Rabu, 18 Disember 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


In sly agreement, Anwar concurs PM no longer populist

Posted: 17 Dec 2013 10:39 PM PST

TMMO

Datuk Seri Anwar Ibrahim today needled political rival and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak by agreeing that the latter has steered clear of populist measures since Election 2013.

The opposition leader said Najib's recent statement that his federal administration did not adopt a populist approach, was correct in view of the recent raft of subsidy cuts and power rate hikes that have left the public up in arms.

"He is right. After the elections, he was no longer populist," Anwar said at a press conference here.

 Yesterday, Najib was reported as saying his administration could not afford to adopt a populist stance without jeopardising the country, and must instead work towards expanding the nation's economy.

"I can be a prime minister riding on a populist platform but I will destabilise the economy and ruin the future of our beloved country," he told an auditorium packed with civil servants at the 26th Congress of Unions of Employees (Cuepacs) Triennial Convention here at the PGRM tower.

 

No choice but raise prices? Anwar begs to differ

Posted: 17 Dec 2013 08:56 PM PST

Malaysiakini

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has rebutted government claims that it has no choice but to cut subsidies and raise the cost of living in order to bring down the deficit.

The former finance minister said that by doing so, the government is merely pushing the burden on the people and carrying on with its own extravagance.

"Okay, you can say that doing this takes longer, but what is stopping them from taking drastic action to stop the wastage?

"This is a desperate attempt to bring down the deficit by burdening the rakyat without evidence of rising (household) income.

"You have a choice of getting rid of corruption and leakages prior to taking these measures.

"You can't say it will take too long. What is stopping them from starting now?" he asked.

[KENYATAAN MEDIA] Aliran Wang Haram Tiada Kaitan Dengan GST

Posted: 17 Dec 2013 08:05 PM PST

18 DISEMBER 2013

ALIRAN WANG HARAM TIADA KAITAN DENGAN GST

Laporan Global Financial Integrity (GFI) mengenai jumlah aliran wang haram keluar dari Malaysia yang menduduki tangga keempat tertinggi di dunia sebaiknya dipandang serius. Sikap yang mempersoalkan angka-angka dan lebih cenderong bersembunyi di belakang statistik tidak akan membantu Malaysia mengatasi masalah ini pada kala kedudukan kewangan negara semakin rapuh.

Kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Paul Low yang meremehkan unsur rasuah dan kegiatan haram yang menyumbang kepada aliran wang haram itu membayangkan sikap Barisan Nasional. Tidak kiralah sama ada komponen rasuah itu hanya 20% atau 50% dari jumlah aliran wang haram, jumlahnya adalah berpuluh bilion ringgit setiap tahun dan mempunyai kesan besar kepada ekonomi negara.

Terbaru, Barisan Nasional memberi alasan bahawa pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah "trade mispricing".

Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar (zero rated supply) dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport.

Masalah "trade mispricing" selalunya diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui audit percukaian kerana ia bersabit dengan cubaan mengelak cukai dengan mengenakan transfer pricing yang tidak adil.

Alasan yang menggunakan masalah aliran wang haram ini untuk mengiyakan pelaksanaan GST menunjukkan bagaimana Barisan Nasional cuba mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami GST. Ia juga bermakna Barisan Nasional tidak ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah aliran wang haram.

Oleh itu, saya percaya KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk mendidik rakyat mengenai kesan pelaksanaan GST terutamanya dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan utama dinaikkan berturut-turut.

Saya dan pimpinan kanan Pakatan Rakyat termasuk Dato' Seri Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang akan melancarkan kempen anti GST yang bertemakan #fahamGSTtolakGSTdi Kelab Sultan Sulaiman pada 20 Disember 2013 (Jumaat ini) bermula jam 830 malam. Kempen ini kemudian akan dibawa ke negeri-negeri di seluruh negara dan fasa pertama yang melibatkan penerangan mengenai GST dijangka tamat menjelang Mac 2014.

Selain itu, pimpinan-pimpinan KEADILAN telah diarahkan untuk mengendalikan taklimat mengenai GST di kawasan masing-masing. Malam ini, satu taklimat #fahamGSTtolakGSTakan diadakan di Auditorium MPAJ jam 830 malam yang memberikan kursus GST percuma kepada orang ramai.

Saya percaya pelaksanaan GST pada tahun 2015 masih boleh dihentikan sekiranya rakyat sehaluan bersama-sama menentangnya.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

[KENYATAAN MEDIA] KEADILAN Akan Tentang Kenaikan Tol Melalui Pegangan Saham Kerajaan Selangor Di Dalam LDP, SPRINT DAN KESAS

Posted: 17 Dec 2013 07:59 PM PST

18 DISEMBER 2013

KEADILAN AKAN TENTANG KENAIKAN TOL MELALUI PEGANGAN SAHAM KERAJAAN SELANGOR DI DALAM LDP, SPRINT DAN KESAS

1. Kadar tol yang bakal dinaikkan adalah akibat perbelanjaan boros kerajaan Barisan Nasional. Selepas PRU-13, kita menyaksikan kenaikan harga petrol, diikuti dengan kenaikan harga gula dan tarif elektrik, dan kini diasak pula dengan kenaikan kadar tol lebuhraya yang dicadangkan di antara 50 sen dan RM2 bermula Januari 2014.
2. Kesan dari kenaikan harga tol ini akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia walaupun lebuhrayanya adalah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kenaikan tol akan menyebabkan kenaikan kos pengangkutan yang kemudiannya meningkatkan kos operasi perniagaan. Akibatnya, peniaga dan pengilang tidak ada pilihan kecuali menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang sebahagian besarnya dikilang di Lembah Klang dan dihantar melalui jaringan lebuhraya ke seluruh negara.
3. Pengalaman saya sebagai Menteri Kewangan yang pernah juga berdepan dengan tuntutan kenaikan tol dari pemegang konsesi meyakinkan saya bahawa kerajaan perlu waspada dengan keuntungan berlipatkali ganda yang dinikmati oleh syarikat pemegang konsesi. Saya tidak pernah menerima laporan kewangan yang diberikan oleh syarikat pemegang konsesi bulat-bulat dan dibantu oleh pimpinan tertinggi Perbendaharaan untuk memastikan keuntungan itu munasabah dengan bebanan ekonomi negara dan rakyat.
4. Kerajaan mempunyai pegangan besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuhraya, maka ia berhak menggunakan pegangan sahamnya itu untuk melindungi kepentingan rakyat. Kerajaan Negeri pula mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa kebenaran merancang, pengambilan tanah, jajaran dan lain-lain tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan sebelum sesuatu lebuhraya boleh dibina.
5. Oleh sebab itu, saya menyangkal kenyataan menteri-menteri Barisan Nasional bahawa kenaikan tol tidak dapat dielakkan kerana ia telah termaktub di dalam perjanjian yang dimeterai. Saya juga menolak alasan yang diberikan Barisan Nasional bahawa kerajaan tidak berkuasa untuk membendung kenaikan tol.
6. Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat mempunyai pegangan saham di dalam KESAS (30% pegangan melalui PKNS) serta SPRINT dan LDP (20% pegangan melalui Kumpulan Perangsang milik rakyat Selangor). Saya telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bersetuju bahawa Kerajaan Selangor akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya-lebuhraya ini untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan oleh Barisan Nasional. Saya difahamkan Menteri Besar akan membawa perkara ini untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat EXCO pagi ini dan arahan bakal dikeluarkan kepada wakil-wakil Kerajaan Selangor di dalam konsortium lebuhraya terbabit untuk menolak kenaikan tol.
7. Perbincangan saya dengan Menteri Besar juga bersetuju bahawa Kerajaan Selangor akan mengenakan syarat-syarat ketat kepada cadangan lebuhraya baru yang ingin dibina (iaitu DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR) seperti berikut:
a. Kebenaran pembangunan hanya akan diberikan sekiranya syarat-syarat keuntungan yang mengikut formula yang lebih adil kepada rakyat dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan pemegang konsesi
b. Pengambilan tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya akan dibenarkan sekiranya syarat-syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan kebertanggungjawaban pemegang konsesi kepada rakyat Selangor dipatuhi
8. Ini adalah sebahagian daripada tindakan yang boleh diambil Kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol. Kuasa yang ada di peringkat Kerajaan Pusat adalah jauh lebih besar dan sudah tentu boleh sahaja menghentikan kenaikan tol ini jika ada kemahuan dan keikhlasan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Posted: 17 Dec 2013 11:24 PM PST




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Contohnya;

i. MENYERTAKAN simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, POKOK KRISMAS dan sebagainya.

Puteri UMNO perlu tunjuk contoh dulu macamana nak kurangkan bil

Posted: 17 Dec 2013 10:22 PM PST




Ketua Puteri UMNO sepatutnya menunjukkan contoh dahulu macamana dia kurangkan perbelanjaan dan bil bulanan rumah dia? Macamana dia guna 'kaedah hijau' di rumah dia? Keuntungan melampau tu banyak mana?

Puteri UMNO saran tiga langkah atasi isu peningkatan kos sara hidup
18 Dis 2013

Pergerakan Puteri UMNO menyarankan tiga langkah penting bagi dilaksanakan rakyat, kerajaan, syarikat awam serta swasta untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata masalah yang dipandang serius dan menghimpit terutamanya golongan muda itu mampu diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama melaksanakan langkah digariskan pergerakan itu.

"Langkah pertama bermula dengan rakyat sendiri perlu sedar tentang kepentingan meningkatkan kesedaran untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti mengurangkan bil bulanan," katanya.

Langkah kedua ialah menggalakan 'kaedah hijau' di kalangan rakyat, kerajaan serta syarikat, antaranya dengan meningkatkan usaha kitar semula dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Langkah ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat monopoli berkepentingan awam supaya syarikat itu tidak mendapat keuntungan melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat.

Kekosongan Jawatan Pegawai/Ahli Farmasi

Posted: 17 Dec 2013 06:56 PM PST



Sebuah kedai farmasi di Bukit Mahkota, Bangi memerlukan seorang Pegawai/Ahli Farmasi.

1. Kelulusan – Diploma/Ijazah Farmasi atau bidang berkaitan
2. Gaji – Boleh dirunding
3. Tarikh tutup permohonan – 31 Dis 2013
4. Hubungi – Tn Hj Mohamad 019-6506540