Isnin, 13 Januari 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ahli Umno tumbuk Timbalan Menteri

Posted: 12 Jan 2014 11:23 PM PST


13 Jan 2014 - Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan membuat laporan polis mendakwa beliau telah diserang oleh seorang ahli Umno semasa mesyuarat cawangan di Hulu Selangor pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaakob berkata Kamalanathan menghadiri mesyuarat dengan sekumpulan ahli Pemuda Umno Hulu Selangor apabila insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.

"Dia berbual dengan seorang ahli yang memegang jawatan tertinggi dalam cawangan Umno Hulu Selangor, berhubung permintaan untuk memindahkan anak lelakinya, yang juga seorang guru di Johor ke Hulu Selangor.

"Apabila beliau enggan, mereka bertengkar lalu suspek menumbuknya," kata Shukri.


Anggota polis PDRM mabuk ketika bertugas

Posted: 12 Jan 2014 02:59 PM PST


12 Jan 2014

Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Tiada ulasan: