyat Selangor dipertahankan.
"Pengurusan air hendaklah kekal di bawah pentadbiran Selangor melalui anak syarikat yang dipilih oleh Selangor. Fasal 114 beri kuasa penuh kepada menteri dan SPAN untuk uruskan termasuk memilih syarikat untuk kuasai keseluruhan aset air di Lembah Klang.
Menyentuh isu Projek Langat 2, Rafizi berkata, kontrak dan kos pelaksanaannya mestilah telus dan adil kepada rakyat Selangor.
"Pastikan projek ini telus dan adil. Kos pelaksanaan Projek Langat 2 akan menjadi kos tambahan kepada pembekalan air di Selangor dan Lembah Klang.
"Saya khuatir harganya akan melambung kerana kuasa melaksana adalah sepenuhnya di tangan Kerajaan Pusat dan sudah tentu ia memberi kesan kepada tarif air Selangor kelak," katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Pusat menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor pada 9 September 2013 berhubung hasrat untuk menggunakan kuasa di bawah Fasal 114, dan jika ini diteruskan, maka seluruh kuasa dan keputusan mengenai pembekalan air di Selangor dan Lembah Kelang kini dikuasai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58271

Selesaikan tiga kriteria sebelum SPR cadang persempadanan semula

Posted: 15 Jan 2014 01:18 AM PST

15 JAN: Tiga kriteria utama perlu ditekankan Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.
"Pertama, bagi semenanjung Malaysia yang perlu diberi penekanan ialah jurang perbezaan pengundi antara parlimen. Ia perlu dikurangkan sebanyak 15 peratus.
"Sebagai contoh, parlimen Kapar mempunyai 150,000 pengundi, manakala Alor Setar 70,000 pengundi. Perbezaan ini melebihi 50 peratus," kata Wong kepada Keadilandaily.
Tambahnya, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen.
"Bagi Sabah dan Sarawak, kita tekankan kerusi parlimen dikekalkan 26 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi 222 kerusi Parlimen.
"Bermakna sekurang-kurangnya 57 kerusi Parlimen (di Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan," kata Wong Chen.
Dalam pada itu, Wong, satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.
"Lebih daripada dua majlis perbandaran akan menyusahkan. Wakil rakyat berkomunikasi dan berunding dengan terlalu banyak PBT.
"Selain itu ia akan menimbulkan kekeliruan perbandaran mana yang bertanggungjawab," ujarnya.
KEADILAN pada 17 Julai 2013 menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji segala maklumat dan sistem berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Selain Wong Chen, antara yang terlibat ialah Datuk Mansor Othman, pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58296

Mahkamah Rayuan kekal keputusan artikel Utusan bersifat fitnah

Posted: 15 Jan 2014 01:15 AM PST


boikot_utusan_badge
KUALA LUMPUR 15 JAN: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dua artikel diterbitkan Utusan Malaysia bersifat berhubung temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.
Panel hakim memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden, dan mahkamah turut menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu,
Dua panel lagi ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.
Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.
Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya dengan BBC.
Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.
Dalam rayuan hari ini Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58298

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang